BTC USD 64,916.0 Gold USD 2,329.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPR jangan jadi lembu tunggangan Umno BN

papayaomela

Super Active Member
Messages
6,454
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,454
Reaction score
64
Points
70
KUALA LUMPUR, 3 Nov: “PAS ingin ingatkan beberapa pegawai SPR jangan halang kebangkitan rakyat, bebaskan diri SPR daripada menjadi abdi kepada Umno BN,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, tegasnya PAS memandang berat tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang jelas menjadi papet Umno apabila 18,493 orang hilang layak undi awam dalam Rang Daftar Pemilih Suku ketiga 2010.

Beliau berkata, lebih mencurigakan jumlah tiga negeri paling ramai pengundi ialah Kelantan (3,187), Kedah (2,876) dan Perak (2,007).

Kastanya, dua negeri terbabit adalah dua negeri yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan sebuah negeri lagi telah dijatuhkan secara tidak demokratik oleh BN.

Baginya, tindakan itu jelas SPR mahu melaksanakan cita-cita Datuk Seri Najib Razak yang akan mempertahankan kerajaan Umno walaupun dengan apa cara sekalipun.

Ini, katanya seperti ucapan Najib di perasmian persidangan agung Umno di PWTC , yang menyebut "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!".

Justeru, ujarnya SPR perlu menjadi bapa dan pemudah cara untuk melicin proses demokrasi dan jangan menjadi pengadil yang berat sebelah dan memayahkan rakyat dan parti-parti politik yang bertanding.

SPR, tambahnya jangan membantu untuk ubah tiang gol setiap kali pasukan BN hendak kalah.

“Bertugaslah secara profesional, kerana kerajaan BN boleh bertukar bila-bila masa kepada PR, insya Allah,” katanya lagi.
Sumber

----------
SPR ni kadang2 lebih sudu dari kuah. Dia pulak berperangai mcm parti politik plak. Elok saja PRU akan datang, SPR bertanding dan PAS plak jadi SPR. kah3 :))
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register