Solat Tahajjud. Bila Kali Terakhir Anda Lakukan?

CG Sponsors




eishen

Active+ Member
Joined
Nov 26, 2007
Messages
3,545
Reaction score
82
Points
30
Amalan solat sunat yang paling utama di sisi Islam ialah solat tahajjud. Sabda Nabi saw:

أفضل الصيام بعد رمضان ثهر الله المحرم وأفضل الصلاة بعد الفريضة صلاة الليل

“Puasa paling utama selepas Ramadan ialah puasa(sunat) pada bulan Allah iaitu Muharram. Sedangkan solat paling utama selepas solat fardu ialah solat malam (tahajjud)”. (Sahih Muslim, Kitab al-Syiam no.1163)

Solat tahajjud ialah solat sunat pada waktu malam selepas Isyak –sebelum masuk Subuh. Namun, waktu paling utama bertahajjud ialah 1/3 malam terakhir (kira-kira 3.00 pagi – masuk Subuh). Solat ini biasanya diganding dengan solat sunat witir sebagai penutup.

Dalil disyariatkan tahajjud ialah firman Allah swt :

ومن الليل فتهجد به نافلة لك عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا

“dan bangunlah pada sebahagian malam serta kerjakanlah tahajjud di waktu itu sebagai solat tambahan semoga Tuhanmu membangkit & menempatkanmu pada hari akhirat di tempat terpuji”. (al-Isra’: 79)

Dalil lebih utama dibuat 1/3 malam ialah sabda Nabi saw:

ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة لى السماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر.يقول : من يدعونى فأستجيب له من يسألنى فأعطيه من يستغفرنى فأغفر له

“Tuhan kita Tabaraka waTaala turun setiap malam ke langit dunia ketika masih berbaki 1/3 malam yang akhir. Allah berfirman : sesiapa berdoa kepada-Ku, pasti Aku makbulkannya , sesiapa meminta kepada-Ku, pasti Aku memberinya , sesiapa mohon ampun kepada-Ku, pasti Aku ampuninya”. (Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1145)


CARA SOLAT SUNAT TAHAJJUD

- Boleh dilakukan 2 rakaat tanpa had tertentu. Malah, solat sunat witir 1 rakaat juga dikira tahajjud. (Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1137)

- Jumlah paling utama ialah tak lebih 11 atau 13 rakaat kerana itulah amlan Nabi saw. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir wa Qasruha no. 736 & Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1140)

Boleh juga dibuat 4 rakaat, 4 rakaat kemudian witir 3 rakaat (Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1147). Samada 2 tahiyat 1 salam atau 4 rakaat sekaligus 1 salam. Jika solat 4 rakaat 1 salam, setiap rakaat hendaklah dibaca surah atau ayat al-Quran sesudah al-Fatihah.


SUNNAH TAHAJJUD

- Niat sebelum tidur hendak solat sunat itu. Jika sudah berniat tapi tak bangun, Allah tetap kurniakan pahala tahajjud. (Sunan Nasaie, Kitab Qiyam al-Lail no. 1763)

- Hilangkan mengantuk dengan bersugi & berdoa:

لا له لا الله وحده لا شريك له.له الملك وله الحمد وهو على كل شئ قدير. الحمدلله وسبحان الله ولا له لا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة لا بالله

Kemudian ucapkan :

اللهم اغفرلى

(Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no.1154)

Atau baca 10 ayat terakhir surah Ali Imran. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir Wa Qasruha no. 763)

- Mengerjakan solat 2 rakaat yang ringan sebelum bertahajjud. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir Wa Qasruha no. 768 & Fath Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani jld 6 m/s273)

- Solat ini lebih utama dilakukan di rumah sendiri bukan di masjid kerana Nabi saw biasa melakukannya di rumah. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir Wa Qasruha no. 781)

- Mengejutkan ahli keluarga untuk turut bertahajjud bersama. (Sunan Nasaie, Kitab Qiyam al-Lail no. 1592)

- Memanjangkan berdiri dengan membaca surah panjang & melamakan sujud. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir wa Qasruha no. 756 – Sahih Bukhari
 
Sponsored Post

ahib0205

Legendary Member
Joined
Nov 18, 2007
Messages
19,329
Reaction score
740
Points
166
Bila?????

Kenapa????

Ya Allah... Daku terlalu jauh dengan-MU Ya Allah.....
 

kall

Active Member
Joined
Sep 5, 2007
Messages
1,461
Reaction score
71
Points
30
aku kalo dah tido susah nak bangun laa
mase bulan puaser jeer sng buat
skang dah susa :(
saper yang baru terbangun tido tuh buat laah banyak faedah dari segi zahir dan batin
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,190
Reaction score
1,041
Points
1,101
biler yerk..............ades........dah makan taun dah ....
 

tudung87

Legendary Member
Joined
May 30, 2008
Messages
12,870
Reaction score
69
Points
120
alamak..
terasa den...
huhu... :(:(
 

MOD jr.

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 29, 2008
Messages
23,582
Reaction score
134
Points
133
terkedu sat......
 

fadel

Active+ Member
Joined
Mar 19, 2007
Messages
3,016
Reaction score
60
Points
35
"....Tuhan kita Tabaraka waTaala turun setiap malam ke langit dunia ketika masih berbaki 1/3 malam yang akhir. Allah berfirman : sesiapa berdoa kepada-Ku, pasti Aku makbulkannya , sesiapa meminta kepada-Ku, pasti Aku memberinya , sesiapa mohon ampun kepada-Ku, pasti Aku ampuninya..."

...Ya ALLah AkHbar..
 

fadel

Active+ Member
Joined
Mar 19, 2007
Messages
3,016
Reaction score
60
Points
35
..sori double lak..aMpoNNNN!!!
 
Last edited:

roziex

Active Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
1,825
Reaction score
273
Points
41
kali terakhir buat solat tahjud mase kat universiti dulu,
sekarang dah tak buat lagi,

Ampunilah hambamu nie Ya Allah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register