BTC USD 34,775.3 Gold USD 1,802.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM tumpas sindiket kartel projek RM3.8 bilion

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,049
Reaction score
5,121
Points
721
1023040.jpg

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menumpaskan sindiket kartel projek dengan penahanan tujuh individu termasuk seorang ketua sindiket, pada Ahad.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menumpaskan sindiket kartel projek dengan penahanan tujuh individu termasuk seorang ketua sindiket, pada Ahad.

Menurut sumber, sindiket kartel projek yang beroperasi sejak 2014 itu telah memonopoli sebanyak 345 tender daripada beberapa kementerian dan agensi kerajaan di seluruh negara dengan nilai projek RM3.8 bilion.

"Ketua sindiket berusia 47 tahun itu mengawal lebih 150 buah syarikat yang berfungsi untuk memasuki tender atau sebut harga di kementerian dan agensi yang terlibat.

"Ketua sindiket itu menggajikan individu sebagai pengarah syarikat yang sebenarnya dimiliki dia sendiri dengan menumpukan projek penyelenggaraan fasiliti dan projek pembangunan," katanya pada Isnin.

Tambah sumber itu, sindiket terbabit dipercayai mendapat kerjasama 'orang dalam' bagi memastikan syarikat di bawah kawalannya dibenarkan masuk tender atau sebut harga.

Katanya, modus operandi kartel itu ialah membayar rasuah kepada 'orang dalam' untuk mendapat maklumat berhubung spesifikasi, harga siling, harga jabatan, jumlah penyertaan, kelayakan syarikat dan masa yang sesuai untuk menghantar borang tender dan sebut harga.

"Taktik 'mengepung harga' iaitu dengan menyertai sesuatu tender menggunakan sejumlah besar syarikat yang berada di bawah kawalan ketua sindiket. Syarikat-syarikat terbabit akan memasuki tender mengikut harga yang berbeza berdasarkan harga siling yang ditetapkan.

"Hasil risikan juga mendapati sindiket ini telah menggunakan nama beratus individu untuk membuka syarikat-syarikat di bawah naungannya. Setiap individu akan dibayar gaji bulan dan komisen sebagai imbuhan bagi penggunaan nama dan butir-butir peribadi," katanya.

Katanya lagi, dipercayai butir-butir kelayakan akademik dan kelayakan profesional bagi kebanyakan penama yang digunakan untuk menubuhkan syarikat adalah palsu. Setiap syarikat juga dikatakan menggunakan penyata kewangan palsu untuk melayakkan mereka memasuki tender.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit dan tidak menolak lebih banyak tangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat.

"Kes disiasat di bawah seksyen 17 dan 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...PRM-tumpas-sindiket-kartel-projek-RM38-bilion
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

Kartel projek: Pegawai kanan agensi kerajaan ditahan​

PUTRAJAYA – Seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan yang dipercayai terlibat dalam sindiket kartel projek yang ditumpaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ditahan semalam.

Menurut sumber, lelaki berusia 38 tahun yang bekerja sebagai jurukur bahan gred 48 dipercayai terlibat dalam kerja-kerja penyediaan Bill of Quatity (BQ) bagi projek-projek yang ditawarkan agensi terbabit.

“Suspek dipercayai menerima rasuah bagi membocorkan maklumat berhubung spesifikasi projek-projek kepada ketua sindiket untuk memudahkan penyediaan dokumen-dokumen tender,” katanya di sini hari ini.

Sumber berkata, penahanan ke atas pegawai terbabit dibuat lewat malam semalam di rumahnya di Ampang.

Katanya, hasil risikan mendapati beliau menerima rasuah sebanyak RM300,000 bagi maklumat yang disalurkan kepada ketua sindiket.

“Setakat ini sebanyak empat kali pembayaran iaitu anggaran RM1.2 juta telah dibayar kepada suspek

“Siasatan masih berjalan dan dipercayai lebih ramai akan ditahan berhubung kes ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan tangkapan itu dan enggan mengulas lanjut.-K!ONLINE

Sponsored Post

abah5851

Active+ Member
Joined
Dec 5, 2014
Messages
2,726
Reaction score
220
Points
43
Biasanya boss besar cina.. pakai nama Melayu..
Bila tanya Director mana... tu hah tengah ikat batu...hik3.
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
12,907
Reaction score
1,896
Points
201
Terbaik la sprm mcm nie
 

jaws_am

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
May 29, 2008
Messages
14,277
Reaction score
3,991
Points
201
Kartel job goverment..
Memang power.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,049
Reaction score
5,121
Points
721
isu ni dah lama sebnrnya.. ni berita tahun 2019


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berhubung dakwaan wujudnya komplot dalam bidaan projek-projek kerajaan.
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
12,907
Reaction score
1,896
Points
201
isu ni dah lama sebnrnya.. ni berita tahun 2019


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berhubung dakwaan wujudnya komplot dalam bidaan projek-projek kerajaan.
Yap dh berkurun sebenarnya penjawat awam yg dpt rumah dpt kereta dn mcm2 lg....tangan dh terikat.....tu lepas abis kontrak dpt lg tokey yg sama....
 

logammaut

Legendary Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
10,481
Reaction score
900
Points
171
Yup ini kes 2019. Asalnya MyCC yg siasat sbb ada aduan monopoli projek2 kerajaan. Agaknya SPRM takeover sbb ada unsur2 rasuah.

isu ni dah lama sebnrnya.. ni berita tahun 2019


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berhubung dakwaan wujudnya komplot dalam bidaan projek-projek kerajaan.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,049
Reaction score
5,121
Points
721

05reman_1617600793.jpg

SPRM tidak tolak kemungkinan ramai akan ditahan - Azam Baki​

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki mengesahkan tujuh individu ditahan reman untuk siasatan kerana dipercayai terbabit dalam sindiket kartel memonopoli tender kerajaan.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan lebih banyak tangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat susulan penahanan individu terbabit sejak malam tadi.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 17 dan 18 Akta SPRM. Kita tidak menolak kemungkinan lebih banyak tangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat," katanya hari ini.

Kesemua individu terbabit ditahan reman enam hari bermula hari ini sehingga 10 April dan perintah reman dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim.

Terdahulu, SPRM membongkar kegiatan sindiket kartel bagi memonopoli ratusan tender kementerian dan agensi kerajaan sejak tujuh tahun lalu susulan penahanan tujuh individu termasuk ketuanya berusia 47 tahun malam tadi.

Kartel terbabit dikatakan memonopoli sebanyak 345 tender daripada beberapa kementerian dan agensi kerajaan di seluruh negara dengan nilai projek dianggarkan mencecah RM3.8 billion.

Ketua sindiket berkenaan mengawal lebih 150 buah syarikat yang digunakan untuk memasuki tender atau sebut harga di kementerian dan agensi yang terbabit.

Individu terbabit menggunakan 150 syarikat berbeza dengan menggajikan beberapa individu sebagai pengarah syarikat yang mana sebenarnya dimiliki beliau sendiri.

Tumpuan sindiket ini ialah projek penyelenggaraan kemudahan dan projek pembangunan.

Sindiket itu dipercayai mendapat kerjasama 'orang dalam' bagi memastikan syarikat bawah kawalannya dibenarkan memasuki tender supaya antaranya berjaya.

Modus operandi kartel ialah membayar rasuah kepada orang dalam untuk mendapat maklumat berhubung spesifikasi, harga siling, harga jabatan, jumlah penyertaan, kelayakan syarikat dan masa yang sesuai untuk menghantar borang tender dan sebut harga.

Hasil risikan dijalankan SPRM juga mendapati sindiket ini menggunakan nama beratus-ratus individu untuk membuka syarikat bawah naungannya dan akan dibayar gaji bulan serta komisyen sebagai imbuhan bagi penggunaan nama serta butir peribadi mereka.

Kelayakan akademik dan profesional bagi kebanyakan penama yang digunakan untuk menubuhkan syarikat ditubuhkan ketua kartel itu adalah palsu, termasuk penyata kewangan palsu bagi melayakkan mereka memasuki tender atau sebut harga.

 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,459
Reaction score
774
Points
121
Den tumpang bangga melihat kejayaan anak=anak melayu ni, bukan senang nak dapat projek ratus-ratus juta tu.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register