BTC USD 94,876.7 Gold USD 3,312.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sorok dadah di seluar dalam, dua lelaki berdepan hukuman mati

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
59,869
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
59,869
Reaction score
6,918
Points
881
Awards
1
Sorok dadah di seluar dalam, dua lelaki berdepan hukuman mati

Oleh Abdul Rahemang Taiming
A view of the sea

AMRIADI (dua kanan) dan Rudi Jalil didakwa di Mahkamah Majistret Tawau atas kesalahan mengedar dadah 11 Oktober lalu. FOTO Abdul Rahemang Taiming.

Tawau: Dua lelaki warga Indonesia berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mengedar dadah dengan cara menyembunyikannya di seluar dalam, bengkung dan kasut, minggu lalu.

Tertuduh, Amriadi, 40, dan Rudi Jalil, 39, hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan secara berasingan masing-masing di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin dan Majistret Don Stiwin Malanjum.


Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-kedua tertuduh kerana kesalahan itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan pertuduhan, Amriadi didakwa mengedar 1,541.43 gram dadah berbahaya iaitu methamphetamine di tempat pemeriksaan penumpang Terminal Feri Tawau, jam 9.45 pagi, 11 Oktober lalu.

Manakala Rudi Jalil, 39, pula didakwa mengedar 269.61 gram dadah jenis methamphetamine di Balai Berlepas Terminal itu pada tarikh dan masa yang sama.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 39b(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39b(2) akta sama dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup serta minimum 12 sebatan.

Selain itu, mereka turut didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB atas kesalahan memasukkan dadah kepada diri sendiri.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Jeffrey Kadisun dan Asisten Superintendan Nur Intan Jamrin.

Rudi diwakili peguam Jhassery P Kang, daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) manakala Amriadi tidak diwakili peguam.


Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 21 November dan 2 Disember depan sementara menunggu keputusan laporan ujian kimia.

Disiarkan pada: October 25, 2024 @ 2:50pm
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register