BTC USD 64,760.9 Gold USD 1,785.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM : MB Kelantan bersih sebarang rasuah. Err...KM Melaka pula apa citer?

kuhik

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
SPRM bersihkan Nik Aziz dan Wee Ka Siong
http://www.malaysiakini.com/news/150863

TunM_Rasuah

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat bersih daripada tuduhan rasuah terhadapnya.

Tuduhan itu membabitkan dakwaan oleh Haji Nik Aziz dibiayai oleh seorang ahli perniagaan untuk mengerjakan Haji dan pelantikan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai ketua eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

NONEPengerusi Panel Semakan dan Operasi SPRM, Hadenan Abdul Jalil berkata Nik Aziz tidak meminta syarikat tersebut membayar kos mengerja Haji sebanyak RM65,000.

Selain itu, katanya, Nik Aziz juga tidak pergi mengerjakan haji tersebut.

Bagaimanapun, panel tujuh anggota itu mendapati ada kelemahan dalam prosedur yang harus diperbaiki.

Panel itu bertanggungjawab menyemak kes-kes rasuah atau salahguna kuasa yang telah disiasat oleh SPRM, tetapi diklasifikasikan sebagai 'tiada tindakan lanjut' diperlukan.'

Panel juga membersihkan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Wee Ka Siong daripada tuduhan berlaku percanggahan kepentingan dengan memegang jawatan dalam sebuah firma arkitek, berkaitan dengan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang.

Bukti baru siasatan Tajudin

Hadenan yang juga bekas ketua audit negara, turut menafikan bahawa SPRM tidak mengambil tindakan terhadap bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli.

Menurutnya, siasatan masih berjalan, terutama terutamanya selepas penemuan bukti baru berhubung perkara itu.

Katanya, dakwaan bahawa SPRM tidak menjalan siasatan adalah tiadak berasas kerana ada penemuan bukti baru dan SPRM sedang menelitinya.

Ditanya sama ada bukti baru itu mengenai apa yang dilaporkan di blog, Hadenan menekankan bahawa ia sedang dalam siasatan.

Ditanya sama ada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail juga sedang disiasat kerana didakwa tidak mahu mengambil tindakan terhadap Tajudin, Hadenan enggan mengulas mengenainya.

Tajudin sedang disiasat berhubung pembelian kemudahan MASkargo di Dusseldorf, Jerman, yang mengakibatkan kerugian besar kepada syarikat penerbangan negara itu.

SPRM memulakan siasatan terhadap Tajudin sejak tahun 2002, dan blog Malaysia Today yang dikendalikan oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin, mendakwa ia tidak diteruskan atas arahan Abdul Gani.

ne_01.2.jpg


pertahan_rasuah1.jpg


umno-rasuah.jpg

komen TT : UMNO memang celaka :))
 
Sponsored Post

atlantis

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
siasat semua menteri ler.
bengong je siasat pilih2
 

MrHighLander

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2008
Messages
7,638
Reaction score
5
Points
65
aku memang x paham2 nga penyokong ameno nih.. dah buta hati kot.. haha
 

kenchanadewi

Banned
Joined
Mar 5, 2010
Messages
224
Reaction score
2
Points
15
Dari Ibnu Umar radhiallahuanhu berkata, Rasulullah SAW menaiki mimbar lalu berkata dengan nada suara yang tinggi, lalu bersabda, Wahai manusia yang masuk Islam dengan lisannya, dan tidak memasukkan iman (sepenuhnya) dalam hatinya, janganlah mencerca muslim lain, jangan memalukan mereka, jangan mencari keaiban mereka, kerana sesungguhnya barangsiapa yang mencari keaiban saudara seislamnya, maka Allah akan turut menuruti keaibannya, dan siapa yang Allah turuti keaibannya, akan dibukakan walaupun dalam tempat persembunyiannya..

Sahih Sunan Tirmizi, no hadis: 165

rujuk, Mukhtasar Kitab Al-Kabair, disemak oleh Dr Abdurrahman al-Salih al-Mahmud, Professor Aqidah, Universiti Islam Muhammad bin Saud, cetakan, Darul Ibn Mubarak, al-Khobar, Arab Saudi. mukasurat, 58
 

kenchanadewi

Banned
Joined
Mar 5, 2010
Messages
224
Reaction score
2
Points
15
bang jgn sebarang kata orang buta hati...siapa abg boleh mengata begitu..sudah cukup kah ilmu abg sepenuh penuh nya?
 

graynicolls

Active+ Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
3,757
Reaction score
37
Points
30
dalam kes ni bukan nk membuka keaiban.
ni nk mencegah kemungkaran.
jgn tertukar membuka keaiban dgn mencegah kemungkaran.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register