Sony Lancar Kad CFExpress Type A Dengan Kelajuan Mencecah 800 MB/s

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,506
Points
236
Dengan pelancaran kamera Sony A7S III semalam, Sony turut melancarkan format kad memori baharu dengan kelajuan membaca yang amat pantas. Kad CFExpress Type A mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding jad CFExpress Type B sebelum ini tetapi dengan kelajuan membaca pada kelajuan 800 MB/s dan kelajuan menulis 700 MB/s.

Ini adalah sekitar separuh dari kelajuan membaca serta menulis Type B (1,700 MB/s /1,480 MB/s). Dua saiz ditawarkan iaitu 80GB dan 160GB. Menurut Sony setiap kad CFExpress Type A mereka mempunyai sinki haba terbina bagi memastikan kelajuan pantas ketika operasi dapat dikekalkan. Disamping itu kesemua kad adalah dari keluarga Tough mereka yang melepasi piawaian IP57, tahan lenturan dan tahan hentakan.

Bagi memudahkan operasi, pembaca kad SD/CFExpress Type A turut dilancarkan dengan sambungan USB-C (USB 3.2 Gen 2). Harga jualan kad CFExpress Type A adalah $200 (~RM850) untuk 80GB, $400 (~RM1700) untuk 160GB dan pembaca kad pula pada harga $120 (~RM850).

sony-CFExpress-Type-A.jpg


Sumber asal https://www.sony.com/content/sony/e...ghspeed-performance-and-tough-durability.html
 
Top
Log in Register