BTC USD 49,178.5 Gold USD 1,779.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Spekulasi China diambang perang dengan Taiwan

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,922
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,922
Reaction score
22,061
Points
1,671
us_postal_service_logo-325.gif

4742CD0100000578-0-image-a-3_1513675626927.jpg

An expert has warned Beijing could be plotting an invasion in order to take over the island just east of the mainland by force

image.JPG

Pesawat pengebom China, H-6k yang diiringi dua jet pejuang SU-30 dalam latihan Ahad lalu. - Foto sumber PLA

2BEE10A700000578-0-image-a-1_1513675615118.jpg


BEIJING - CHINA. Kadar latihan tentera berhampiran Taiwan yang semakin kerap oleh tentera China People's Liberation Army (PLA) menimbulkan spekulasi negara berkenaan sedang bersedia untuk menawan negara tersebut.

Spekulasi berkenaan disokong dengan siaran video-video latihan tentera PLA berhampiran negara pulau tersebut.

Ahad lalu, PLA menyiarkan sebuah video menunjukkan pesawat pengebom H-6k yang diiringi dua jet pejuang SU-30 'meronda' berhampiran Taiwan.

Minggu lalu, sepasukan jet pejuang PLA dirakam latihan sama, berhampiran Taiwan.

"Latihan 'meronda' tersebut pelik," kata jurucakap agensi pemerhati tentera yang berpusat di Macau, Antony Wong.

"Tentera udara China sedang berlatih sesuatu yang praktikal dan dirancang dengan teliti.

"China juga menggunakan pesawat-pesawat pengintip, jet pejuang generasi lama dan baru, menandakan PLA bersedia untuk satu peperangan," kata Wong memetik laporan SCMP.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Taiwan mengesahkan mengenai penampakan dua pesawat tentera China Yun-8 berhampiran Taiwan pada Ahad dan Isnin.

Pesawat Yun-8 tersebut pula didakwa dilengkapi teknologi risikan untuk mengumpul maklumat

Selain Yun-8, pesawat risikan TU-154 juga dikesan berhampiran Taiwan.

"TU-154 dilengkapi dengan radar yang boleh mengkaji dan memeta lokasi markas tentera Taiwan," jelas Wong.


http://www.sinarharian.com.my/global/china-diambang-peperangan-dengan-taiwan-1.772865
 
Google Maps dedahkan tapak pelancar peluru berpandu Taiwan

TAIPEI – Kerajaan Taiwan terpaksa melakukan pengawalan kerosakan selepas Google Maps yang dinaik taraf mendedahkan tapak peluru berpandu paling sensitif negara itu yang mendedahkan jenis pelancar dan model peluru berpandu yang dapat dilihat semua orang, termasuk musuhnya, China.


Para pegawai Kementerian Pertahanan di Taipei meminta Google mengaburkan lokasi tapak peluru berpandu itu, yang telah terdedah dalam bentuk terperinci 3D dalam aplikasi peta satelit Google yang dinaik taraf, atas sebab sebab keselamatan negara dan menggesa orang ramai bertenang.

“Tapak pengkalan tentera tidak bermakna ia kekal semasa perang,” kata Menteri Pertahanan, Yen De-fa semasa sidang media.

Seorang pegawai pertahanan yang tidak mahu dikenali mendakwa imej itu mungkin imej lama ketika tentera kerap memindahkan kemudahannya ‘untuk menyembunyikan mereka dan meperdayakan musuh’, menurutu Focus Taiwan.

Mereka juga mendakwa ‘bahagian rahsia semunaya berada dalam struktur, yang amat amat sukar didedahkan melalui peta 3D’.

Bagaimanapun, Yen berkata, satu ‘jawatankuasa kerja’ diwujudkan untuk bekerjsama dengan Google bagi mempertingkatkan penyamaran tentera Taiwan pada masa depan dalam usaha mengekalkan kerahsiaan, mengaku bahawa ‘ kajian semuala perlu dilakukan’ untuk undang-undang pertahanan yang memperuntukan hukuman terhadap pendedahan lokasi struktur tentera tertentu.

Peta yang dinaiktaraf itu mendedahkan pengkalan peluru berpandu rahsia di Xindian sebelum ini,yang mana ia dilengkapi peluru berpandu darat ke udara buatan Amerika Syarikat dan lokasi Biro Keselamatan Nasional negara itu serta Biro Perisikan Tentera.

Peta itu juga menunjukkan pelancar peluru berpandu Taiwan dengan terperinci yang mana meraka yang mempunyai pengetahuan asas boleh mengetahui jenis dan model senjata tersebut.

Pihak berkuasa Taiwan masih cuba menentukan sama ada pendedahan imej tersebut menyalahi undang-undang pertahahnan.

Peta baharu itu disiarkan kepada umum pada Rabu lalu turut menyiarkan imej empat buah bandar utama Taiwan iaitu Taipei, New Taipei, Taoyuan dan Taichung.dalam mresolusi tinggi 3D.

Ketia penyiaran gambar itu dilaporkan sebagai tidak sengaja, Taiwan pernah menghadapi masalah sama dengan Google sebelum ini apabila mendekati syarikat itu pada 2016 meminta mereka memadamkan peta struktur tentera di Pulau Taiping di Laut China Selatan. – Agensi

38bd363c-3108-11e9-80ef-0255f1ad860b_image_hires_041006.jpg

xgoogle-map-681x383.png.pagespeed.ic.7h-GVE5ivE.webp

Taiwan tetap milik China

138684.jpg


BEIJING - CHINA. 'Tiada siapa boleh ubah fakta bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada China dan penduduk di kedua-dua belah Selat Taiwan harus bersatu semula"


Kenyataan itu dikeluarkan Presiden China, Xi Jinping ketika berucap sempena ulang tahun ke-40 kenyataan dasar utama Taiwan di Dewan Besar Rakyat di Beijing, hari ini yang dijangka bakal mencetuskan kemarahan penyokong yang menuntut kemerdekaan Taipei.

"Semua pihak perlu jelas langkah mengiktiraf kemerdekaan Taiwan hanya akan mendatangkan bencana besar kepada Taipei. Kami sedia wujudkan ruang luas untuk penyatuan semula secara aman, namun tidak akan memberi ruang terhadap sebarang bentuk aktiviti kumpulan pemisah.

"Langkah penyatuan ini perlu dilakukan di bawah prinsip Satu China dan Beijing tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk aktiviti yang mempromosikan kemerdekaan Taiwan," katanya.

Menurut Jinping, hubungan dengan Taipei adalah sebahagian daripada hal ehwal politik domestik China dan pihak asing tidak boleh campur tangan.

"Beijing mempunyai pilihan untuk mengambil semua langkah perlu terhadap kuasa luar yang mengganggu penyatuan semula secara aman ini," tegasnya mengulangi amaran sebelum ini.

Difahamkan, Taipei mempunyai pemerintahan sendiri dan bebas secara de-facto, namun ia tidak pernah mengisytiharkan kemerdekaan dari Tanah Besar China secara rasmi.

Beijing pula menganggap ia wilayah yang berpisah. - Agensi


https://www.sinarharian.com.my/article/5236/GLOBAL/Taiwan-milik-China

China tuduh Taiwan tingkat usaha curi maklumat risikan

image.jpg

Anggota tentera China melalui sebuah kenderaan yang memaparkan peta China dan Taiwan dan perkataan ‘kita mesti ambil balik Taiwan’.

BEIJING 16 Sept. – China menuduh agensi pengintipan Taiwan meningkatkan usaha untuk mencuri maklumat risikan bertujuan ‘mensabotaj dan menyusup masuk’ ke negara ini selain memberi amaran tindakan itu akan merosakkan hubungan kedua-dua negara yang semakin buruk.

Jurucakap Pejabat Hal Ehwal Pembuat Dasar Taiwan China, An Fengshan berkata, agensi terbabit perlu mena*matkan aktiviti mereka serta-merta.

Semalam, televisyen tempatan menyiarkan siri pertama perincian kes tentang penuntut China yang menuntut di Taiwan dan menjadi sasaran pengintip Taiwan dengan menabur wang, cinta dan persahabatan.

Tuduhan itu dibuat ketika China kini meningkatkan usa*ha menggalakkan penduduk Taiwan agar kekal di negara ini dengan kad pengenalan baharu dan imbuhan lain.

Taiwan telah memberi ama*ran kepada penduduknya agar berhati-hati terhadap risiko menetap di negara autokratik yang melaksanakan penapisan internet dan tidak menguntungkan.

China dan Taiwan seringkali saling menuduh mengintip negara masing-masing.

Pada 2017, seorang penuntut China yang menuntut di Taiwan dihukum penjara kerana me*ngumpulkan maklumat sensitif melalui orang hubungannya di sekolah dan jabatan kerajaan Taiwan selain cuba mewujudkan rangkaian pengintipan di pulau itu.

Taiwan membenarkan penuntut China melanjutkan pengajian di universiti milik*nya pada 2009.


http://www.utusan.com.my/berita/lua...-tingkat-usaha-curi-maklumat-risikan-1.749029

Semakin panas, China lancar latihan tentera sekitar Taiwan

19jet.transformed.jpg

Dalam foto 25 September ini yang dikeluarkan oleh Agensi Berita Xinhua, pejuang Angkatan Tentera China Tentera Pembebasan Rakyat Su-30, kanan, terbang bersama pengebom H-6K ketika mereka mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan berhampiran Laut China Timur. - Foto AFP

BEIJING: Pesawat pengebom dan pengintip milik China dilaporkan terbang di sekitar Taiwan, hari ini, dan Taipei meramalkan ia bakal meningkatkan ketegangan di wilayah berkenaan.

Tentera udara China dalam satu kenyataan di laman sosial miliknya, berkata pihaknya meningkatkan rondaan di kawasan itu, termasuk membabitkan pesawat pengebom H-6K.

"Kami yakin mampu menghadapi cabaran, kerana tanah air ini sentiasa berada di dalam hati, dan pulau ini adalah sebahagian daripada tanah air ini," kata kapten H-6K, Zhai Peisong, yang merujuk kepada Taiwan.

Sementara itu, jurucakap Pejabat Hal-Ehwal Taiwan, Ma Xiaoguang, berkata tindakan itu adalah satu amaran kepada mana-mana pihak yang mendesak untuk kemerdekaan Taiwan.

Kementerian Pertahanan Taiwan, berkata kehadiran pelbagai pesawat milik China, termasuk pengebom dan peninjau boleh dilihat di Selat Miyako berhampiran pulau Okinawa di selatan Jepun, menuju ke barat Lautan Pasifik sebelum kembali ke pangkalan di Bashi Channel di selatan Taiwan.

"China dengan sengaja memanipulasi (latihan) untuk memberi tekanan dan memalukan Taiwan dalam cubaan mereka untuk mencetuskan ketegangan antara kedua-dua negara dan di wilayah ini.

"Kami tidak akan tunduk kepada mana-mana usaha atau ancaman ketenteraan," kata pegawai Majlis Hal Ehwal Tanah Besar Taiwan, Chiu Chui-cheng dalam satu taklimat harian. - AFP


https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2018/04/414340/china-lancar-latihan-tentera-sekitar-taiwan

China ancam untuk berperang, kata Taiwan

military_raising_the_flag.gif.transformed.jpg


TAIPEI: Kementerian Pertahanan Taiwan berkata hari ini, Beijing menggunakan 'intimidasi lisan murahan dan ancaman perang' untuk mengugut Taiwan ketika tentera China mengadakan latihan ketenteraan hidup di Selat Taiwan, di tengah ketegangan meningkat kedua-dua negara.


Latihan diadakan di luar bandar tenggara China di Quanzhou, terletak di antara dua kumpulan pulau hampir dengan pantai China namun dikawal Taiwan sejak 1949 apabila tentera Nasionalis yang kalah lari ke Taipei selepas perang saudara China tamat.

Media tempatan China berkata, latihan ketenteraan itu adalah satu tindak balas langsung terhadap 'provokasi' oleh pemimpin Taiwan berkaitan apa yang dibimbangi Beijing, langkah mempercepatkan kemerdekaan rasmi negara kepulauan itu.

"Komunis China menggunakan ugutan lisan murahan dan ancaman perang dalam setiap aspek Republik China dengan harapan menjejaskan moral kami atau mewujudkan kebimbangan sosial," kata jurucakap Kementerian Pertahanan Taiwan, Chen Chung-chi.

Menggambarkan sesetengah komentar China sebagai 'tidak masuk akal' bahawa latihan ketenteraan kali ini lebih besar berbanding biasa, Chung-chi berkata, ia hanya membabitkan latihan tembakan jarak dekat hampir dengan pantai China, bukan di Selat Taiwan. -Reuters


https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2018/04/413593/china-ancam-perang-taiwan

Jinping beri amaran ‘hukuman’ kepada Taiwan

image.jpg

XI JINPING memberi amaran China akan memperjuangkan penyatuan kedamaian dan akan berusaha agar rakyat Taiwan berpeluang untuk menikmati pembangunan China. - AGENSI

BEIJING 20 Mac – Presiden China, Xi Jinping memberi amaran kepada Taiwan bahawa negara itu akan berdepan ‘hukuman sejarah’ atas sebarang percubaan pemisahan, amaran paling keras yang dikeluarkan terhadap pulau yang dituntut China sebagai wilayah mereka.

Taiwan merupakan salah satu daripada isu sensitif di China dan berpotensi untuk mencetuskan krisis ketenteraan yang berbahaya.

Permusuhan antara China dan Taiwan bermula sejak pelantikan Presiden Tsai Ing-wen daripada parti prokemerdekaan, Parti Progresif Demokratik pada 2016.

China mengesyaki Ing-wen mahukan kemerdekaan rasmi, yang mana perkara tersebut adalah melampaui batas pemim*pin Parti Komunis di Beijing walaupun Ing-wen mendakwa pihaknya mahu mempertahankan status quo dan komited untuk mengekalkan keamanan.

Kemarahan China timbul apabila Pre*siden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandata*ngani perjanjian pembentukan undang-undang minggu lalu dengan perjanjian tersebut menggalakkan penghantaran pegawai kanan AS ke Taiwan dan sebaliknya.

Pihak AS tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan Taiwan namun begitu AS dikehendaki oleh undang-undang untuk memberi bantuan pertahanan dan merupakan sumber bekalan senjata utama negara pulau itu.

Dalam ucapan di akhir sidang Parlimen tahunan, Jinping memberitahu 3,000 perwakilan bahawa China akan memperjuangkan ‘penyatuan kedamaian tanah air’ dan akan berusaha agar rakyat Taiwan berpeluang untuk menikmati pemba*ngunan China.

“Ini adalah satu aspirasi bersama seluruh rakyat China dan kepentingan asas mereka untuk melindungi kedaulatan dan kewibawaan wilayah dan merealisasikan pe*nyatuan China secara menyeluruh.

“Sebarang tindakan dan muslihat untuk memisahkan China hanya akan menemukan kegagalan dan harus berdepan dengan kutukan serta hukuman sejarah,” tambahnya.

Tegas Jinping, China mempunyai kemahuan, keyakinan dan kemampuan untuk mengalahkan aktiviti pemisahan. – REUTERS


http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/jinping-beri-amaran-hukuman-kepada-taiwan-1.631647

Sponsored Post

SmileAlways

Super Active Member
Messages
9,912
Joined
Aug 11, 2014
Messages
9,912
Reaction score
465
Points
91
pulak dahhh
dulu Taiwan ni dalam China kan?? siapa ada fakta

klo betul perang mmg China menang la. tgk la aset ketenteraan China mcm mana
 

cre8tive

Legendary Member
Messages
17,158
Joined
Oct 14, 2008
Messages
17,158
Reaction score
617
Points
161
Mana boleh kuase ekonomi perang. Lumpuh wei seluruh donia. Melain'n negare2 kapir serang negare islam itu tidaklah mengapa sbb tak beri apa2 kesan ke atas donia.
 

Niyang

CG Top Poster Club
Messages
42,561
Joined
May 13, 2009
Messages
42,561
Reaction score
1,504
Points
201
reseve troops taiwan 1.7m... lg ramai dr china... tuh plkn n rela jerk tuh
 

ViperX

Super Active Member
Messages
5,197
Joined
Oct 10, 2016
Messages
5,197
Reaction score
715
Points
121
china tak suka taipei, taipei tak suka china...
 

forexian

Super Active Member
Messages
6,036
Joined
Sep 28, 2008
Messages
6,036
Reaction score
61
Points
80
china gertak america sebenarnya tu
america tengah increase pressure dgn north korea, china buat benda sama dekat taiwan yg mana taiwan ialah sekutu america

kalau china hilang north korea, xde da buffer zone china area tu
 

m_radd

Active+ Member
Messages
2,517
Joined
Aug 7, 2013
Messages
2,517
Reaction score
311
Points
41
China...laut dia nk claim...dgn India nk berperang...dgn Jepun nk berperang...dgn Taiwan pun nk berperang....perangai serupa bpk gangster...perang je la woi aku nk tengok jugak kecanggihan teknologi senjata dorang ni
 

jackstan

Active Member
Messages
1,745
Joined
Aug 14, 2011
Messages
1,745
Reaction score
77
Points
40
China...laut dia nk claim...dgn India nk berperang...dgn Jepun nk berperang...dgn Taiwan pun nk berperang....perangai serupa bpk gangster...perang je la woi aku nk tengok jugak kecanggihan teknologi senjata dorang ni

Komunis mmg la mcm tu.. Ada ke komunis baik?
 

lambda123

Super Active Member
Messages
7,338
Joined
Aug 10, 2008
Messages
7,338
Reaction score
449
Points
81
China perang dia rugi besar. Ekonomi dia hancur. Hilang sokongan antarabangsa. Silap2 dia yg kena counter balik.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register