BTC USD 34,482.1 Gold USD 1,802.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM tumpas sindiket kartel projek RM3.8 bilion

Sponsored Post

saidins

Fun Poster
Joined
Jan 1, 2008
Messages
106
Reaction score
31
Points
30
KARTEL PROJEK KERAJAAN | KSU Kesal Penjawat Awam Sanggup Dipergunakan

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali menyatakan kekesalan kerana terdapat segelintir penjawat awam yang membenarkan diri diperguna pihak lain untuk habuan lumayan.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

Heran sungguh.. Dia ni baru start kerja gomen ka yg x tau kata ada group yg monopoli kontrak?
 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
6,169
Reaction score
1,539
Points
156
Heran sungguh.. Dia ni baru start kerja gomen ka yg x tau kata ada group yg monopoli kontrak?
Mungkin dulu dia tak berani bersuara.
Tapi zaman DSMY ni, SPRM dan PDRM berani selongkar habis2an.
Zaman PM yang lain tak tahu le apa yang mereka arahkan.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
33,195
Reaction score
1,975
Points
201
Meminimumkan berulangnya operasi kartel #malaysiagazette
https://malaysiagazette.com/.../bon-rm500000-pastikan.../

Bon RM500,000 pastikan sindiket kartel tender tak berulang​



6 April 2021

MGF06042021_FADILLAH-YUSOF-KETUA-EDITOR_04.jpg


Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berucap pada sesi libat urus bersama ketua editor media di Kementerian Kerja Raya, Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 06 APRIL 2021.

KUALA LUMPUR – Beberapa langkah bagi memastikan aktiviti sindiket kartel yang memonopoli ratusan tender kerajaan tidak berulang sedang dilaksanakan kerajaan pada masa ini.
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, antara yang dilakukan termasuk mengenakan bon bernilai RM500,000 bagi bidaan tender kementerian dan agensi-agensi kerajaan.




“Saya tak dapat jamin kartel tender ini dapat dihapuskan 100 peratus namun kementerian mengambil langkah mengecilkan ruang dan peluang untuk aktiviti ini berlaku.

“Antaranya kita mengenakan bon RM500,000 dalam proses tender projek atau penyelenggaraan, sekali gus menyukarkan kartel kerana mereka perlu mengumpul duit yang banyak jika mahu membida menggunakan syarikat berbeza yang dikawal,” katanya ketika ditemui selepas Sesi Libat Urus Menteri Kanan Kerja Raya Bersama Ketua Editor Media di sini hari ini.

Menurut Fadillah, menerusi kaedah itu, saiz kartel mungkin dapat dikecilkan sekali gus tidak mempengaruhi keseluruhan harga bidaan.



Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tujuh individu dipercayai anggota sindiket kartel yang memonopoli ratusan tender kementerian dan agensi kerajaan sejak tujuh tahun lalu, dengan nilai projek dianggar mencecah RM3.8 bilion.

Menerusi siasatan itu SPRM kemudian bertindak menyita dua helikopter dan membeku 644 akaun bank individu serta syarikat dengan simpanan berjumlah kira-kira RM100 juta, selain wang tunai berjumlah RM3.5 juta turut disita daripada kediaman ketua sindiket bergelar Datuk berusia 47 tahun. – MalaysiaGazette



Hahahha .. padan la muke syarikat halal nak cari modal bon setengah juta.. kartel duit haram bukan sikit.. ape la sgt bon mcm tu. Hah
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,187
Reaction score
13,599
Points
2,376
KARTEL TENDER PROJEK | Lebih Banyak Tangkapan Akan Dilakukan

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam tidak menolak kemungkinan lebih banyak tangkapan akan dilakukan berhubung kes kartel tender projek kerajaan.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,383
Reaction score
13,566
Points
1,906
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, ketua jabatan cenderung untuk menutup mata terhadap kesalahan kakitangan bagi melindungi reputasi jabatan mereka.

Ketua jabatan tutup mata terhadap kontrak kartel, kata SPRM​





April 8, 2021 8:45 AM


azam-baki-sprm-bernama.jpg


Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, SPRM akan merampas harta dan aset anggota sindiket. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki berkata, tidak mungkin ketua jabatan kerajaan tidak menyedari terdapat sebilangan kakitangan mereka mengambil rasuah daripada kartel yang memonopoli tender kerajaan.
Dalam temu bual bersama program Trio On Point NTV7 beliau berkata, banyak kontraktor perniagaan mendakwa mereka melaporkan perkara itu kepada jabatan kerajaan sebelumnya.

Azam menambah bahawa ketua jabatan cenderung untuk menutup mata terhadap kesalahan kakitangan dan masalah etika bagi melindungi reputasi jabatan mereka.

“Saya rasa mungkin ada kekurangan pemantauan dalam operasi. Ketua jabatan dan penyelia sebenarnya harus memantau kakitangannya,” katanya.


Awal minggu ini, SPRM menahan tujuh orang dalam sindiket yang dilaporkan menguasai lebih 150 syarikat yang memonopoli projek kerajaan bernilai RM3.8 bilion. Tujuh yang ditangkap, termasuk ketua sindiket berusia 47 tahun.

Azam berkata, langkah SPRM seterusnya adalah merampas harta benda dan aset mereka dan mengembalikannya kepada rakyat.
Mengulas mengenai siasatan kes, beliau berkata, SPRM pertama kali mendengar sindiket itu melalui risikan sendiri dan maklumat daripada orang ramai.
Ketua sindiket itu dikatakan menguasai lebih 150 syarikat dan menggunakannya untuk mengemukakan tender di kementerian dan agensi.

Ketua sindiket juga didapati akan mengupah orang lain sebagai pengarah syarikat.
“Kartel tersebut telah beroperasi sejak 2014 dan hingga kini dan dianugerahkan 345 tender bernilai RM3.8 bilion,” kata sumber kepada FMT.
 

Mata_Pena

Forum Troll, Multiple ID Cricket
Joined
Oct 22, 2008
Messages
5,397
Reaction score
1,862
Points
141
Hahahha .. padan la muke syarikat halal nak cari modal bon setengah juta.. kartel duit haram bukan sikit.. ape la sgt bon mcm tu. Hah
Kartel approach syarikat halal..
Payung duit bon. Settle..
Kaut projek lagi

Helikopter, kapal pun bole beli..
500k bon celah gigi je.

Penjawat awam jugak yg bukak ruang korupsi
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register