Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri & Aidil Adha

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,681
Reaction score
11,380
Points
2,376
Isu tongkat ni pada mulanya memang kelakar, fun, harmless.

And TBH mostly yang ambil gambar tak ada niat nak lekehkan agama pun. Hanya sekadar happy dan excited sebab first time beri khutbah untuk keluarga

Maka ramai overlooked, malah den sendiri pun dah terkhilaf re-upload gambar² tersebut di FB.

Cuma bila ada yang berautoriti tegur, ditambah pula dengan kaedah teguran yang diberikan itu pula secara berhikmah dan sebenarnya boleh dikatakan masih 'grey' aka borderline. Ibarat menarik rambut dalam tepung - beliau tak confront all out, basuh perlakuan tersebut sebagai berdosa atau letak status haram, sekadar mengingatkan ibadah jangan sampai jadi barang gurauan.

Kita yang awwam ni faham² sendirilah.

Terima teguran tersebut dan tak ulangi lah lagi.

Simple.

Khairul Azri
 
Sponsored Post

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Jangan jadikan tongkat khutbah bahan lawak - Zulkifli

ZULKIFLI_MOHAMAD_AL_BAKRI___PROGRAM_YADIM_PEDULI_1590388436.jpg


KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini menasihati umat Islam supaya tidak menjadikan tongkat khutbah sebagai bahan lawak, sebagaimana yang tular di media sosial.

Beliau mengulas gelagat segelintir individu yang menggunakan pelbagai barang termasuk kayu golf, tukul 'Thor' watak dalam sebuah filem antarabangsa, kayu mop serta pedang 'gergasi' mainan ketika membaca khutbah di kediaman masing-masing selepas solat sunat Aidilfitri semalam.

"Mengenai gambar yang tular itu, tiada masalah ke atas solat sunat Aidilfitri dan khutbah yang dibacakan.

"Khutbah yang disampaikan adalah baik namun kalau boleh, apa yang hendak dipegang sebagai tongkat atau lain-lain, biarlah melambangkan keseriusan dan bukan menjadi bahan lawak. Justeru, carilah tongkat walaupun hukumnya sunat memegang sesuatu ketika berkhutbah," katanya kepada Bernama hari ini.

Menurut beliau, solat hari raya serta bacaan khutbah yang dilakukan di rumah adalah jawapan untuk penyelesaian bagi mereka yang tidak mampu solat di masjid atau surau sebagaimana ia mula menjadi kebiasaan baharu dalam beribadah dan kehidupan, dalam usaha mengekang wabak COVID-19.

Berdasarkan rujukan yang dilakukan di laman web rasmi pejabat mufti Wilayah Persekutuan, sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hakam bin Hazan menyatakan selain daripada beberapa syarat yang perlu dipatuhi bagi pembacaan khutbah, ulama juga menetapkan beberapa perkara sunat lain yang boleh diikuti, antaranya memegang tongkat, pedang, atau busur anak panah.

Sementara itu, bagi pembacaan khutbah pula, disunatkan bagi mereka yang melakukan solat hari raya secara berjemaah di rumah, untuk imam mereka membaca khutbah raya selepas solat hari raya selesai dilakukan manakala ia tidak dituntut bagi yang melaksanakannya secara bersendirian kerana tidak ada faedah padanya.

Sementara itu, Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil menjelaskan pemakaian tongkat hanya sunat dan tidak menjejaskan solat.

Sumber : bharian
 

adamrao

Active Member
Joined
Mar 1, 2017
Messages
1,502
Reaction score
152
Points
43
melayu kalo buat keja.. saja nak lawak kasi viral kebodohan.. semoga aku dan keturunan terhindar dari kejakunan dan obses kebod0han seperti ini..

bak kata seorang melayu yang pernah aku kenal dulu.. aku x semayang memang salah aku.. tp jangan jadi pun-dek halang orang lain nak p semayang.. jangan jadi pun-dek kutuk depa x ikhlas.. kasi depa laluan.. mulut ngan otak diam..
 

nationagainstzionist

Super Active Member
Joined
Oct 17, 2012
Messages
5,694
Reaction score
188
Points
73
benda lain nak buat lawak..silakan, tapi bab ibadah ko nak buat lawak,minta perhatian..minta puji...haa tobat cpt2 korang sblm diazab kelak..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
Bergaduh Sebab Takbir di Hari Raya

Tatkala kita disekat dari menunaikan ibadah puasa dan raya seperti lumrah, hati seronok melihat tradisi takbir diteruskan di television. Apatah lagi di dahului oleh Perdana Menteri bersama bekas mufti dan dihadiri oleh kabinet muslim serta pegawai2 kerajaan termasuk frontliners Dr Hisham, IGP dan PAT. Walaupun tidak seperti biasa, takbir telah dijalankan mengikut social distancing.

Seperti yang saya tulis sebelum ini, negara kita amat genting polarisasinya sejak beberapa tahun ini. Jadi kita perlu luahkan kepentingan takbir sebab ada sahaja sebahagian rakyat yang tidak tahu betapa signifikannya takbir kepada umat islam mungkin antara lain akibat segregation/ pemisahan antara kaum dari kecil. Malangnya, seperti dijangka ada aje komen2 bersifat niat buruk dibuat untuk menghasut kebencian. Sila lihat lampiran.

Mereka yang membuat komen seperti ini sebenarnya tidak pernah tahu apa itu takbir dan peranannya tetapi ingin memberi komen. Mereka tidak tahu takbir di TV ini tidak pernah live selama ini dan hanya pre-recorded. (TSM berkemungkinan besar buat sebelum dikuarantin lagi) Tidak tahu bahawa kita ada SOP untuk beribadah jemaah yang terhad. Jadi sebab kejahilan ini maka mereka mula mempersoalkan perkara yang tidak ada isu. Menggunakan kejahilan ini untuk menggambarkan mereka ditindas. Menggunakan pendekatan racial siege mindset untuk menghasut kebencian. Dan selepas itu malangnya ramailah pula terhasut dan membuak2 kebencian sehingga ada yang mengatakan mereka yang bertakbir ini patut ditembak atau dijangkiti covid. Sedih melihat perkara ini berulang2 berlaku.

Buruk perangai golongan ekstrimis ini. Mereka menggunakan “racism card” untuk menaikkan kebencian. Walaupun mungkin jumlah mereka ini tidak ramai, tetapi mereka ini suka dan senang menghasut. Jika kita tekan pemahaman mereka berkenaan takbir, mereka berlagak tahu dan menjawab menggunakan jawapan cetek yang diperolehi dari google. 🤦‍♂️Begitu senang dan berani mereka menghasut berdasarkan kejahilan.

Kita sebagai rakyat malaysia patut faham limit/ had. Apabila kita sentuh bab ugama lain kita prihatin. Tengok sahaja apa berlaku Kepada Zakir Naik. Mahu sahaja dia digam dan dihantar pulang. Sebab itu pada pendirian saya bilamana audience terdiri dari pelbagai kaum kita mesti menjaga sensitiviti kaum dan agama. Tetapi jika ceramah antara satu agama misalnya dalam ceramah agama, kita boleh buat perbandingan agama secara ilmiah misalnya.

Begitu juga dalam kes takbir. Umat islam sudahpun sedih melihat pelbagai sekatan kepada ibadah lumrah puasa dan Raya. Berempatilah sedikit. Takbir merupakan perkara pokok Aidilfitri. Jangan mempersoalkan Kalau tidak tahu apa yang berlaku. Jangan pula guna ini untuk menghasut kebencian kaum berandaikan kejahilan. Dan considerate sikitlah bahawa ini Hari Raya yang saling bermaaf2an. Kenapa busuk hati sangat nak cari gaduh waktu ni. Seolah tiada limit langsung.

Yang positifnya ada bangsa lain yang memahami. Tetapi kepada kumpulan ekstrimis ini kita mesti cari cara untuk membendung ini sebelum memarahkan lagi polarisasi kita.

Ps: untuk yang terpengaruh, saya dapati bukan semua malicious/ berniat jahat. Setelah engage ada yang tak perasan tersangkut dengan naratif siege mindset ini. Saya post kan ini untuk tunjukkan bagaimana permainan siege mindset ini boleh berlaku untuk menyemarakkan kebencian.

 

akudotcom

Active+ Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
4,775
Reaction score
979
Points
81
Walaupun mereka negara di ketuai kapiaq
Akan masuk neraka
Tetapi mereka memahami kehendak agama


Kat mesia negara islam
Masih haram berkumpul
 

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
7,503
Reaction score
204
Points
73
Walaupun mereka negara di ketuai kapiaq
Akan masuk neraka
Tetapi mereka memahami kehendak agama


Kat mesia negara islam
Masih haram berkumpul
kita bukan xleh buat mcm ni tp masalahnye rakyat kite sndri xnak..kalu leh nk pkp lg..cube bayangkan gov bg buat solat mcm ni,nti ada la ckp ha nk bg timbul kluster baru la pe la..,nk jgk berkurung dlm rumah..dh bg pkpb pun masih nk sangsi saranan gov..padahal sop dah dibagi folow je la..menteri pun ckp yg buat hal pun minoriti je kalu nk kire smua dr kita ni...
 

akudotcom

Active+ Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
4,775
Reaction score
979
Points
81
Sponsored Post
Top
Log in Register