BTC USD 22,770.3 Gold USD 1,923.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sorok balik pintu

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
SUBANG JAYA: “Saya hanya tukang basuh baju, saya tak kerja di sini,” demikian alasan seorang wanita berusia 25 tahun dipercayai tukang urut batin apabila dia ditahan dalam operasi bersepadu Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), di sebuah rumah urut tradisional, di sini, semalam.

Wanita berasal dari pantai timur itu memberikan alasan berkenaan ketika dia ditemubual Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Md Ikhsan yang mengetuai serbuan membanteras kegiatan tidak bermoral sekitar Subang Jaya termasuk premis urut berkenaan di Taman Kinrara, Seksyen 1, di sini.

Menariknya, wanita itu menyorok hampir setengah jam di belakang pintu bilik di tingkat atas sebelum ditemui anggota penguat kuasa sedangkan lima rakan sekerjanya sudah ditahan ketika sedang mengurut pelanggan di tingkat dua premis terbabit.

Premis berlesen itu didakwa menyalahgunakan lesen yang diberi kerana dikesan melanggar syarat operasi.

Difahamkan, rumah urut itu didaftarkan untuk pusat rawatan dan urut tradisional tetapi melanggar syarat operasi apabila turut menyediakan kegiatan tidak bermoral.

Menurut Adnan, selain enam wanita berusia antara 23 hingga 32 tahun, anggota penguat kuasa turut menyoal siasat lima pelanggan lelaki berusia antara 33 hingga 52 tahun yang terkejut dengan serbuan itu.

“Berdasarkan temubual dengan dua pekerja, pihak kita dapati aktiviti urut termasuk yang tidak bermoral berlaku selepas waktu pejabat.

“MPSJ akan mengambil tindakan sita premis itu mengikut Undang-undang Kecil Pusat Kesihatan MPSJ 2007. Premis itu didapati menyalah guna lesen refleksologi dan aromaterapi dengan menawarkan kegiatan tidak bermoral. Kompaun maksimum RM1,000 juga boleh dikenakan mengikut undang-undang sedia ada,” katanya ketika ditemui, selepas operasi itu semalam.

Menurutnya, hasil soalsiasat turut mendapati wanita terbabit tidak menghadiri mana-mana kursus mengurut.

Beliau turut menasihatkan remaja atau wanita tidak terbabit dengan gejala seumpamanya walaupun ditawarkan gaji lumayan.

Jurucakap Jais berkata, dua wanita dan dua pelanggan lelaki beragama Islam di pusat urut itu dibawa ke pejabat Jais untuk siasatan mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Selangor iaitu khalwat.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register