SPRM tahan ASP disyaki minta, terima rasuah lebih RM12,000

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,289
Reaction score
3,178
Points
201
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak, hari ini, kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai lebih RM12,000 pada tahun lalu.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Bintulu pada jam 12.45 tengah hari tadi.

"Siasatan awal mendapati suspek didakwa meminta dan menerima wang suapan daripada sebuah syarikat sebagai balasan untuk melindungi kegiatan menjual nombor ekor haram dan arak serta rokok tanpa cukai di sebuah daerah di Sarawak sekitar Jun hingga Disember tahun lalu," katanya kepada Bernama, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Mohd Zaki Hassan, ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Bintulu, esok, untuk mendapatkan perintah reman. – BERNAMA

 
Top
Log in Register