SPRM diminta siasat penyelewengan RM160 juta anak syarikat GLC

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini diminta menyiasat dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam anak syarikat sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membabitkan kira-kira RM160 juta.

Setiausaha Agung Kelab Belia Graduan 1Malaysia, Ezaruddin Abd Rahman, berkata kelab itu menerima maklumat bahawa penyelewengan yang dilakukan dalam anak syarikat GLC yang berusia lebih 50 tahun itu dikesan sejak 2006.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum mengenai dakwaan penyelewengan itu kepada Penolong Kanan Penguasa SPRM, Azlin Mohd Ali, di pejabat SPRM di sini untuk siasatan.

Memorandum itu antara lain mendakwa pemberian kontrak yang tidak mengikut prosedur dan syarikat yang diberikan kontrak adalah syarikat yang mana seorang daripada ahli lembaga pengarah GLC itu mempunyai kepentingan.

Memorandum itu turut mendakwa mesin yang dibekalkan oleh syarikat berkenaan juga menimbulkan masalah dan kerugian.

Ezaruddin berkata, pihaknya juga akan menyerahkan memorandum itu kepada Pejabat Perdana Menteri.

Kelab Belia Graduan 1Malaysia adalah badan bukan kerajaan yang terdiri daripada golongan profesional muda pelbagai bidang di seluruh negara yang ditubuhkan pada 10 November lalu dan kini mempunyai 8,000 anggota. - Bernama
 
Sponsored Post

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
kene siasat ngan telus ni..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register