Sporty Sonic Hatchback: Sebuah revolusi peluru Chevrolet

Recommended Brokers


balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136


CHEVLORET Sonic mula dilancarkan pada November tahun lalu. Rekaannya begitu bergaya sporty sedikit sebanyak cuba menggoda warga bandar di kota-kota besar yang majoritinya menjadi pusat tumpuan jualan kereta jenis hatchback.

Tetapi jangan lupa jika Sonic juga harus berhadapan dengan pemain-pemain Jepun lain seperti Mazda2 hatchback atau mampu bersaing dengan rakan senegaranya Ford Fiesta hatchback.

Jika dilihat dari segi sosoknya Sonic lebih miliki karakter atlet dan bergaya. Bahagian depan tampak unik dengan lampu berbentuk bulat yang sengaja dibiarkan ‘telanjang’.

Bahagian gril hadapan yang besar mirip milik Chevrolet Captiva juga turut mengukuhkan aroma sporty Sonic. Namun sisi bergaya dimunculkan dari rekaan bampar yang tidak terlalu banyak lekukan tapi lebih berupa tarikan garisan halus yang dinamik.

Alihkan pandangan mata ke bahagian sisi, Sonic miliki kudrat sebagai kereta bandar untuk dipakai oleh remaja ke kuliah mahupun golongan eksekutif. Jadi tidak hairanlah ia disasarkan kepada generasi ‘Y’.

Bergerak ke belakang kesan sporty juga sarat di mana lampunya juga bulat senada dengan lampu hadapan yang tampil berbeza dan ia berani muncul unik dengan pesaingnya yang lain.

Memudahkan penumpang belakang, Sonic menyisipkan pemegang pintu belakang yang terselindung pada hujung trim bingkai tingkap sama seperti Alfa Romeo Giulietta.

Kabin didominasi warna gelap
Masuk ke kabin, ruang dalam Sonic lebih didominasi dengan warna gelap yang begitu sesuai dengan pengguna berjiwa muda.

Sonic juga meneruskan kelainannya di bahagian kabin. Lihat sahaja kepada rekaan speedometernya diinspirasikan daripada jentera roda dua. Janggal tapi unik!. Ruang penumpang belakang juga cukup selesa.

Varian tertinggi LT Z dengan enjin 1.4L

Dibawakan oleh Naza Quest, Pengedar rasmi jenama Chevrolet di Malaysia, Sonic hanya ditawarkan dengan varian tertinggi LTZ.

Di samping jualan Sonic hatchback, Sonic turut menyediakan varian sedan di mana kedua-duanya didukung enjin 1.4 liter (L) ECOTEC empat silinder yang menghasilkan kuasa 99hp dan tork 130Nm. Untuk pengalaman pemanduan yang lebih lancar ia dilengkapi dengan transmisi 6-kelajuan.

Merupakan pemasangan luar negara di Thailand (CKD Asean), versi dijual di Malaysia didatangkan dengan dua beg udara dan ciri keselamatan pejalan kaki di mana struktur bahagian hadapan Sonic dibina khusus untuk mengurangkan kecederaan kepada pejalan kaki ketika kemalangan.

Ruang antara bonet dan bahagian atas komponen enjin adalah lebih dalam berbanding reka bentuk sebelumnya supaya apabila badan pejalan kaki jatuh ke atas bonet ketika hentakkan ia tidak akan disakiti oleh komponen enjin di bawah bonet.

Untuk kuasa yang lebih respons, tersedia pilihan gear manual dengan hanya menolak suis di tepi tombol gear ke atas dan bawah di mana aplikasi yang sama anda akan jumpa pada Ford Focus.

Sudah pun diumumkan harga ketika pelancarannya, Sonic hatchback dijual pada harga RM78,888 dan sedan adalah RM76,888 (tanpa insurans).

Sonic begitu cocok buat anda yang menginginkan kenderaan pertama. Tetapi jujur, tidak seperti saudaranya di pasaran Uncle Sam itu yang memiliki ciri-ciri lengkap dan varian tertinggi yang dibawa masuk ini masih dirasakan kurang dengan teknologi dalam pemanduan.

Mungkin ini adalah salah satu strategi Chevrolet Malaysia ke hadapan dalam pasaran selepas jualan untuk meluncurkan pendukung seperti cas turbo. Seperti di Amerika Syarikat yang tersedia dengan varian 1.6 L dan 1.4L suntikan turbo.

Terlepas dari semua itu Sonic mampu menjadi peluru buat Naza Quest dalam merentasi pasaran hatchback negara. Bagi anda yang berjiwa muda dan berbeza, Sonic boleh dijadikan pilihan ataupun diletakkan dalam senarai pembelian kereta tahun baru.

Bagi mengurangkan kos penyelenggaraan, pertukaran minyak enjin adalah setiap 15,000 kilometer yang pertama kalinya bagi kelasnya dan untuk ketenangan pemilik, Sonic dibekalkan dengan jaminan 5 tahun/200,000 kilometer.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/stailo/sporty-sonic-hatchback-sebuah-revolusi-peluru-chevrolet-1.118254
 
Sponsored Post

bplanduser

Active Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
2,064
Reaction score
17
Points
30
'Bahagian depan tampak unik dengan lampu berbentuk bulat yang sengaja dibiarkan ‘telanjang’'...
Rasa malu lak nak bw kreta ni... :">
 

monster_forex

Active+ Member
Joined
Nov 16, 2006
Messages
4,542
Reaction score
26
Points
30
Apa daaaaa...... sinar harian pakai google translate ker.....
Ada bau2 indon pak...... huhuhuhuuuu
 

azimlife

Super Active Member
Joined
May 31, 2007
Messages
9,623
Reaction score
151
Points
73
nampak smart kereta ni...

berbaloi tak rasanya? :D
 

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,837
Points
196
Imej-imej daripada Google...








Luqmanul Hakim @ CariGold.com
 

chaphoo

Active+ Member
Joined
Dec 13, 2007
Messages
4,362
Reaction score
1,016
Points
101
dengar crita, lepas ni, NAZA nak bawa masuk Citroen plak,,,
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,927
Reaction score
20,720
Points
1,661
fight harga dgn swift..tp mimpila interior mcm ni

 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,927
Reaction score
20,720
Points
1,661
amacam? tengok headlamp xde cover

 
Sponsored Post
Top
Log in Register