TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,133
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,133
- Reaction score
- 22,839
- Points
- 1,831
- Awards
- 1
KUALA LUMPUR 30 Okt. – Kementerian Pendidikan memberi jaminan insiden kebocoran kertas soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak akan berulang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula Isnin ini berikutan beberapa langkah kawalan keselamatan ketat yang diambil.
Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata, pihak kementerian bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan perjalanan peperiksaan SPM di seluruh negara lancar.
“Kita telah bekerjasama dengan PDRM untuk memastikan kawalan ketat dijalankan di bilik kebal yang menyimpan kertas soalan peperiksaan serta sentiasa menjalankan pemeriksaan untuk memastikan bilik berkenaan sentiasa dikawal rapi.
“Malah, kita akan terus memantau sehingga peperiksaan Isnin ini dan saya sendiri akan melawat beberapa sekolah pada hari tersebut untuk memantau serta memastikan tiada masalah kebocoran akan berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Peperiksaan SPM 2014 yang akan berakhir pada 2 Disember ini, dimulakan dengan kertas Bahasa Melayu.
Kertas soalan UPSR 2014 bagi mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris terpaksa dijalankan semula ekoran insiden kebocoran yang berlaku.
Mengulas lanjut, Kamalanathan yakin semua pegawai kementerian, pengetua serta guru-guru begitu telus dan bertanggungjawab bagi memastikan insiden kebocoran kertas soalan peperiksaan tidak akan berulang.
“Tanggungjawab ini amat besar dan saya pasti pada kali ini kita tidak akan mengalami masalah kebocoran seperti yang terjadi semasa peperiksaan UPSR lalu,” jelasnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nas...r-tidak-berulang-1.18945#sthash.JqVLIKyR.dpuf