SSD Western Digital Black SN850 7000MB/s Kini RM2415

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
Western Digital ialah sebuah jenama pembuatan storan yang cukup terkenal secara global. Dari komponen storan hinggalah ke aksesori storan luaran, mereka mempunyai pelbagai pilihan storan untuk pengguna. Salah satu komponen storan terbaru daripada mereka, iaitu Western Digital Black SN850 telahpun memasuki pasaran tempatan dengan tiga pilihan storan, termasuklah 500GB, 1TB dan juga 2TB.

Storan WD Black SN850 ini mempunyai rekaan M.2 yang mana boleh dimuatkan diatas papan induk komputer desktop mahupun komputer riba yang menyokong teknologi penghantaran data PCIe4.0. Dari segi prestasi, storan WD Black SN850 ini mempunyai kadar pembacaan data sepantas 7000MB/s dan kadar penulisan data 5300MB/s yang sangat sesuai bagi komputer-komputer yang memerlukan storan dengan kadar pembacaan dan penulisan data yang sangat pantas.

Bagi anda yang ingin membeli storan SSD WD Black SN850 ini, anda boleh ke kedai atas talian Western Digital Malaysia di Lazada, dimana ia dijual pada harga-harga berikut:
  • Western Digital Black SN850 (500GB) – RM664
  • Western Digital Black SN850 (1TB) – RM1149
  • Western Digital Black SN850 (2TB) – RM2415
wd-black-sn850-950x520.png


 
Top
Log in Register