BTC USD 61,253.3 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Info "Spray Gun" Di Dakwa Berisiko, Kaedah Biasa Lebih Baik

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,197
Reaction score
4,196
Points
236
Populariti penggunaan alat penyembur nyah kuman seperti 'Spray Gun' kini semakin popular dikalangan pengguna. Malah penjualan 'Spray Gun' di platfom-platfom e-dagang juga semakin laris jualannya. Namun begitu, jika menyalahgunakan alat penyembur nyah kuman itu, ia boleh mengundang bahaya. Itu apa yang dinyatakan oleh seorang doktor bernama Dr. Izzar Anwari yang dilaporkan oleh Mingguan Wanita baru-baru ini.

Beliau menyatakan, penggunaan alat-alat penyembur nyah kuman seperti 'Spray Gun' ini tidak dihalang untuk digunakan. Cuma ia perlulah digunakan dengan sangat berhati-hati.

Beliau menegaskan, penggunaan alat seperti itu perlulah digunakan oleh individu terlatih. Bahan kimia disinfeksi yang digunakan pula mestilah yang telah disahkan selamat. Penggunaan juga perlulah sangat berhati-hati terutamanya apabila berdekatan dengan tempat penyediaan makanan atau tempat kanak-kanak bermain. Ini kerana risiko kepada pendedahan bahan kimia disinfeksi boleh memudaratkan anggota badan termasuklah kulit, mata dan pernafasan.

Kesan lebih buruk jika ia digunakan pada tempat penyediaan makanan atau tempat kanak-kanak bermain. Pengendalian alat itu perlulah dikendalikan oleh individu yang terlatih kerana setiap alat tersebut mempunyai cara berbeza dan selamat untuk digunakan. Beliau menyimpulkan, orang ramai disyorkan supaya mengguna cara disinfeksi normal sahaja kerana ia sudah memadai seperti lap dengan cecair nyah kuman atau botol penyembur nyah kuman biasa sahaja kerana itu lebih selamat digunakan.

1631785789265.png

Sumber asal https://www.mingguanwanita.my/spray...o-keselamatan-guna-kaedah-biasa-lagi-selamat/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,197
Reaction score
4,196
Points
236
Penyembur Sanitasi, Adakah Ia Selamat ?

18.09.2021 - Kuala Lumpur, Mesin penyembur sanitasi menjadi semakin laris ketika pandemik Covid-19 dan kini menjadi peralatan tetap yang perlu ada di kedai, kereta, dan kebanyakan kediaman, seolah-olah ia membersihkan barangan dan menjauhkannya daripada virus. Pusat beli-belah dalam talian mempromosikan alat ini dengan harga antara RM20 hingga RM150, dengan seorang penjual mampu mencapai jualan lebih daripada 10,000 unit sebulan dalam satu platform.

Dengan hanya menarik picu atau menekan butang, mesin bertenaga bateri ini akan menghasilkan kabut “nano” dari botol yang berisi campuran peluntur dan air selain bahan kimia lain, yang dikatakan dapat membunuh kuman dan virus, ada juga yang hadir dengan sinaran UV ketika digunakan. Sebotol tablet klorin dioksida dibekalkan untuk dicampurkan dengan air ke botol yang disediakan, sementara beberapa produk lain memberi kesan formulasi pembunuh kuman yang berbeza seperti asid hipoklorus dan banyak lagi. Tetapi persoalan yang kekal bermain di minda – adakah ia selamat digunakan terhadap invidivu?

Penyelidik memberitahu FMT ia tidak selamat. Alat seperti itu boleh disemburkan pada objek dan permukaan tetapi tidak boleh kepada manusia, apatah lagi dihidu. Bagaimanapun, peniaga dalam talian yang tidak bertanggungjawab menganggapnya sebagai pembersih yang berkesan untuk digunakan pada tangan dan bahagian badan yang lain. Iklan mereka juga mendakwa ia mendapat “kelulusan oleh FDA dan KKM”. Lebih merisaukan, tinjauan di sebuah pusat membeli-belah di sini mendapati kedai makan menyemburkan pelanggan mereka dengan wap – pada dasarnya peluntur dicampur dengan air – dari “senjata” berkenaan.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) Amirah Mohd Gazzali berkata, campuran peluntur seperti klorin dioksida yang dijual dalam talian, tidak baik untuk kulit kerana boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius, termasuk kerosakan tisu dan sel darah. Sekiranya dihidu, beliau berkata ia boleh menyebabkan paru-paru berair dalam kes-kes yang serius, sementara gejala yang lebih ringan termasuk batuk dan sakit tekak. Penglihatan kabur dan mata berair juga merupakan beberapa kesan sampingan.

“Gejala-gejala ini mungkin mulai muncul setelah beberapa ketika, bukan dalam tempoh segera dan ia kekal untuk tempoh waktu tertentu,” kata pensyarah di fakulti sains farmasi USM.

Amirah berkata, campuran klorin dioksida boleh meletup jika disimpan di tempat yang panas dan menghasilkan bau klorin yang menjengkelkan jika disimpan di bawah cahaya matahari kerana cahaya menyebabkan penguraian campuran seperti itu. Beliau berkata, mereka yang menggunakan semburan seperti itu di dalam atau di ruang tertutup juga berisiko menyebabkan letupan jika hanya terdapat 10% klorin dioksida di udara.

Menurut Amirah, campuran pemutih biasanya digunakan untuk membersihkan papan litar elektronik dan juga digunakan untuk pemutihan tekstil, pembuatan lilin dan menghasilkan kertas.

“Gas klorin dioksida juga dapat digunakan untuk mensterilkan peralatan perubatan dan makmal, termasuk mengolah air kumbahan. Ia adalah agen pengoksidaan yang kuat yang dapat membunuh semua mikroorganisma, termasuk virus dengan berkesan,” katanya.

Tambahnya lagi, wap yang dihasilkan oleh pistol itu sangat kecil sehingga mudah diserap melalui kulit dan bahkan boleh melalui tekak tanpa disedari.

“Semburan jenis nano atau ‘fogger’ hanya boleh digunakan oleh profesional dan dalam hampir semua kes, harus digunakan pada bahan atau permukaan, tidak pada manusia,” kata pakar dalam penyampaian dan perumusan ubat itu.

Dalam konteks membunuh virus yang menyebabkan Covid-19, Kumitaa Theva Das dari USM berkata, ketika awal serangan Covid-19 tahun lalu, terowong sanitasi yang menyemburkan bahan kimia serupa terbukti tidak berkesan untuk digunakan pada manusia. Ahli virologi itu berkata, cara terbaik adalah menyemburkan pembasmi kuman di atas meja dan kawasan lain yang kerap disentuh seperti tombol pintu dan mengelapnya dengan kain bersih.

Kumitaa juga menolak saranan agar penyembur sanitasi seperti itu dapat menyebarkan Covid-19, seperti amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Thailand baru-baru ini. Baru-baru ini, Pentadbiran Makanan dan Dadah Thailand mengeluarkan amaran terhadap penggunaan senjata penyembur alkohol dengan mengatakan ia boleh menyebarkan virus secara meluas dan juga membawa risiko barah kulit akibat sinar UV.​

1631941472796.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,197
Reaction score
4,196
Points
236
Sejak negara dilanda pandemik, kebanyakan orang ramai cuba nak dapatkan produk yang dikatakan boleh mengekang wabak Covid-19. Memang itu satu usaha yang patut dipuji. Namun ada sesetengahnya bukan keperluan pun. Paling penting kesedaran penggunaan hand sanitizer atau cecair pembasmi kuman, pelitup muka, topeng muka serta jaga SOP adalah paling penting. Terbaharu timbul pula tentang keperluan penggunaan spray gun atau alat penyembur khas untuk mengurangkan risiko jangkitan virus. Bagaimanapun, menerusi penerangan Dr Sashini Seeni dalam forum kesihatan Malaysia, Doctor On Call (DOC), tiada kajian yang menunjukkan keberkesanan Nano Mist Spray dalam mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

“Oleh itu, anda digalakkan menggunakan bahan pencuci yang sebetulnya iaitu hand sanitizer dengan peratusan alkohol yang disarankan iaitu 65 peratus ke atas. Selain itu, anda juga perlu untuk mengamalkan langkah pencegahan lain seperti mencuci tangan dengan sabun dan air. “Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci. Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Covid-19. Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang. Mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin. Pakai pelitup muka di tempat awam,” jelasnya.​

1631953927792.png
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
PENYEMBUR NANO | Larutan Disinfeksi Tidak Sesuai Keatas Manusia

Larutan disinfeksi yang digunakan pada alat penyembur nano bertujuan untuk nyah kuman di permukaan persekitaran tidak sesuai digunakan secara langsung ke atas manusia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sesetengah larutan disinfeksi berkenaan boleh menyebabkan iritasi pada mata, kulit, saluran pernafasan dan sistem pencernaan.

 

momoque

Legendary Member
Joined
Dec 26, 2011
Messages
11,119
Reaction score
366
Points
141
Aku balik rumah kalo dah mlm mmg mls mandi

Spray baju n seluar guna spray gun ni je
 

lau_kau

Legendary Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,729
Reaction score
2,533
Points
201
Pi kedai telefon, shell msuk kena sembur dl
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,197
Reaction score
4,196
Points
236
Larutan Disinfeksi Dari Alat Penyembur Nano Mist Tidak Sesuai Di Guna Pada Manusia

Hari ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah respon dan mengeluarkan kenyataan rasmi tentang penggunaan alat penyember tersebut. KKM menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa, keberkesanan penggunaan alat penyembur nano mist untuk disinfeksi adalah bergantung kepada keupayaan alat tersebut untuk menghasilkan semburan yang sekata pada permukaan, jenis dan kepekatan larutan disinfeksi yang digunakan serta tempoh masa pendedahan.

Beliau juga menjelaskan, larutan disinfeksi yang disyorkan oleh Environmental Protection Agency (EPA) adalah tidak sesuai digunakan secara langsung ke atas manusia. Ini kerana terdapat sesetengah larutan disinfeksi boleh menyebabkan iritasi kepada mata, kulit, saluran penafasan dan juga sistem pencernaan. Malah beliau menegaskan, disinfeksi menerusi alat nano mist tidak menggantikan keperluan disinfeksi permukaan secara manual.

Sebelum ini telah dilaporkan tentang bahaya menyalahgunakan alat penyembur nyah kuman Nano mist yang semakin popular di kalangan pengguna.

Sumber asal
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register