BTC USD 58,405.8 Gold USD 2,554.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM Gempur KLIA

Wanita Myanmar Di Tahan Di Syaki Bersekongkol Sindiket Bawa Masuk Warga Asing

26.08.2024 - Seorang wanita warga Myanmar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terlibat dengan sindiket yang membawa masuk warga asing ke negara ini tanpa melalui pemeriksaan pihak berkuasa. Sumber menyatakan wanita berusia 50-an itu ditahan kira-kira 12 tengah malam tadi di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya ketika hadir memberi keterangan. Sumber turut memaklumkan wanita berkenaan kini direman selama empat hari bermula hari ini selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya di Putrajaya hari ini.

“Susulan tangkapan itu, SPRM turut menyita satu unit telefon bimbit. Reman terhadap wanita itu adalah susulan penahanan 11 individu termasuk empat penguat kuasa yang berkhidmat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 menerusi Op Pump yang dijalankan di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kelantan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. Pada Rabu lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata SPRM berjaya membongkar sindiket yang membawa masuk warga asing ke negara ini dipercayai tanpa melalui pemeriksaan pihak berkuasa. Beliau berkata sindiket dipercayai turut didalangi beberapa penguat kuasa sebuah agensi yang bertugas di pintu masuk negara dengan menjadi tali barut bagi melepaskan kumpulan warga asing yang tiba tanpa melalui prosedur yang ditetapkan, menggunakan modus operandi 'counter setting'.
1724669725552.png
 
Sponsored Post

Lelaki Myanmar Di Dakwa Rasuah Pegawai Imigresen Seludup Warga Asing Di KLIA

28.08.2024 - Seorang lelaki warga Myanmar didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan memberi suapan RM5,650 kepada seorang pegawai Jabatan Imigresen untuk melepaskan sembilan warga asing masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada tahun lalu. Tertuduh, Pho Cho, 37, yang bekerja sebagai tukang pendawaian elektrik mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Anita Harun. Dia dituduh memberi rasuah berjumlah RM5,650 sebagai upah kepada seorang pegawai imigresen yang bertugas di KLIA Terminal 2 sebagai dorongan melepaskan kemasukan sembilan warga Myanmar ke negara ini tanpa melalui prosedur yang ditetapkan. Kesalahan itu dilakukan di medan selera Indah Puteri, Kampung Baharu Lanjut, Sepang kira-kira pukul 3.55 petang pada 31 Okt tahun lalu. Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 16(b)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Muaz Ahmad Khairuddin tidak mencadangkan sebarang jaminan memandangkan tertuduh adalah warga asing. Bagaimanapun, peguam tertuduh, Ungku Imran Athari memohon Pho dibebaskan dengan jaminan dengan alasan ini adalah kesalahan pertama tertuduh. Katanya, Pho menetap di negara ini selama 18 tahun dan berjanji akan memberi kerjasama penuh sepanjang perbicaraan. Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Anita menetapkan jaminan RM70,000 bersama seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah, selain perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap awal bulan.

Anita juga menetapkan 30 Sept ini untuk sebutan semula kes. Sebelum ini media melaporkan 12 individu termasuk lima penguat kuasa sebuah agensi penguatkuasaan dicekup SPRM selepas disyaki terlibat sindiket membawa masuk warga asing secara haram dengan meraih keuntungan lebih RM4 juta, sejak dua tahun lalu. Penguat kuasa terbabit yang bertugas di KLIA Terminal 2 menjadi tali barut melepaskan kumpulan warga asing yang tiba tanpa melalui prosedur ditetapkan. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata sindiket bersekongkol dengan penguat kuasa yang sedia menunggu di beberapa kaunter tertentu bagi memudahkan kemasukan warga asing.​

1724830879691.png

 
Sindiket Bawa Masuk Pekerja Asing, SPRM Buru Pegawai Imigresen ‘Berpengaruh’

04.09.2024 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memburu seorang pegawai Imigresen yang dipercayai ‘berpengaruh’ dalam sindiket membawa masuk warga asing tanpa pemeriksaan pihak berkuasa. Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, pegawai terbabit dipercayai melarikan diri sebaik siasatan bermula, namun dikatakan masih berada di dalam negara. Biarpun tidak berjawatan tinggi, (pegawai Imigresen itu) dipercayai berpengaruh dalam kalangan anggota di sana (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur), katanya, lapor Berita Harian.

Terdahulu, SPRM membongkar kegiatan sindiket membawa masuk warga asing termasuk dari Myanmar, Bangladesh, Indonesia, India, Pakistan, dan Nepal, melalui pintu masuk negara menggunakan operasi ‘buka kaunter’ (counter setting). Sindiket itu dipercayai didalangi beberapa penguat kuasa sebuah agensi yang bertugas di pintu masuk negara, yang dipercayai melepaskan kumpulan warga asing yang tiba tanpa melalui prosedur ditetapkan. Kegiatan sindiket itu terbongkar selepas SPRM menahan 12 individu, terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 20-an hingga 50-an, di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kelantan.

Mengulas lanjut, Azam berkata, pihaknya menyita beberapa kenderaan mewah dipercayai milik kakitangan penguat kuasa yang disiasat. Selain itu, katanya, SPRM akan memanggil 46 anggota dan pegawai penguat kuasa agensi berkenaan untuk disoal siasat dalam tempoh terdekat.

1725440146347.png


Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...sing-sprm-buru-pegawai-imigresen-berpengaruh/
 
Last edited:
Sindiket ‘Counter Setting’ Di KLIA - Dua Lagi Penguatkuasa Di Reman

05.09.2024 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman dua lagi penguat kuasa yang berkhidmat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai terbabit dengan sindiket membawa masuk warga asing tanpa mengikut pemeriksaan yang sepatutnya. Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40-an ditahan sekitar jam 6.30 pagi hari Selasa ketika hadir bagi memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur. Susulan penahanan itu, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada hari sama dan perintah reman selama empat hari sehingga 6 Ogos terhadap suspek telah dikeluarkan oleh Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim.

“Kedua-dua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut sejak tahun 2016 dan menerima bayaran secara tunai antara RM300 hingga RM2,500 sebagai balasan untuk melepaskan warga asing masuk menggunakan modus operandi ‘counter setting’. Ini adalah susulan daripada lima suspek termasuk tiga penguat kuasa yang ditahan reman pada 30 Ogos lalu dan telahpun dilepaskan dengan jaminan SPRM sebaik berakhir tempoh reman masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Beliau berkata, usaha giat sedang dilakukan untuk mengesan suspek utama, Roney Irwan Mohamad Nor, 49, dengan alamat terakhir C-T02-U03, Fasa P18R13, Presint 18, 62100 Putrajaya.
1725518499857.png
 
SPRM Cari Roney Irwan

05.09.2024 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan. Lelaki terbabit, Roney Irwan Mohamad Nor, 49, beralamat terakhir di No 48, Jalan Laman Bakawali, D/6 Kota Seriemas, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Muhammad Syahmil Mohamad Ali di talian 03- 92065000 atau 013-4325791 atau emel kepada [email protected].​

1725539861621.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register