BTC USD 97,531.6 Gold USD 2,688.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM Serbu Rumah Di Syaki Simpan Wang Rasuah Ahli Politik Berpengaruh

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,439
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
63,439
Reaction score
7,018
Points
916
Awards
1
14.10.2024 - SPRM menyerbu sebuah unit pangsapuri di Kuala Lumpur malam tadi yang disyaki digunakan oleh seorang ahli politik berpengaruh sebagai tempat menyimpan wang rasuah. Menurut sumber dalaman SPRM, serbuan itu dibuat pada jam 10 malam sebagai sebahagian daripada siasatan dakwaan rasuah oleh ahli politik itu. Lokasi pangsapuri itu didedahkan oleh seorang lagi suspek yang ditahan bagi membantu siasatan, kata sumber itu.

f17df36cf1dc7a490d643dafa7dde2a9.jpg

“Seorang suspek yang ditahan telah mendedahkan kewujudan safehouse yang bertujuan menyimpan wang hasil rasuah milik seorang ahli politik berpengaruh. Hasil penggeledahan telah menemui sejumlah wang mata wang Singapura berjumlah SGD1,529,000 atau kira-kira RM5 juta. Wang ini disimpan bertujuan untuk kegunaan ahli politik berkenaan bagi aktiviti politiknya. Wang ini telah disita oleh SPRM bagi siasatan lanjut,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurut beberapa sumber, siasatan awal menunjukkan unit itu disewa oleh seorang ahli perniagaan untuk menyimpan wang bagi pihak ahli politik itu. Malaysiakini telah menghubungi Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki bagi meminta pengesahan dan maklum balas berkenaan perkara ini. Difahamkan SPRM juga menyiasat ahli politik berkenaan berkaitan skandal rasuah berjuta-juta ringgit yang didakwa berhubung konsesi perlombongan pasir di bawah anak syarikat cabang pelaburan negeri itu. Semalam, SPRM menahan dua suspek skandal konsesi lombong ini, seorang ahli perniagaan dan seorang bekas eksekutif kanan di Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI). Malaysiakini dimaklumkan seorang daripada suspek ditahan reman sehingga Selasa ini manakala seorang lagi dibebaskan atas perintah mahkamah kerana masalah kesihatan.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/722442
 
Sponsored Post

SPRM Tahan Bekas Eksekutif MBI, Ahli Perniagaan Kes Rasuah Lombong Pasir

14.10.2024 - Seorang bekas eksekutif kanan di Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) adalah antara dua individu yang ditahan SPRM tiga hari lalu, dalam siasatan skandal rasuah berjuta-juta ringgit yang didakwa berhubung konsesi perlombongan pasir di bawah anak syarikat cabang pelaburan negeri itu. Suspek kedua merupakan seorang ahli perniagaan. Kedua-dua suspek didakwa ada kaitan dengan seorang pemimpin pembangkang terkenal yang pernah mempunyai pengaruh politik di Selangor.

“Bekas eksekutif itu disyaki menerima rasuah jutaan ringgit daripada syarikat yang memperoleh konsesi perlombongan pasir beberapa tahun lalu. Menurut maklumat yang SPRM kumpul setakat ini, suspek kedua iaitu ahli perniagaan telah (didakwa) bertindak sebagai orang tengah untuk mengutip suapan bagi pihak suspek pertama. Ada juga banyak pihak lain yang terlibat yang kita dah panggil semua, namun kedua-dua mereka dianggap sebagai suspek utama kami,” kata sumber.

Malaysiakini dimaklumkan seorang daripada suspek ditahan reman sehingga Selasa ini, manakala seorang lagi dibebaskan atas perintah mahkamah kerana masalah kesihatan. Menurut sumber yang rapat dengan siasatan, SPRM juga telah menahan dua individu yang dikaitkan dengan syarikat perlombongan pasir, tetapi mereka telah dibebaskan selepas disoal siasat. Skandal itu didakwa bermula apabila syarikat berkenaan memohon konsesi daripada MBI lebih lima tahun lalu, menurut seorang pegawai SPRM yang tidak mahu namanya disiarkan. Bagaimanapun, rasuah itu dikatakan berterusan sejak syarikat itu memperoleh konsesi MBI.

Suspek kedua juga didakwa mendapatkan peratusan saham dalam syarikat perlombongan pasir itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM. Setakat hari ini, SPRM telah membekukan kira-kira 15 akaun bank milik beberapa individu dan syarikat, termasuk yang dipercayai penyiasat digunakan untuk menyalurkan rasuah. Menurut sumber, SPRM juga sedang menyiasat sama ada ahli politik terkemuka itu mempunyai sebarang penglibatan dalam dakwaan rasuah itu.

"Kita akan lihat jika ada keperluan untuk merekodkan kenyataannya. Setakat ini siasatan masih diteruskan," kata sumber itu ketika ditanya sama ada SPRM bercadang untuk memanggil ahli politik berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

“Saya sahkan ada dua orang ditangkap yang (didakwa) terlibat dalam perbuatan rasuah berhubung mendapat konsesi pasir daripada MBI,” katanya, namun enggan mengulas lanjut.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/722399
 
2 Lagi Lokasi Di Serbu, Ahli Politik Akan Di Panggil

14.10.2024 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu dua lagi lokasi susulan siasatan terhadap dakwaan skandal konsesi perlombongan pasir di Selangor. Badan antirasuah itu juga akan memanggil ahli politik yang dikaitkan dengan seorang daripada empat suspek selepas ini. Setakat ini seramai 15 orang telah dipanggil memberikan keterangan. Alam lalu SPRM menyerbu sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur yang disyaki digunakan sebagai tempat menyimpan wang rasuah.

SPRM menyita mata wang Singapura berjumlah SGD1,529,000 (kira-kira RM5 juta) yang dikatakan untuk membiayai kegiatan politik pemimpin pembangkang itu. Difahamkan SPRM juga menyiasat ahli politik itu berkaitan dakwaan skandal rasuah berjuta-juta ringgit berhubung konsesi perlombongan pasir bawah anak syarikat negeri itu. Terdahulu SPRM menahan bekas pegawai kanan di Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, ahli perniagaan yang rapat dengan seorang pemimpin politik, seorang pemandu serta pegawai syarikat penerima konsesi.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/722526
 
Siapakah dia? Jeng3
 
DREBAR pon masyukkk nie.....
 
'Pas tak kompromi, bela individu terpalit rasuah' - Pemuda Pas

AISYAH BASARUDDIN
Laporan muka depan Sinar Harian pada Isnin.
14 Oct 2024 11:16 am
SHAH ALAM - Pas menegaskan tidak akan berkompromi atau membela mana-mana individu yang terpalit sebarang kesalahan termasuk kes rasuah kerana ia sejajar dengan pendirian parti sejak dahulu.

Justeru, Ketua Penerangan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, pihaknya meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dengan lebih terperinci kes penemuan wang asing bernilai RM5 juta di sebuah pangsapuri yang dijadikan 'safehouse' oleh seorang ahli politik berpengaruh.

"Muka depan semua akhbar (hari ini) menayangkan kes penemuan RM5 juta di ‘safehouse’ dan dikaitkan dengan pemimpin politik yang sangat dikenali.

"Saya yakin semua sudah maklum ia ditujukan kepada siapa. Inilah kuasa media, nampak begitu ‘sepakat’ membawa naratif ini atau ia memang ‘arahan’?

"Walau sesiapa pun yang dikaitkan, siasatlah dengan terperinci. Jika bersalah, hukum.

"Kita berpegang dengan prinsip selagi belum didapati bersalah, seseorang itu layak membela diri dan beri perakuan benar selagi belum disabitkan mana-mana kesalahan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Pada Sabtu, sejumlah mata wang dolar Singapura bernilai SG$1,529,000 bersamaan kira-kira RM5 juta ditemukan SPRM ketika menggeledah pangsapuri di ibu kota yang didakwa dijadikan 'safehouse' pada jam 10 malam.

Tindakan itu adalah susulan penahanan dua individu termasuk seorang bekas eksekutif kanan di Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) berkaitan kes rasuah konsesi perlombongan pasir.

Menurut sumber, kedua-dua suspek tersebut didakwa mempunyai kaitan dengan ahli politik terkenal yang pernah mempunyai pengaruh politik di Selangor.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register