BTC USD 63,248.6 Gold USD 4,332.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sondol belakang curi kereta

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Kuala Lumpur: Kejadian langgar dan samun semakin menjadi-jadi apabila seorang lagi mangsa kerugian kira-kira RM80,000 selepas kereta Peugeot 208 dan wang tunai RM1,000 dilarikan dua lelaki dalam kejadian di Bukit Jalil di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang berusia 25 tahun memandu seorang diri dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Puchong.


Mangsa, Shakir Abd Aziz, 25, yang bekerja di sebuah pasar raya di sini berkata, kejadian itu hanya disedari selepas sebuah kereta Honda City yang berada di belakang tiba-tiba melanggar keretanya.

“Saya keluar dari kenderaan untuk melihat kerosakan sebelum dua lelaki menaiki kereta Honda itu turut memberhentikan kereta mereka di tepi jalan di lokasi kejadian.


“Saya cuba minta mereka membayar ganti rugi kerana kerosakan teruk dialami namun lelaki itu memaki hamunnya,” katanya di sini, semalam.


Katanya, selepas beberapa minit, seorang daripada lelaki itu berlari mengambil parang dari dalam kereta sebelum mengacukan ke arahnya.

“Terkejut dengan tindakan itu, saya cuba berlari masuk ke dalam kereta tetapi tidak sempat apabila seorang daripadanya terlebih dahulu masuk ke dalam kereta saya.


“Mereka memecut menghala ke arah pusat bandar raya meninggalkan saya di tepi jalan,” katanya yang meminta bantuan pemandu teksi untuk menghantarnya membuat laporan di Balai Polis Cheras.

Menurutnya, akibat kejadian itu, dia kerugian RM80,000 selepas kereta yang baru dibeli setahun lalu dan wang tunai RM1,000 dilarikan lelaki terbabit.


Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa mengesahkan menerima laporan.


sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Sondolbelakangcurikereta/Article
 
kejam nye... berat sngat da malaysia kita nie...
 
Kalo exsiden xyah la berhenti terus aje ke balai polis buat report biar la rugi kena saman pun xpe.
 
risau gak klo kena mcm ni..disangka sikit je bole setel tepi last kena samun pulak
 
memandu seorang diri tengah2 malam tu yg bahaya tu...tambah lak kalo pompuan...lagi la senang jadi target...
 
bahaya nie....nampaknya para pemandu kena lebih hati2 pas ni terutama bagi kaum wanita yg lebih berisiko tinggi utk terjadi kejadian seperti ni.
 
Dah byk kali benda berlaku tp kita alpa....tk nak ambik iktibar....sekor lg suka taruk handbag terang terangan...berenti lampu isyarat penyangak ketuk cermin so apa kes....satu lagik ditipu oleh awang hitam tak serik2....pasal apa?pasal gile batang besar wooooo
 
Malang tak berbau.. yang penting kita kena beringat la...
 
kes terpinggir aje nie
index jenayah kita makin berkurangan skrg nie..
 
masih rendah berbanding Namibia....
Tak suka jenayah tinggi jangan duduk Malaysia
 
Back
Top
Log in Register