BTC USD 17,303.5 Gold USD 1,803.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM serbu pejabat MBSA kes projek tebatan banjir

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
121,299
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
121,299
Reaction score
20,251
Points
2,866
Awards
1

SPRM serbu pejabat MBSA kes projek tebatan banjir​

September 24, 2022 @ 1:54pm


SPRM_BRIBE1_1663998861.jpg


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Isnin lalu dipercayai berkaitan siasatan kes projek tebatan banjir mega bernilai ratusan juta ringgit.
Susulan serbuan itu, difahamkan tiga individu ditahan reman untuk membantu siasatan kes itu.

Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan itu dan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.



Sementara itu, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor, mengesahkan kehadiran pegawai SPRM ke ibu pejabatnya di Seksyen 14, di sini Isnin lalu.



"Memang benar tetapi bukanlah serbu, saya juga tidak pasti, cuma kita belum dapat maklumat sebenar kes apa yang disiasat.

"Kita masih belum mendapat penjelasan lanjut dari SPRM. Pihak SPRM sahaja yang boleh mengesahkan," katanya ketika dihubungi hari ini.
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
121,299
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
121,299
Reaction score
20,251
Points
2,866
Awards
1

Datuk Bandar Shah Alam sahkan SPRM serbu MBSA​

24 September 2022 11:11am Masa membaca: 1 minit

1920786.jpg

Zamani

SHAH ALAM - Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Isnin.

Zamani mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.


Beliau bagaimanapun memaklumkan tidak mempunyai sebarang maklumat tentang serbuan yang dibuat oleh pihak SPRM ke atas pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit.
"Dari segi itu (serbuan SPRM), ya memang betul. Tapi kita tidak mempunyai laporan penuh apa sebenarnya isu (yang berlaku).
"Kalau ikut nak kata serbuan atau lawatan itu kena tanya SPRM kerana bila dia masuk, mereka minta fail (dokumen), kita beri kerjasama, kita beri sahaja apa yang mereka nak lihat.

"Kita cuma tunggu sahaja laporan (daripada SPRM), isu apa dan sebagainya kita tidak dapat (gambaran) yang lengkap," katanya.

Dalam pada itu, Zamani berkata, kenyataan daripada pihaknya hanya akan dikeluarkan selepas agensi berkenaan mendapat laporan penuh daripada SPRM.

"Kita tidak akan keluarkan sebarang kenyataan selagi tidak dapat laporan penuh daripada SPRM kerana kita tidak mahu ia memberi impak yang buruk," katanya.




Media sebelum ini melaporkan salah seorang wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang enggan dikenali mengatakan bahawa serbuan yang dibuat oleh oleh SPRM dipercayai mempunyai kaitan dengan projek tebatan banjir.
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
121,299
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
121,299
Reaction score
20,251
Points
2,866
Awards
1

SPRM sah tahan kontraktor, 2 pegawai MBSA​

Bernama
September 24, 2022 17:05 MYT
SPRM sah tahan kontraktor, 2 pegawai MBSA

Hishamuddin berkata seorang kontraktor dan dua pegawai MBSA ditahan SPRM. - Gambar fail

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk dua pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dipercayai berhubung projek kerajaan negeri.


Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi berkata satu lagi individu yang ditahan ialah seorang kontraktor.



Sementara itu, Datuk Bandar Shah Alam Datuk Zamani Ahmad Mansor berkata pihaknya masih menunggu laporan SPRM dan tidak dapat mengesahkan sama ada penahanan itu berkait projek tebatan banjir sebagaimana dilapor sebuah portal.

Menurut Zamani, projek itu ketika ini masih di peringkat perbincangan dengan kerajaan negeri dan belum dimulakan.


Beliau juga tidak dapat memastikan sama ada SPRM membawa keluar beberapa fail dari premis berkenaan ketika serbuan dipercayai dibuat SPRM di Wisma MBSA, di sini, Isnin lepas.

"Pada ketika itu, semua pegawai kanan berada di luar menghadiri dialog bajet, ada yang kata serbuan tapi saya tak dapat mengesahkan perkara itu kerana tidak berada di sana dan tidak mendapat apa-apa maklumat daripada SPRM lagi," katanya ketika dihubungi Bernama.
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
121,299
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
121,299
Reaction score
20,251
Points
2,866
Awards
1

Kartel disyaki monopoli projek MBSA​

September 25, 2022 @ 12:15pm

Bangunan MBSA di Shah Alam. - Foto fail NSTP
Bangunan MBSA di Shah Alam. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan kewujudan kartel dalam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang dipercayai memonopoli tender projek mega di bandar raya berkenaan.

Difahamkan, kartel itu turut membabitkan pengurusan tertinggi pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan yang mempunyai kuasa untuk menyerahkan tender secara runding terus kepada pihak tertentu.

BH difahamkan, kesan kehadiran kartel itu menyebabkan hanya pihak tertentu yang dipercayai rapat dengan kartel dilantik menjadi kontraktor projek sekali gus mengakibatkan projek yang diberikan itu tidak dilaksanakan seperti yang dikehendaki.

Sumber berkata, antara projek yang dikesan dimonopoli kartel adalah tebatan banjir Shah Alam Sustainable Urban Drainage Masterplan (SASuD - Pelan Tindakan Banjir Shah Alam) yang bernilai hampir RM400 juta.


"Ia diagihkan kepada syarikat kartel dan kroni membabitkan pihak pengurusan tertinggi dan Ahli Majlis MBSA.

"SPRM juga mengesan terdapat kerja yang dipecahkan kepada projek kecil dan bertindih dengan fungsi projek yang sepatutnya di bawah kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut dimasukkan di bawah projek ini.

"Terdapat juga projek yang langsung tiada kaitan dengan projek SASuD dimasukkan di bawah pelan induk tebatan banjir ini," kata sumber.
Sebelum ini dilapor MBSA peruntukkan kira-kira RM157 juta bagi beberapa perancangan menerusi SASuD yang akan merangkumi tiga fasa iaitu jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

Antara hala tuju penyediaan pelan tindakan banjir Shah Alam adalah menaik taraf sistem perparitan utama perbandaran ke arah reka bentuk minimum yang boleh ditampung selama 50 tahun average recurrance interval (ARI).

Malah, kata sumber berkenaan, kartel itu dipercayai wujud bagi semua projek bukan saja membabitkan tebatan banjir.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi BH mengenai perkara itu menjelaskan pihaknya sedang menyiasat mengenai projek tebatan banjir itu termasuk berkaitan kewujudan kartel berkenaan.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata, terbaru tiga individu ditahan reman selepas SPRM menyerbu ibu pejabat MBSA Isnin lalu bagi membantu siasatan mengenai penyelewengan bagi projek SASuD itu.
 

silasroon

Super Active Member
gem
Messages
5,965
Joined
Oct 10, 2016
Messages
5,965
Reaction score
2,502
Points
211
Awards
1
Ayat keramat pegawai SPRM...

"Lupa??? jangan risau, kejap lagi, bila je Pegawai masuk,15 tahun lepas pun encik akan ingat".....kikikikikiki
 

lau_kau

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,629
Top Poster #6
Joined
Aug 2, 2007
Messages
27,629
Reaction score
5,789
Points
481
Awards
1
Boleh kata semua mcm tu kantoi ngn x saja la...projek tu wayang ja janji duit
 

notepad

Legendary Member
gem
Messages
11,276
Joined
Sep 17, 2011
Messages
11,276
Reaction score
1,215
Points
206
pegawai mbsa ingat dia besar. ada lagi boss atas lagi besar
 

synyster

Active+ Member
Messages
4,908
Top Poster #9
Joined
Nov 29, 2010
Messages
4,908
Reaction score
635
Points
81
Ni kes projek Canal City yg jadi Bandar Rimbayu tu ke?
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
388,019
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
388,019
Reaction score
25,547
Points
2,836
Awards
1

Kartel disyaki monopoli projek MBSA​

September 25, 2022 @ 12:15pm

Bangunan MBSA di Shah Alam. - Foto fail NSTP
Bangunan MBSA di Shah Alam. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan kewujudan kartel dalam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang dipercayai memonopoli tender projek mega di bandar raya berkenaan.

Difahamkan, kartel itu turut membabitkan pengurusan tertinggi pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan yang mempunyai kuasa untuk menyerahkan tender secara runding terus kepada pihak tertentu.

BH difahamkan, kesan kehadiran kartel itu menyebabkan hanya pihak tertentu yang dipercayai rapat dengan kartel dilantik menjadi kontraktor projek sekali gus mengakibatkan projek yang diberikan itu tidak dilaksanakan seperti yang dikehendaki.

Sumber berkata, antara projek yang dikesan dimonopoli kartel adalah tebatan banjir Shah Alam Sustainable Urban Drainage Masterplan (SASuD - Pelan Tindakan Banjir Shah Alam) yang bernilai hampir RM400 juta.


"Ia diagihkan kepada syarikat kartel dan kroni membabitkan pihak pengurusan tertinggi dan Ahli Majlis MBSA.

"SPRM juga mengesan terdapat kerja yang dipecahkan kepada projek kecil dan bertindih dengan fungsi projek yang sepatutnya di bawah kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut dimasukkan di bawah projek ini.

"Terdapat juga projek yang langsung tiada kaitan dengan projek SASuD dimasukkan di bawah pelan induk tebatan banjir ini," kata sumber.
Sebelum ini dilapor MBSA peruntukkan kira-kira RM157 juta bagi beberapa perancangan menerusi SASuD yang akan merangkumi tiga fasa iaitu jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

Antara hala tuju penyediaan pelan tindakan banjir Shah Alam adalah menaik taraf sistem perparitan utama perbandaran ke arah reka bentuk minimum yang boleh ditampung selama 50 tahun average recurrance interval (ARI).

Malah, kata sumber berkenaan, kartel itu dipercayai wujud bagi semua projek bukan saja membabitkan tebatan banjir.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi BH mengenai perkara itu menjelaskan pihaknya sedang menyiasat mengenai projek tebatan banjir itu termasuk berkaitan kewujudan kartel berkenaan.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata, terbaru tiga individu ditahan reman selepas SPRM menyerbu ibu pejabat MBSA Isnin lalu bagi membantu siasatan mengenai penyelewengan bagi projek SASuD itu.

Siap ada kartel dah dalam MBSA
Logik lah masalah banjir masih jadi kat Shah Alam disebabkan masalah pada MBSA
 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,216
Joined
Jul 1, 2008
Messages
41,216
Reaction score
4,290
Points
261
Awards
1
masak dato mbsa la kene pangil mb
 
Sponsored Post

Top
Log in Register