BTC USD 49,457.9 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Solat jumaat di musim coronavirus

dloanman

CG Top Poster Club
Messages
30,598
Joined
Apr 15, 2012
Messages
30,598
Reaction score
2,297
Points
206
alhamdulillah moh kito samo2 poie masjid..... surau kek umah den skg dh ado pengajian tiap2 mlm lps maghrib, lps isyak ajo mesti ado jemaah sponsor pek mkn free nasi ayam lah, nasi lemak lah, mee goreng lah, nasi briani lah...

klu jumaat, sabtu, ahad ado kuliah subuh pulak lps tu ado jamuan pek sarapan pagi & air panas... bleh mkn kek surau atau bwk blk umah

alhamdulillah dapek mkn free ekekekekeke
 
Sponsored Post

Jedi

CG Top Poster Club
Messages
45,601
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
45,601
Reaction score
2,562
Points
201
alhamdulillah moh kito samo2 poie masjid..... surau kek umah den skg dh ado pengajian tiap2 mlm lps maghrib, lps isyak ajo mesti ado jemaah sponsor pek mkn free nasi ayam lah, nasi lemak lah, mee goreng lah, nasi briani lah...

klu jumaat, sabtu, ahad ado kuliah subuh pulak lps tu ado jamuan pek sarapan pagi & air panas... bleh mkn kek surau atau bwk blk umah

alhamdulillah dapek mkn free ekekekekeke

Masjid rumah aku lepas solat Jumaat ada la kuih muih, nasi lemak.

Donut ala2 Dunkin Doughnuts pun ada :ROFLMAO:
 

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,399
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,399
Reaction score
2,966
Points
201
Berhati2
Tuhan akan saman manusia yg lalai πŸ˜‚

 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,809
Top Poster #5
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,809
Reaction score
22,056
Points
1,671
Solat di masjid, surau Kelantan dibenar kapasiti penuh bermula esok

Kelantan yang kini dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) membenarkan had bilangan jemaah untuk menunaikan solat fardu lima waktu termasuk solat Jumaat mengikut kapasiti sebenar masjid, surau dan musala di seluruh negeri ini, mulai esok.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,809
Top Poster #5
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,809
Reaction score
22,056
Points
1,671
Johor. Berkuatkuasa 15 Oktober

 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,809
Top Poster #5
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,809
Reaction score
22,056
Points
1,671
Aircond tidak digalakkan

FB_IMG_1634253756634.jpg
FB_IMG_1634253752866.jpg
 

Jedi

CG Top Poster Club
Messages
45,601
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
45,601
Reaction score
2,562
Points
201
Selangor tak pasti pula pasal aircond.
 

underscore

Legendary Member
Messages
12,011
Joined
Sep 20, 2008
Messages
12,011
Reaction score
4,436
Points
206
Salam solat jumaat 2 dos

Anti vaksin boleh minta tolong membe yg dah vaksin buat fb live atau video call dari dlm masjid.
Tapi pastikan dlm satu kg atau kariah. Luar kawasan tak sah
Nanti korang solat lah kat rumah sambil tengok gerak geri imam kat phone . Dapatlah pahala solat jumaat .
Walaupun tak sempurna tapi sekurang 2 nya korang sudah ada usaha menunaikan perintah Allah SWT.
 

underscore

Legendary Member
Messages
12,011
Joined
Sep 20, 2008
Messages
12,011
Reaction score
4,436
Points
206
Ulama buat syarat solat belakang tirai kena ada lubang.

Tapi virus covid merebak melalui udara jadi kaedah yg lebih selamat adalah melalui siaran video atau live. Utk pisahkan antara golongan yg selamat dan berisiko.


Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya agama itu mudah, dan tidaklah seseorang mempersulitkan urusan agama kecuali dia akan dikalahkan (semakin berat dan sulit).

Maka hendaklah kamu betul dan bersederhana serta hendaklah kamu bergembira. Hendaklah kamu mendapatkan pertolongan di waktu pagi dan petang serta sebahagian daripada waktu malam yang berlalu. (HR Bukhari No: 38) Status: Hadis Sahih






 

dloanman

CG Top Poster Club
Messages
30,598
Joined
Apr 15, 2012
Messages
30,598
Reaction score
2,297
Points
206

Perdana Menteri sembahyang Jumaat tanpa escort tarik perhatian​

WhatsApp-Image-2021-10-15-at-6.09.54-PM.jpeg
TANGKAP layar video pengguna Tiktok yang berkongsi rakaman video memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunaikan solat Jumaat di barisan belakang tanpa ditemani pegawai pengiring atau pegawai-pegawai kerajaan.
  • Oleh MOHD FADHLI MOHD SULAIMAN
  • 15 Oktober 2021, 6:13 pm



PETALING JAYA: Seorang pengguna akaun Tiktok, @rahimazhari, berkongsi rakaman video memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunaikan solat Jumaat di barisan belakang tanpa ditemani pegawai pengiring atau pegawai-pegawai kerajaan.

Dalam keadaan biasa bagi golongan kenamaan atau individu yang memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan, mereka pastinya ditemani sebilangan ramai pengiring atau escort dalam sesuatu program termasuk memasuki kawasan ibadah sehingga ke barisan paling hadapan berdekatan mimbar.

Bagaimanapun, berbeza pula dengan apa yang dikongsikan Rahim apabila Ismail Sabri yang berbaju Melayu lengkap warna biru muda dan bersongkok hitam dilihat tidak pun ditemani sesiapa, malah, beliau duduk di barisan belakang bersama-sama orang awam.

Memberitahu bahawa Ismail Sabri menunaikan solat di Masjid Putra, Putrajaya hari ini, Rahim pada awalnya tidak menyedari jika individu itu ialah ketua kerajaan sehinggalah Ismail Sabri membentangkan sejadah untuk menunaikan solat sunat dan solat Jumaat.

β€œNak tanya semua, kenal tak siapa dekat dalam gambar ini? Tadi saya solat Jumaat di Masjid Putrajaya, saya nampak susuk tubuh ini masya-Allah, dia masuk masjid. Mula-mula saya tidak perasan siapa dia tapi bila dia sudah bentang sejadah solat sunat di situ sebelum solat Jumaat, dalam hati saya Ya Allah, ini dia (Ismail Sabri).

β€œLama saya tengok, betul dia, baru saya terfikir, mashaallah dia seorang pemimpin tertinggi dekat negara kita ini. Masuk masjid dalam keadaan ramai orang, tiada esscort apa-apa, tak ada apa-apa keistimewaan dibawa oleh bodyguard, bawa ke saf depankah tak ada, dia lambat lambat, duduk di belakang sama macam orang biasa rakyat biasa macam kita.

β€œIni adalah contoh yang patut kita ikut. Satu kualiti kepemimpinan yang kita rakyat Malaysia betul-betul ikut, (beliau) merendah diri dan tidak pernah merasa diri hebat dengan menggunakan keistimewaan dan kuasa untuk membawa bodyguard, escort untuk bawa ke saf hadapan,” katanya meneruis video tersebut.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera daripada UMNO dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan pada 20 Ogos lalu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hilang kepercayaan wakil rakyat.

Beliau sempat menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri kurang dua bulan setelah dilantik Muhyiddin menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi.

Untuk rekod, pada 12 September lalu, tular klip video menunjukkan sekumpulan orang berkumpul di hadapan pintu pagar Masjid Putra yang ditutup dipercayai tidak dapat masuk ke masjid untuk menunaikan solat kerana kuota telah penuh.

Kumpulan berkenaan masih menunggu di masjid berkenaan dan kelihatan seorang lelaki keluar dari sebuah kenderaan mewah dan dibenarkan masuk ke masjid berkenaan diiringi dua lelaki dipercayai pengawal keselamatannya.

Video itu tular dalam media sosial dengan kebanyakannya mempertikai apa yang disifatkan mereka sebagai layanan berbeza terhadap jemaah dan sesama penganut agama.

Pun begitu, Imam Besar Masjid Putra, Ikmal Zaidi Hashim menjelaskan, pihaknya memperuntukkan kuota khusus untuk golongan kenamaan termasuk pegawai kerajaan berpangkat pengarah dan ke atas sebanyak 10 peratus atau 30 daripada 300 tempat untuk mereka setiap kali solat Jumaat. -UTUSAN ONLINE

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Latest Threads General Chat

Top
Log in Register