BTC USD 63,093.8 Gold USD 1,744.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Sri Lanka bakar mayat mangsa COVID-19 Muslim

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
COLOMBO: Sri Lanka mengatakan, negaranya akan membakar mayat pesakit COVID-19 beragama Islam, biarpun keluarga mangsa menentang terhadap dasar kontroversi itu.

Negara itu berdepan lonjakan kes sejak Oktober lalu dan jumlah jangkitan meningkat lebih lapan kali ganda kepada lebih 29,300 ddengan 142 kematian.

Mayat mangsa COVID-19 boleh dituntut oleh keluarga dan kemudian perlu dibakar, suatu amalan yang dilarang di bawah undang-undang Islam, dan perlu di bawah pengawasan ketat pihak kesihatan.

Namun, 19 keluarga mangsa COVID-19 Islam yang meninggal dunia menolak untuk menuntut mayat dari bilik mayat di ibu kota Colombo, hingga mencetuskan perintah oleh Peguam Negara, Dappula de Livera.

"Mayat mangsa COVID-19 yang tidak dituntut oleh keluarga boleh dibakar dari segi peraturan kuarantin," kata jurucakap De Livera, sambil menambah bahawa mayat akan dibakar pada minggu ini.

Lima mayat sudah dibakar semalam, menurut pihak polis.

Pihak polis dicabar oleh masyarakat Islam dengan 12 petisyen difailkan oleh komuniti minoriti dan kumpulan masyarakat sivil di Mahkamah Agung, namun ditolak minggu lalu tanpa memberi sebarang alasan.

Majlis Islam Sri Lanka mengatakan majoriti mangsa COVID-19 di negara itu adalah Muslim dan kebanyakan mereka takut untuk mendapatkan rawatan sekiranya positif COVID-19 kerana tidak mahu dibakar.

Sementara itu, Organisasi Kerjasama Islam bulan lalu mendesak Colombo supaya mengizinkan umat Islam menguburkan anggota keluarga sesuai dengan kepercayaan dan kewajipan agama mereka.

Sri Lanka mewajibkan mayat mangsa COVID-19 dibakar pada April lalu di tengah-tengah kebimbangan yang disebarkan oleh sami Buddha berpengaruh yang menyokong Presiden, Gotabaya Rajapaksa bahawa mayat yang dikebumikan mampu mencemari air bawah tanah dan menyebarkan penyakit.

Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan pengebumian dan pembakaran mayat dibenarkan.

Wujud ketegangan berterusan antara umat Islam iaitu 10 peratus daripada 21 juta penduduk Sri Lanka dan majoriti orang Sinhala yang kebanyakannya beragama Buddha, selepas militan tempatan dituduh dalang pengeboman Easter 2019. - AFP

Colombo, Dec 9, 2020 (AFP) -

Sri Lanka said Wednesday it would cremate the bodies of 19 Muslim coronavirus victims, overriding the families' objections against the contentious policy.

The island nation has been experiencing a surge in cases since October, with the number of infections increased more than eight-fold since then to over 29,300 and 142 dead.

Coronavirus victims' bodies are claimed by families and then cremated -- a practice forbidden under Islamic law -- under the strict supervision of health authorities.

But families of 19 Muslims killed by the virus have refused to claim the bodies from a morgue in the capital Colombo, triggering the edict by Attorney-General Dappula de Livera.

"Bodies of Covid-19 victims not claimed by families can be cremated in terms of quarantine regulations," De Livera's spokeswoman said, adding that the bodies would be cremated this week.

Five were cremated on Wednesday, police said.

The policy has been challenged by Muslims, with 12 petitions filed by the minority community and civil society groups in the Supreme Court.

But the top court rejected the petitions last week, without giving reasons why it made that decision.

The Sri Lanka Muslim Council has said a majority of the country's coronavirus victims were Muslim.

A council spokesman added that members of the community feared seeking medical help if Covid-19 positive, as they did not want to be cremated.

The Organisation of Islamic Cooperation last month urged Colombo to permit Muslims to bury their family members "in line with their religious beliefs and obligations".

Sri Lanka made Covid-19 cremations compulsory in April amid fears spread by influential Buddhist monks -- who support President Gotabaya Rajapaksa -- that burying bodies could contaminate groundwater and spread the disease.

The World Health Organisation states both burials and cremations are permitted.

There have been ongoing tensions between Muslims -- who make up 10 percent of Sri Lanka's 21 million population -- and the majority Sinhalese who are mostly Buddhists, after local jihadists were accused of being behind the deadly 2019 Easter bombings.

 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,869
Reaction score
2,143
Points
201
Da mati
Bakar tak rasa daah
Mana ada mayat bangun meraung kene bakar :D
 

wlp

Fun Poster
Joined
Feb 12, 2008
Messages
263
Reaction score
34
Points
20
Da mati
Bakar tak rasa daah
Mana ada mayat bangun meraung kene bakar :D

jaga mulut jika tak ada ilmu.....jika tn akudotcom berugama islam....takut takut makan diri....klu bukan tak pa lah.......istiqfar bila menulis jadi fitnah.....maaf saya pun banyak dosa
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,869
Reaction score
2,143
Points
201
jaga mulut jika tak ada ilmu.....jika tn akudotcom berugama islam....takut takut makan diri....klu bukan tak pa lah.......istiqfar bila menulis jadi fitnah.....maaf saya pun banyak dosa

laaa sy ckp yg benar
Penah ke jumpa mayat bangkit meraung kene bakar?
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,869
Reaction score
2,143
Points
201
bukan masalah meraung atau xmeraung klu mayat muslim tu kena bakar..tp ini syariat..

ye syariat tu betul
Masalah nya waris2 muslim pun takut nak uruskan mayat covid tu

sbb tu pemerintah bako
Pemerintah plak bukan muslim

apo nak buek
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
Ketegangan memuncak di Sri Lanka, 15 jenazah pesakit COVID-19 dibakar


COLOMBO : Ketegangan semakin memuncak di Sri Lanka apabila sekurang-kurangnya 15 jenazah pesakit COVID-19 dibakar tanpa kebenaran keluarga, sekali gus menyalahi ajaran agama Islam.

Pihak berkuasa di negara majoriti penganut Buddha itu menegaskan, mayat semua pesakit COVID-19 perlu dibakar termasuk jenazah umat Islam, yang sepatutnya dikebumikan dengan menghadap kiblat.

Arahan itu dikeluarkan April lalu, susulan amaran oleh sami Buddha bahawa proses pengebumian boleh menimbulkan pencemaran dan menggalakkan penularan virus.

Selepas keluarga 19 pesakit Islam itu enggan menuntut jenazah anggota keluarga masing-masing dari rumah mayat Colombo minggu lalu, peguam negara mengarahkan kesemua jenazah terbabit dibakar.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 15 jenazah sudah dibakar, termasuk jenazah seorang bayi berusia 20 hari, dikenali sebagai Shaykh, walaupun dirayu ibu bapanya.

Sejak beberapa minggu lalu, orang awam mengikat riben putih di pintu pagar tanah perkuburan yang menempatkan pusat pembakaran berkenaan, sebelum ditanggalkan pihak berkuasa pagi tadi, sekali gus mengundang kemarahan netizen.

"Hantu Kanatte (tanah perkuburan) sudah menanggalkan reben putih bagi memperingati seorang bayi yang jenazahnya dibakar secara paksa tanpa kerelaan kedua ibu bapa," kata bekas Menteri Luar, Mangala Samaraweera, menerusi ciapan di Twitter.

Seorang aktivis media sosial turut memuat naik gambar riben putih dan menyifatkannya sebagai satu lagi bukti jelas penindasan dilakukan kerajaan.

Negara kepulauan itu mengalami peningkatan kes COVID-19 sejak Oktober, dengan jumlah jangkitan meningkat hampir 10 kali ganda, mencapai jumlah kumulatif 32,790 jangkitan termasuk 152 kematian. - AFP
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,866
Reaction score
2,721
Points
206
mana dia belajar kebumikan mangsa covid boleh mencemarkan air.
ajaran sesat sungguh sami buddha pun.
 

redcloud

Active+ Member
Joined
Mar 13, 2009
Messages
2,512
Reaction score
220
Points
43
kalau waris tak nak uruskan..majlis agama sana kan boleh uruskan
 

stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
7,249
Reaction score
873
Points
121
ye syariat tu betul
Masalah nya waris2 muslim pun takut nak uruskan mayat covid tu

sbb tu pemerintah bako
Pemerintah plak bukan muslim

apo nak buek
kalau waris tak nak uruskan..majlis agama sana kan boleh uruskan
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register