SPRM lancar portal bahasa Cina pula

CG Sponsors




akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,788
Reaction score
1,481
Points
151
SPRM lancar portal bahasa Mandarin
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan portal dalam bahasa Mandarin, hari ini, bagi memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat mengenai pencegahan rasuah dan perkara berkaitan suruhanjaya itu.

Menurut suruhanjaya itu dalam satu kenyataan, portal berkenaan dilancarkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil.

"Kemudahan terbaru ini diharap dapat meningkatkan lagi keyakinan dan pengetahuan masyarakat Cina terhadap SPRM serta agenda antirasuah, di samping menyebar luas mesej pendidikan pencegahan rasuah," katanya.

Portal berkenaan boleh dilayari di pautan https://www.sprm.gov.my/cn/. – BERNAMA

EiK843GU8AAKKn8_1600420110.jpg
 
Sponsored Post

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
10,386
Reaction score
589
Points
171
taruk bahasa kelinghh sekali
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,788
Reaction score
1,481
Points
151
Power jugak MCA ni
Bole kontrol sprm
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
67,973
Reaction score
10,687
Points
1,896
Aidil Khalid

2j ·

Husnu zon. Mungkin SPRM menyediakan portal khusus dalam bahasa Cina, adalah kerana terlalu ramai orang yang terlibat rasuah cuma reti cakap bahasa Cina sahaja dan tak reti berbahasa kebangsaan sama sekali. Sebab itu mereka rasuah.
Itu sahaja sebab yang munasabah untuk kita rumuskan, dari tingkah laku SPRM yang memartabatkan bahasa Cina di portal SPRM.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
67,973
Reaction score
10,687
Points
1,896
Aminuddin Yahaya

4j ·


Menurut SPRM, portal bahasa Mandarin ini dilancarkan untuk memenuhi keperluan masyarakat Cina di Malaysia. Saya tidak pasti, apakah ini bermaksud ramai dari masyarakat Cina tidak memahami bahasa kebangsaan mahupun bahasa Inggeris?

Jika benarlah perkara ini, cuba kita renung kembali. Di manakah silap kita dalam membentuk sebuah masyarakat Malaysia berteraskan identiti nasional selama ini? Sepatutnya, selepas lebih 60 tahun, sepatutnya semua orang fasih berbahasa kebangsaan, bukan setakat faham sahaja.

Tetapi apa yang berlaku ini jauh lebih teruk, faham pun tidak. Sudahlah tidak faham, kerajaan perlu keluarkan dana untuk membangunkan kemudahan untuk memahami sesuatu dalam bahasa ibunda. Mungkin kita tidak perasan atau lupa, bahawa banyak lagi tempat yang memerlukan 'terjemahan'.

Contohnya di mahkamah, betapa ramainya rakyat Malaysia yang perlukan khidmat penterjemah dalam bahasa ibunda mereka untuk urusan-urusan mahkamah termasuk perbicaraan? Itu belum lagi papan-papan tanda di kawasan-kawasan tertentu yang dipenuhi dengan bahasa mandarin.

Malah, sewaktu pilihanraya pun penuh dengan poster-poster kempen dalam bahasa mandarin jika kita pergi ke kawasan-kawasan majoriti cina. Lihat sahaja sewaktu Pilihanraya Negeri Sabah ini, tidak perlu ke sana pun. Pergi sahaja ke laman-laman Facebook parti-parti Cina bertanding.

Bagi saya, antara masalah terbesar kita ialah sistem sekolah vernakular yang terlalu mengakar dan besar di negara kita sehingga ada segmen masyarakat tertentu yang tercicir dan terperangkap dengan 'bubble' mereka tersendiri. Kalau dari kecil pun tidak terdedah dengan bahasa kebangsaan dengan baik, tidak mustahil apabila besar nanti akan hadapi masalah memahami bahasa kebangsaan.

Bukan setakat bahasa kebangsaan sahaja, mungkin ramai yang janggal dengan abjad tulisan rumi. Sebab itulah terjemahan bahasa inggeris pun ramai yang tidak faham sehingga perlukan terjemahan bahasa mandarin.

Dan tidak terkejutlah jika ramai yang 'fobia' apabila melihat tulisan Jawi!

Ayuh perjuangkan sekolah satu aliran.
Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
18 September 2020

Sumber:
https://malaysiagazette.com/.../sprm-lancar-portal.../
#MembangunUmatBeragenda
#MengangkatSuaraUmat
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
67,973
Reaction score
10,687
Points
1,896
Khairul Azri

2j ·

Ok baik kita terimalah justifikasi SPRM bahawa portal bahasa Mandarin dilancarkan demi memenuhi keperluan masyarakat Cina.
Jadi kita nak tanya juga bila pula nak buat portal SPRM dalam bahasa Tamil, Telugu, Malayalam, Jawa, Minangkabau Iban, Bajaw, Melanau, Kadazan, Sugut Dusun dan lain-lain.
Serius ni tanya bila nak buat?

1600439023040.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
67,973
Reaction score
10,687
Points
1,896
Hazwan Mohamad
30m

DESAK SPRM TUTUP LAMAN PORTAL BAHASA MANDARIN

1.Hari ini saya dimaklumkan bahawa SPRM melancarkan portal berbahasa Mandarin demi memenuhi keperluan masyarakat Cina di Malaysia.

2.Saya menganggap ini adalah satu penghinaan terhadap identiti nasional watan kita. Selepas 63 tahun kita merdeka, dan berpuluh generasi berlalu adakah kita masih lagi mahu bersikap 'tak apa' dalam situasi ini ?

3.Sepatutnya bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh dikompromi. Cantik di atas kertas kita ada Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 152, kita ada Dasar Bahasa Kebangsaan, kita ada Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Adakah ini hanya di atas kertas semata?

4.Apa punca sehingga kita masih lagi berdepan dengan situasi sebegini rupa ? Bukan sekadar masyarakat Cina marhaen sahaja malah sehingga ke Ahli Parlimen yang dipilih rakyat pun masih gagal berbahasa kebangsaan dengan baik. Ini adalah amat memalukan bagi sebuah negara berdaulat.

5.Saya ingin mengajak semua untuk lihat semula akar permasalahan dalam isu bahasa kebangsaan ini. Antara salah satu faktornya adalah kerana kita masih lagi terbelenggu dengan sistem vernakular. Dari kecil hinggalah keperingkat universiti.

6.Sudah banyak kajian yang dibuat oleh para profesor, ahli sejarawan, ahli pengkaji bebas malah dari kalangan orang Cina sendiri menunjukkan betapa sudah sampai masanya untuk Malaysia hanya memiliki satu sistem pendidikan menggunakan bahasa pengantar bahasa Melayu sahaja. Cumanya, pemerintah perlu berjiwa besar!

7. Kita baru sahaja menyambut Hari Malaysia ke 57 beberapa hari yang lalu. Sepatutnya kita yang mengaku sebagai warganegara Malaysia, menerima secara total bahawa kita perlukan sebuah identiti nasional yang satu untuk memastikan perpaduan dan keharmonian semua rakyat Malaysia.

8. Saya mendesak agar pihak SPRM boleh menutup laman portal ini dengan segera. Kembalilah kepada asas Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan pemerintah tidak seharusnya membenarkan ini berlaku sama sekali.

Hazwan Mohamad,
Ketua Angkatan Pemuda Pemudi
BERJASA Malaysia (ANGKASA)


1600439208609.png
 

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
6,894
Reaction score
81
Points
80
merapu apa ni sprm... kita dah merdeka dah berapa tahun... unacceptable..

inilah sebabnya kita kena didik rakyat kita dari kecil lagi... sekolah 1 aliran..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register