BTC USD 42,001.9 Gold USD 1,773.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Solat jumaat di musim coronavirus

jaws_am

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
May 29, 2008
Messages
16,244
Reaction score
5,982
Points
321
Dlm kapal terbang xde jarak 1 meter..
Masjid kena jarak 1 meter..

Terima kasih yahudi dan nasrani..
Kami taat dan patuh..

IMG_20210917_092220.jpg


 
Last edited:
Sponsored Post

jaws_am

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
May 29, 2008
Messages
16,244
Reaction score
5,982
Points
321
Mmg terbaik..
Jarak 1.5 meter.. Kiri kanan je ke ?
Depan blkng ? Ada jarak 1.5 meter ?

Terima kasih yahudi dan nasrani..
Kami taat dan patuh..

IMG_20210917_092932.jpg
 

ViperX

Super Active Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
5,109
Reaction score
688
Points
121
Dlm kapal terbang xde jarak 1 meter..
Masjid kena jarak 1 meter..

Terima kasih yahudi dan nasrani..
Kami taat dan patuh..

IMG_20210917_092220.jpg


ada lagi yang tak buka mata sebenarnya ni.

simple logik kan tuan
 

jaws_am

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
May 29, 2008
Messages
16,244
Reaction score
5,982
Points
321
download0917rssolat_1631872748.jpg


Ni cth jarak 1.5meter ke ?

Tak penah dibuat dlm islam..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,352
Reaction score
15,009
Points
2,376
SOLAT JUMAAT | Jemaah Bersyukur Bilangan Ke Masjid Ditambah

Pertambahan jumlah jemaah bagi solat Jumaat di masjid Wilayah Persekutuan daripada 300 kepada 500 orang mulai hari ini, mendapat reaksi positif.

 

jaws_am

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
May 29, 2008
Messages
16,244
Reaction score
5,982
Points
321
20210917_223140.jpg


menyedihkan..

Sorry to say, xde apa2 kelebihan korang solat jumaat berjemaah jika ada orang islam yang dinafikan hak utk solat bersama..

Benda ni klo aku gi cakap depan mufti, mesti dia sentap dan koyak..

Dia akan malu.. Sebab dia sedar.. dia xleh buat apa2..


---

Aku nak hurai ttg masalah keberkatan..
Btw , nak kne bagi tahu.. Aku yg cakap ni pun bnyk buat dosa.. Tapi klo aku x ckp, spe nk cakap ?

Kita diajar ? Keluarkanlah zakat supaya ada keberkatan dlm rezeki yg kita cari..

Tujuan utama sebab nak bg hak kpd mereka yg memerlukan.. Supaya kita dpt membantu yang susah.. Supaya Nikmat Allah sampai kpd semua.. Ianya satu proses ujian.. Orang susah diuji dgn sukar keadaan kehidupannya, orang kaya diuji dgn hartanya..

Allah just nak tgk bagaimana manusia selesaikan ujiannya.. Boleh je Allah aturkan semua dpt rezeki sama banyak.. But benda tu no point, kerana Allah dgn jelas maklum, manusia diutuskan ke bumi utk diuji..

Berbalik kpd isu masjid, skrng ni ada yang sihat dinafikan hak ke masjid, dinafikan hak utk solat bersama, dinafikan hak aminkan doa bersama..

Persoalan..

Bagaimana korang yg solat dimasjid pada hari jumaat nak dptkan keberkatan ?

---

Renungkan..

Aku cakap apa yang aku sedar sedang berlaku..
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,151
Reaction score
2,780
Points
201
Solat Jumaat di masjid: Jangan guna ‘kabel’

September 18, 2021

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Orang ramai diingatkan agar tidak menggunakan ‘kabel’ atau ‘orang dalam’ untuk kebenaran menunaikan solat Jumaat di masjid, sebaliknya mereka perlu datang awal bagi mendapat tempat sebelum solat bermula.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Ahmad Marzuk Shaary berkata, jika tidak ada tempat untuk solat Jumaat berikutan kuota sudah mencukupi, lebih baik pulang solat Zohor di rumah.


Advertisement

Pada masa yang sama, beliau turut mencadangkan orang ramai supaya pergi ke masjid-masjid berhampiran sekiranya masih ada lagi ruang untuk mereka menunaikan solat Jumaat.

“Setiap orang yang mahu solat Jumaat di masjid, tidak perlu guna ‘kabel’ atau pun melalui ‘booking’ (tempah). Jika tempat sudah penuh, lebih baik balik solat di rumah kerana boleh dapat ‘rukhsah’.

“Mereka boleh menunaikan solat Zohor di rumah dan tidak perlu berdiri di pekarangan masjid,” ujarnya.

Katanya lagi, tindakan menggunakan ‘kabel’ akan menimbulkan ketegangan dengan perkara yang tidak elok, seperti terdapat individu yang menyebarkan cerita yang boleh memburukkan institusi masjid.

“Apa yang dilakukan oleh pihak masjid itulah yang terbaik berdasarkan kebenaran prosedur operasi standard (SOP).

“Mereka tak boleh tambah (jumlah jemaah) di luar bidang kuasa mereka. Misalnya, Kelantan hanya membenarkan 40 jemaah untuk solat Jumaat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Program Penyampaian Bantuan Secara Pandu Lalu Kepada Pelajar Cemerlang yang akan melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Seramai 337 pelajar terpilih dari Parlimen Pengkalan Chepa menerima bantuan berjumlah RM250 seorang di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Marzuk lagi, setiap orang kena faham agama (Islam) ini berjalan dengan cara hukum sebenar, bukannya dengan kehendak sendiri.

Beliau turut berpendapat, tempat solat khususnya pada hari Jumaat kadang-kadang sesuai untuk ditempah, tetapi ia perlu dikhususkan contohnya untuk bilal atau kakitangan masjid.

“Kalau tak ada tempat untuk bilal dan kakitangan masjid susah juga nanti,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 18/9/2021
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register