BTC USD 35,832.5 Gold USD 1,876.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info SpaceX Akan Mulakan Ujian Khidmat Internet Starlink Sekitar Julai Ini

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,426
Reaction score
3,985
Points
236
Pada bulan Mei tahun lalu, SpaceX melancarkan 60 satelit mini Starlink dengan tujuan menawarkan perkhidmatan Internet kepada kawasan yang terpencil. Sejak itu hampir 400 satelit Starlink telah berjaya dilancarkan. Kini Elon Musk mengesahkan perkhidmatan internet dari Starlink akan memulakan ujian sekitar Julai.

Ini adalah ujian Beta tertutup sebelum ujian Beta terbuka akan dilakukan sekitar bulan Oktober 2020. Kesemua ujian akan dilakukan kepada pengguna yang tinggal di kawasan berlatitud tinggi. SpaceX ingin melancarkan sehingga 12,000 satelit yang merangkumi kesemua permukaan bumi.

Walaupun tujuan asalnya ialah menawarkan perkhidmatan internet pantas kepada kawasan terpencil. Starlink kini menerima kecaman dari ahli astronomi kerana satelit yang telah dilancarkan adalah terlalu terang sehingga mencemari pemandangan malam. Pihak SpaceX kini berjanji untuk melancarkan satelit yang kurang berkilat di masa hadapan.

 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,426
Reaction score
3,985
Points
236
SpaceX Mulakan Era Baru Dengan Berjaya Melancarkan Manusia Ke Angkasa

SpaceX hari ini mencipta sejarah dengan berjaya membuat pelancaran ke angkasa yang menyertakan manusia bersama-sama. Malah, pelancaran ini juga dilihat membuatkan Amerika Syarikat berbangga kembali dengan misi ke angkasa, memandangkan tiada pelancaran yang berlaku di tanah tersebut sejak 2011 yang lepas - dan sering dilakukan melalui Russia.

Melalui misi yang dinamakan sebagai SpaceX Demo-2 ini, ia membawa dua orang angkaswan NASA ke stesen angkasa lepas. Pihak SpaceX menggunakan gabungan roket Falcon-9 bersama-sama kapsul Crew Dragon untuk membawa dua orang angkawasan ini.

Sebelum ini, SpaceX pernah membuat penghantaran kargo beberapa kali ke angkasa, tetapi ini adalah kali pertama mereka berjaya menghantar manusia. Kejayaan ini dicatatkan selepas misi ini ditangguhkan sebelum ini kerana keadaan cuaca yang tidak baik pada hari Rabu lepas.

Dengan kejayaan ini, kita akan dapat melihat penerbangan yang lebih kerap ke stesen angkasa lepas membawa manusia dilakukan oleh SpaceX kelak pada tahun ini - sebelum memperluaskannya ke misi-misi yang lain sekitar penjelajahan angkasa membawa manusia.

49928343022_72a4e0f545_k-950x633.jpg


 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,426
Reaction score
3,985
Points
236
SpaceX Akan Lakukan Ujian Roket Bumi Ke Bumi Dalam Masa 3 Tahun

Tiga tahun yang lalu SpaceX berkongsi video acah yang menunjukkan sistem roket yang mampu membawa penumpang ke mana-mana sahaja destinasi di bumi dalam masa yang pantas. Sistem roket bumi ke bumi ini akan menggunakan Starship yang turut boleh digunakan untuk ke bulan dan seterusnya ke Marikh. Elon Musk pagi ini menghantar ciapan yang mengatakan ujian pertama roket bumi ke bumi akan dilakukan dalam masa 2-3 tahun.

Roket ini tambah beliau lagi akan dilancarkan dari pad pelancaran yang terapung di permukaan laut di luar kawasan bandaraya utama. Dengan platform pelancaran terapung ini, pelancaran dan pendaratan roket dapat dilakukan dengan selamat tanpa perlu diletakkan terlalu jauh dari bandaraya utama. Roket Starship bumi ke bumi ini dapat memendekkan perjalanan dari Shanghai ke New York dari 15 jam ke hanya 39 minit. SpaceX menjanjikan perjalan ke mana-mana destinasi dunia dapat dilakukan dalam masa kurang sejam.

Impian SpaceX untuk menggunakan Starship sebagai sistem pengangkutan hipersonik menerima pelbagai kritikan kerana akan meningkatkan pencemaran bunyi dan pada waktu yang sama diramalkan terlalu mahal untuk dikomersialkan. Oleh sebab itu pesawat hipersonik seperti Skylon dan supersonik senyap QueSST sedang dibangunkan juga bagi memenuhikeperluan penumpang yang tidak mahu menghabiskan masa di dalam kapal terbang yang perlahan.


 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,426
Reaction score
3,985
Points
236
Jeff Bezos Membantah Kontrak Misi Ke Bulan Yang Dianugerahkan NASA Kepada SpaceX

NASA akan menggunakan roket dan sistem pendaratan ke permukaan bulan yang dibina oleh SpaceX untuk Misi Artemis mereka. Kontrak bernilai sekitar $12 bilion telah dianugerahkan oleh NASA kepada SpaceX minggu lalu. Mereka beraya mengalahkan sistem yang direka oleh Blue Origin dan Dyentics. Hari ini Blue Origin, syarikat yang dimiliki oleh hartawan Jeff Bezos membantah kontrak yang diberikan.

Protes terhadap pemberian kontrak setebal 175 muka surat difailkan Blue Origin ke Pejabat Akauntabiliti Kerajaan Amerika Syarikat. Menurut Blue Origin, NASA mengambil risiko kerana hanya memilih satu sistem dari satu syarikat. Ini membahayakan Misi Artemis dah tidak menggalakkan persaingan untuk misi kembali ke bulan.

Tidak seperti SpaceX, Blue Origin bekerjasama dengan syarikat lain iaitu Northrop Grumman, Lockheed Martin, dan Draper ketika cuba memenangi kontrak. Blue Origin hanya terlibat dalam menghasilkan modul pendaratan yang diberi nama Blue Moon dengan syarikat lain bertanggungjawab membina sistem roket kerana mereka mempunyai pengalaman luas menghasilkannya untuk NASA sejak 1950an lagi.

NASA turut dituduh memilih SpaceX walaupun sistem mereka tidak pernah diuji di situasi sebenar sedangkan Blue Origin menggunakan kepakaran Lockheed Martin serta Northrop Grumman dengan sistem yang terbukti berkesan pada misi NASA sebelum ini. Sebab utama SpaceX memenangi kontrak dipercayai adalah kos dengan bidaan [imath]2.89 bilion berbanding bidaan[/imath]5.99 bilion oleh Blue Origin.

Blue-Moon-Bulan-2-950x653.jpg.webp

Sumber asal https://spacenews.com/blue-origin-protests-nasa-human--system-award/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,426
Reaction score
3,985
Points
236
NASA Gantung Kontrak Misi Ke Bulan SpaceX Selepas Di Protes Pesaing

Pertengahan bulan lalu NASA menganugerahkan kontrak bernilai ~RM11 bilion kepada SpaceX untuk membina Human Landing System (HLS) yang digunakan untuk melakukan pendaratan ke permukaan bukan untuk Misi Artemis. Sejurus selepas kontrak dianugerahkan, Blue Origin milik Jeff Bezos dan Dynetics kedua-duanya telah memfailkan bantahan kepada Pejabat Akauntabiliti Kerajaan (GAO) Amerika Syarikat.

Menurut kedua-dua syarikat, NASA mengambil risiko kerana hanya memilih satu sistem dari satu syarikat. Ini membahayakan Misi Artemis dah tidak menggalakkan persaingan untuk misi kembali ke bulan. Sekiranya sistem SpaceX yang berasaskan Starship gagal dibangunkan mengikut masa, ia akan menyebabkan kelewatan kepada Misi Artemis yang menyasarkan pendaratan ke bulan pada tahun 2024.

Beberapa ujian ke atas Starship berakhir dengan letupan kerana ia sistem baharu yang tidak pernah digunakan sebelum ini. Sebaliknya Blue Moon, HLS yang dibangunkan oleh Blue Origin mempunyai rekaan yang sama seperti modul pendaratan bulan Apollo yang berjaya melakukan misi sebanyak 6 kali.

Walaupun kontrak SpaceX telah digantung sementara menunggu siasatan GAO, pembangunan Starship tidak akan terjejas kerana ia dibangunkan untuk kegunaan misi ke bulan komersial persendirian dan membawa kargo di bumi. GAO kini diberikan 100 hari untuk menyiasat wujudnya ketidakadilan dalam pemberian kontrak NASA kepada SpaceX.

Misi-Artemis-SpaceX-Blue-Origin-Dynetic-950x530.jpg

Berita asal https://www.reuters.com/article/space-exploration-spacex-idINL1N2MN2XW
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,426
Reaction score
3,985
Points
236
SpaceX Starship Akhirnya Berjaya Melakukan Ujian Pendaratan Dengan Selamat

Starship ialah kapal angkasa yang akan digunakan oleh SpaceX untuk misi ke permukaan bulan, Marikh dan membawa penumpang dengan pantas ke mana-mana lokasi di bumi. Selepas empat ujian pertama Starship gagal ketika cuba mendarat, SpaceX akhirnya berjaya melakukan pendaratan pertama kapal angkasa ini pagi tadi.

Starship SN15 mendarat dengan selamat di tapak ujian Starbase Texas. Pelbagai penambahbaikan dilakukan dengan kemas kini pada susunan tiga enjin Raptor, kelengkapan elektronik dan senibina sistem bahan api yang dipercayai menjadi punca kegagalan empat ujian terdahulu. Walaupun berjaya mendarat dengan selamat, masih berlaku kebakaran pasca pendaratan cuma ia tidak meletup seperti SN10.

Kejayaan ini mendekatkan lagi SpaceX kepada impian mereka untuk menghasilkan Starship pada skala sebenar. Kesemua ujian yang dilakukan adalah menggunakan prototaip pada skala yang lebih kecil. Walaupun kontrak untuk menghantar angkasa Misi Artemis telah digantung oleh NASA, SpaceX masih meneruskan ujian ke atas Starship yang akan menjadi kapal angkasa utama untuk misi-misi mereka selepas ini untuk meneroka angkasa lepas.


Sumber asal
 

pedang_setiawan

Active Member
Joined
Nov 16, 2010
Messages
1,048
Reaction score
287
Points
51
Pada bulan Mei tahun lalu, SpaceX melancarkan 60 satelit mini Starlink dengan tujuan menawarkan perkhidmatan Internet kepada kawasan yang terpencil. Sejak itu hampir 400 satelit Starlink telah berjaya dilancarkan. Kini Elon Musk mengesahkan perkhidmatan internet dari Starlink akan memulakan ujian sekitar Julai.

Ini adalah ujian Beta tertutup sebelum ujian Beta terbuka akan dilakukan sekitar bulan Oktober 2020. Kesemua ujian akan dilakukan kepada pengguna yang tinggal di kawasan berlatitud tinggi. SpaceX ingin melancarkan sehingga 12,000 satelit yang merangkumi kesemua permukaan bumi.

Walaupun tujuan asalnya ialah menawarkan perkhidmatan internet pantas kepada kawasan terpencil. Starlink kini menerima kecaman dari ahli astronomi kerana satelit yang telah dilancarkan adalah terlalu terang sehingga mencemari pemandangan malam. Pihak SpaceX kini berjanji untuk melancarkan satelit yang kurang berkilat di masa hadapan.

Aku dah daftar Starlink hari tu last year. Bln lps dpt email. Kos usd 100 sebulan. Speed x igt tp bwh 80 Mbps. Mahal sb unifi fiber 100 Mbps pn bawah rm 120.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,426
Reaction score
3,985
Points
236
SpaceX Akan Melancarkan DOGE-1 Ke Bulan Pada Awal 2022

Geometric Energy Corporation hari ini mengumumkan kelak mereka akan melancarkan misi DOGE-1 ke bulan pada awal 2022 kelak, menggunakan roket SpaceX Falcon 9. Menariknya mengenai misi ini adalah dimana ia dibayar sepenuhnya menggunakan kriptowang Dogecoin – sekaligus menjadikan misi DOGE-1 juga adalah misi pertama yang dibayar menggunakan kriptowang. Langkah ini turut memperlihatkan penerimaan kriptowang untuk tujuan komersil yang lebih besar – terutamanya Dogecoin. Melalui misi ini, ia akan menghantar sebuah cubesat yang merakamkan sejumlah perkara melalui kombinasi sensor dan kamera.


Sumber asal https://www.prnewswire.com/news-releases/spacex-to-launch-doge-1-to-the-moon-301287016.html
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register