BTC USD 16,464.5 Gold USD 1,753.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Spesies Manusia Ketika Parking Kenderaan di Malaysia

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
38,840
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
38,840
Reaction score
4,909
Points
296
Awards
1
Dengan kenaikan bilangan kenderaan atas jalan, tak hairanlah kenapa jumlah tempat letak kereta di Malaysia ni - terutama sekali di Kuala Lumpur - seolah-olah tak pernah cukup. Kalau pergi shopping mall, berebut-rebut orang nak parking. Kalau di tepi jalan pula, bersepah-sepah orang double park. Kadang-kadang teruk sangat kawasan tu sampai triple park.

ramai-pemandu-*****-di-malaysia.jpg

Walaupun tak cukup ruang untuk meletakkan kenderaan, sekurang-kurangnya jadilah warga Malaysia yang prihatin dan berhati mulia sikit dengan parking secara berhemah. Adakah kita suka dan bangga digelar pemandu biadap dan kurang ajar? Ini antara tabiat parking orang Malaysia yang selalu kita nampak.

#1 Tolong 'chup' parking

berdiri-gaya-gangster-untuk-chup-atau-book-parking.jpg


Pernahkah anda berpusing-pusing mencari parking, kemudian anda ternampak sebuah parking yang kosong. Anda dengan rasa gembira ingin memberi lampu isyarat, tiba-tiba ternampak seorang manusia berdiri tercegat di tengah-tengah parking sambil memberi isyarat "tak boleh masuk?" Kadang-kadang spesies ini akan menyuruh sang anak berdiri di situ untuk membuat 'booking' sementara ibu atau bapa memandu membuat pusingan untuk kembali. Hendak dimarah pun tidak sampai hati. Hanya mampu rasa kasihan pada si anak kerana mempunyai ibu dan ayah berperangai sedemikian.

#2 Parking dua petak

parking-sebab-kereta-dia-besar-sangat.jpg


Yang ni selalu menyirap je tengok. Kalau dia bawak lori ke bas ke takpe la jugak kan nak makan ruang parking besar-besar. Kadang-kadang ada tu jenis parking bontot kereta dia terjulur makan parking sebelah sehingga menyusahkan orang lain nak masuk atau keluarkan kereta.

#3 Parking di petak reserved

kereta-kena-clamp-kalau-parking-kat-tempat-sepatutnya.png


Kat hospital, bangunan pejabat ataupun apartment/kondo selalu nampak spesies yang macam ini. Dia punya malas nak pergi visitor's parking, sanggup ambil parking yang bukan hak dia. Ni takde lain punya alasan, semua sebab MALAS. Maka, tak hairanlah ramai orang Malaysia ni gemuk-gemuk belaka. Jalan jauh sikit pun taknak.

#4 Parking rapat gila

haha-ni-rapat-betul-dia-parking-terer-tahap-mahaguru.jpg


Yang spesies macam ni memang biadap la. Dia pikir pintu dia je boleh buka. Kalau kita nak masuk kereta, kena masuk ikut pintu penumpang sebab tak muat nak buka pintu belah pemandu. Tapi kalau jadi macam dalam gambar ni, nak masuk ikut mana? haha.

#5 Parking kat ruang pejalan kaki

parking-kat-ruang-pejalan-kaki.jpg


Yang ni selalu nampak kalau pergi shopping mall atau hypermarket. Pejalan kaki nak lalu sambil tolak troli pun tak boleh disebabkan ada manusia bodoh sombong macam ni.

#6 Double parking

double-parking-dah-menjadi-lumrah-tapi-masih-ramai-yang-bodoh.jpg


Perangai yang satu ini memang bukan dipanggil tabiat lagi dah. Rasanya ini memang dah sebati dengan jiwa masyarakat Malaysia. Tapi yang menghairankan, walaupun dah biasa double park, majoriti rakyat Malaysia masih ***** kerana tidak reti-reti meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi.

#7 Parking di pam minyak TAPI tak isi minyak pun

parking-tepi-pam-minyak-tapi-tak-isi-minyak-pun.jpg


Kalau pergi stesen minyak, kadang-kadang anda boleh nampak spesies macam ni. Disebabkan tak ada tempat nak park, maka spesies manusia ni akan park di tepi pam minyak. Lepas tu dia turun la pegi toilet ke, beli rokok ke, beli jajan. Tapi bila dah datang, masuk kereta, start enjin dan berlalu pergi. Padahal ada line panjang kot tengah tunggu nak isi minyak nih!

#8 Parking depan rumah orang

parking-depan-rumah-orang.png


Yang ini selalu jadi kalau time solat Jumaat dan kenduri. Mesti banyak rumah jadi mangsa. Nak-nak kalau rumah tu berhampiran dewan atau padang tempat kenduri. Letak pi lah signboard sebesar gajah tulis "no parking" pun, tapi mereka tetap akan parking. Ini menunjukkan ramai orang Malaysia jatuh dalam kategori buta penglihatan ataupun buta huruf.

#9 Parking OKU

ramai-oku-di-malaysia.jpg


Ini mungkin kesinambungan daripada point #9. Adakah anda tahu kat Malaysia ni teramat ramai bilangan OKU? Mungkin kebanyakannya mempunyai kurang keupayaan untuk berfikir sejak lahir. Kesian sangat.
 
Sponsored Post

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,389
Top Poster #1
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,389
Reaction score
2,561
Points
251
Awards
1
Selfish hamjad
 
Sponsored Post

Top
Log in Register