BTC USD 61,026.3 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPM Ulangan 2021 Berlangsung 21-23 September

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,633
Reaction score
15,632
Points
2,376

SPM Ulangan 2021 berlangsung 21-23 September

Oleh Samadi Ahmad- September 19, 2021 @ 3:00pm
[email protected]

peperiksaan_1632035174.jpg


Gambar hiasan - Foto arkib NSTP


PUTRAJAYA: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2021 akan diadakan pada 21, 22 dan 23 September ini.

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan (KPM), dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan seramai 8,077 calon mendaftar untuk menduduki SPMU 2021 di 201 pusat peperiksaan seluruh negara.

Menurutnya, seramai 1,568 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan SPMU 2021.

Semua calon diingatkan supaya merujuk jadual waktu peperiksaan itu bagi mendapatkan maklumat tarikh, masa, kod, kertas peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi ketika peperiksaan berlangsung.

Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari portal rasmi Lembaga Peperiksaan di http://lp.moe.gov.my.

Selain itu, calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan pernyataan pendaftaran peperiksaan ke pusat peperiksaan.

Seterusnya, calon perlu mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah terkini yang dikeluarkan KPM.

Calon juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM), bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan serta pencegahan penularan COVID-19.

Garis panduan berkenaan boleh dimuat turun dari portal rasmi KPM di https://www.moe.gov.my.


 

CG Sponsors




Top
Log in Register