BTC USD 49,931.6 Gold USD 1,785.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

(News) Spesifikasi & Imej Huawei FreeBuds Studio Tertiris

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,308
Reaction score
3,816
Points
236
Huawei FreeBuds Studio merupakan aksesori audio seterusnya daripada Huawei dan ia telah disahkan muncul secara rasmi seiring dengan pengenalan Siri Mate40 kelak. Tapi, sayangnya sebelum ini rekaan dan spesifikasinya tidak diketahui. Sehinggalah kini, ia dilaporkan telah mula tersebar sepenuhnya.

Huawei-FreeBuds-Studio-3.jpg

Dari segi rekaan, ia dilihat seakan sebuah fon telinga yang premium dengan kemasan tubuh dipercayai daripada aluminium. Terdapat sumber mengatakan, fon telinga ini hadir dengan berat 256 gram selain, tersedia dalam pilihan warna Blush Gold dan Graphite. Ia juga dikhabarkan hadir dengan pemacu audio 40mm, dikuasakan oleh cip Kirin A1 dan mempunyai bateri sebesar 410mAh.

Huawei-FreeBuds-Studio-4.jpg

Menariknya lagi, sokongan pembatalan hingar aktif (ANC) turut disertakan pada fon telinga ini, di samping terdapat butang khusus untuk kegunaan pada fon telinga. Seperti biasa, penawaran lebih lanjut termasuk harganya bakal terjawab pada pelancaran rasmi kelak.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register