BTC USD 64,987.7 Gold USD 1,782.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM kata penjawat awam bawah PAS bermasalah..

terunesepi

Active+ Member
Joined
Mar 19, 2009
Messages
4,105
Reaction score
63
Points
30
SPRM akui penjawat awam Kelantan bersih
Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 9 Dis: Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengakui penjawat awam di negeri Kelantan begitu rendah terlibat dengan gejala rasuah jika dibandingkan dengan negeri lain.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya SPRM ( Bahagian Pengurusan ) Datuk Zakaria Jaafar, perangkaan SPRM menunjukkan dalam tahun 2010 bagi tempoh hingga Oktober tahun ini hanyaseramai dua orang sahaja penjawat awam negeri yang dikenakan tindakan dari pihaknya.

"Walaupun angka ini amat kecil jika dibandingkan dengan kakitangan awam kerajaan negeri seramai lebih 7000 orang, namun sekiranya ia tidak dikawal, ia mungkin akan merebak satu hari nanti,”ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Majlis Sambutan HariIntergriti Peringkat Negeri Kelantan hari ini yang dirasmikan oleh Speaker Dun Kelantan Datuk Nassurudin Daud yang mewakili Menteri Besar Kelantan.

Zakaria juga berkata pelbagai cabaran yang perlu di atasi oleh setiap individu iaitu rasuah,khianat, birokrasi, mungkir janji, kerja bertangguh, Membuang Masa dan Hasad Dengki bagimenjadikan diri sebagai yang kukuh dengan jatidiri dan penuh intergriti.

Beliau juga mengingatkan penjawat awam negeri agar sentiasa mengawal diri terutamanya yangberkaitan dengan urusan rakyat dan hendaklah menjauhkan diri dari mendekati denganunsur-unsur yang boleh membawa kepada tercalarnya integriti diri.

“Kalau kita sebagai ketua jabatan, janganlah cuba-cuba dekati orang yang ada kepentingan danseolah-olah mengharapkan balasan dari mereka dalam sesuatu perkara,”kata beliau.

“Ada antara kita yang ada sedikit kuasa cuba memberitahu sesuatu masalah seperti keretarosak kepada orang tertentu dan orang tu pulak akan cuba menyelesaikan masalah beliauterutamanya yang berkaitan dengan kewangan, ini juga adalah ciri-ciri yang membawa kepadaberlakunya rasuah,”ujarnya lagi.

Sementara itu Speaker Dun Kelantan Datuk Nassurudin ketika merasmikan majlis tersebutberkata tokoh intergriti terkemuka ialah Rasulullah SAW yang seharusnya dijadikan contoh bagi kehidupan seharian termasuklah penjawat awam.

“Kerajaan Kelantan sentiasa menitik berat soal integriti terhadap kakitangan kerajaan danjuga pimpinan negeri, Alhamdulillah melalui tiga teras utama yang dilaksanakan di negeri iniiaitu Ubbudiyyah,Masuliyyah dan Itqan, kakitangan kerajaan dapat membendung diri dariperkara yang buruk,”ujarnya.

Nassruddin juga berharap kempen kesedaran integriti ini diteruskan dari masa ke semasa untukkakitangan kerajaan agar sentiasa dapat dijadikan panduan semasa bekerja.

lol.gif
lol.gif
lol.gif

Najib dengan kenyataan berikut:
“Dr Chua betul dalam memperingatkan anda bahawa mereka (PAS) tidak menyerah dalam pendirian negara Islam mereka. Dan, saya pasti jika ia dilaksanakan, ia akan mengubah cara hidup anda dan memberi kesan ke atas masyarakat Cina."
 
Last edited:
Sponsored Post

ammar5

Super Active Member
Joined
Feb 23, 2006
Messages
6,511
Reaction score
14
Points
65
mmg patut kena nie.....keja lagi bwh PAS....:p:p
 

boblynn02

Active+ Member
Joined
Sep 8, 2007
Messages
3,457
Reaction score
81
Points
30
...

Tul la.. masalah tul kalau kerja bawah PAS ni.. banyak sgt rasuahnya.. tgk mcm zaman Toyol dulu..mana ada masalah..sebab tu la dapat tajaan pergi Morocco naik flight tiket smp RM40K.. warhahahhaha.... takpe...cacai-cacai kata dia halalkan... kah kah kah...

..
 

logammaut

Legendary Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
10,938
Reaction score
1,166
Points
201
Masalah gak sbb takde rasuah = takde keje = gaji buta
 

zamreda

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
klakau tul cara terunasepi nie....

buat aku tergelak dan tersenyum....:) :))
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register