BTC USD 62,013.3 Gold USD 1,768.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Songlap duit persatuan RM50,000

eboss

CG Hardcore
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
KUALA LUMPUR: Seorang pekerja lelaki berusia 32 tahun sedang disiasat polis selepas disyaki menggelapkan hampir RM50,000 wang satu persatuan perniagaan dipercayai untuk membayar hutang Along sejak April lalu.

Kehilangan wang itu disedari bendahari persatuan berkenaan selepas membuat semakan semula akaun persatuan itu.


Berikutan itu, bendahari berkenaan membuat laporan polis berhubung penyalahgunaan wang berkenaan, kira-kira jam 10 pagi, semalam.

Menurut sumber, hasil pemeriksaan semula akaun persatuan itu mendapati suspek melakukan lebih 20 transaksi wang ke dalam akaun peribadinya sepanjang tempoh berkenaan.


“Difahamkan, suspek melakukan transaksi itu dalam jumlah yang kecil bagi mengelak perbuatannya itu disedari pihak pengurusan persatuan berkenaan.


“Sebaik perbuatan itu disedari, pihak persatuan melakukan siasatan sebelum mendapati wang yang digelapkan suspek digunakan untuk membayar hutang Along,” katanya.
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register