BTC USD 63,586.9 Gold USD 2,324.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apple Android Spotify Wrapped 2023 Kini Boleh Di Akses

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,377
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,377
Reaction score
6,493
Points
916
Awards
1
Selepas Apple Music Replay boleh diakses pagi tadi, malam ini Spotify Wrapped 2023 juga sudah boleh diakses pengguna Spotify. Seperti tahun lalu, Wrapped 2023 setiap individu boleh diakses menerus aplikasi telefon pintar, desktop dan pelayar web. Bagi yang tidak pernah menggunakan Wrapped, ia akan menyenaraikan lima lagu paling banyak dimainkan, artis paling banyak dimainkan dan juga pod siar paling banyak dimainkan sepanjang tahun ini. Antara analisa menarik tahun ini ialah bilakah bulan penstriman paling aktif serta pada bulan apakah sesetengah artis dimainkan oleh pengguna.

Untuk mengakses senarai Wrapped 2023 peribadi, pergi ke aplikasi dan tekan tab Wrapped yang diletakkan di bahagian menu atas antaramuka. Berapakah masa yang anda habiskan menggunakan Spotify tahun ini?
1701274780388.png

Sumber asal https://www.spotify.com/wrapped/
 
Sponsored Post

Spotify Wrapped 2023 - Masdo Ialah Artis Paling Banyak Distrim Di Malaysia

Dengan Spotify Wrapped 2023 boleh diakses malam semalam, seperti biasa Spotify Malaysia berkongsi pula senarai artis, artis tempatan dan lagu paling popular di Malaysia sepanjang 2023. Tahun ini Masdo berjaya menumbangkan Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai artis yang paling banyak distrim pengguna tempatan.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza di tangga kedua diikuti pula oleh Luqman Podolski, Sufian Suhaimi dan Insomniaks. Sementara itu lagi paling banyak distrim di Malaysia pula ialah Kill Bill of SZA dengan lagu Sial oleh Mahalini pula di tangga kedua.

Akhir sekali artis paling popular di Malaysia ialah Taylor Swift yang juga adalah artis dengan jumlah penstriman tertinggi peringkat global di Spotfiy tahun 2023. Selain beliau The Weeknd, BTS, SZA dan Blackpink turut melengkapi senarai lima artis paling popular di Malaysia.​

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register