BTC USD 61,149.1 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Solat jumaat di musim coronavirus

Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,835
Reaction score
21,822
Points
1,671
tahniah kpd yg mndapat jemputan utk solat jumaat utk hari ni.
semoga Allah dengar dan makbulkan doa2 hamba2nya hari ni.

ada ker dengar apa2 berita di Pahang ada tak berlaku jangkitan/kluster bila solat jemaah bercampur yg belum vaksin dan yg dah lengkap vaksin?
So org xvaksin ada covid dlm badan dorang ke. Bunyi nya mcm gitu je. Habis anak2 kat rumah yg belum vaksin pun sama? Kena betulkan salah paham tu
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,835
Reaction score
21,822
Points
1,671
Yg terpilih je boleh masuk?

 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
May 13, 2007
Messages
22,682
Reaction score
1,613
Points
201
KENYATAAN MEDIA
MASJID PUTRA, PUTRAJAYA
MENGENAI VIDEO TULAR JEMAAH SOLAT JUMAAT PADA 10 SEPTEMBER 2021

Masjid Putra Putrajaya merujuk sebuah video yang tular mengenai layanan berbeza kepada Jemaah yang hadir solat Jumaat pada 10 September 2021 di Masjid Putra.

Ingin dijelaskan bahawa pengurusan kehadiran Jemaah di Masjid Putra sama ada solat fardhu lima waktu atau Solat Jumaat adalah mematuhi garis panduan dan ketetapan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Bagi Solat Jumaat, kapasiti Jemaah di Masjid Putra telah ditetapkan seramai 300 orang. Daripada jumlah tersebut, pihak pengurusan masjid turut memperuntukkan sejumlah kuota untuk Jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal dan memaklumkan jangkaan waktu ketibaan di masjid bagi memudahkan pihak pengurusan masjid memastikan jumlah kehadiran adalah bertepatan dengan kuota yang ditetapkan.

Tidak dapat dinafikan, saban minggu Masjid Putra menerima kehadiran para Jemaah melebihi kapasiti yang ditetapkan sejak jam 11.00 pagi untuk menunaikan Solat Jumaat. Apabila kapasiti Jemaah telah mencukupi, pihak pengurusan masjid akan menutup pinta pagar utama masjid menyebabkan Jemaah yang hadir kemudiaan tidak dapat memasuki masjid. Pihak masjid memaklum dan menasihatkan para Jemaah secara baik mengenai perkara tersebut.

Bagi memelihara nama baik institusi masjid, pihak pentadbiran masjid akan berusaha sedaya upaya menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah yang terdiri daripada pelbagai kedudukan. Justeru kami bersedia mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan demi memastikan pelanggan setia kami gembira dan berpuas hati dengan khidmat yang diberi. Sebarang cadangan dan maklumbalas bolehlah menghubungi terus pihak Masjid Putra.

Pihak Masjid Putra memohon kemaafan atas kekhilafan yang berlaku dalam hal ini.

Sekian, wassalam.

Masjid Putra,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
11 September 2021
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
30,206
Reaction score
2,251
Points
206

Dr Noordin Abu Bakar - MISTERI 10,000 jemaah tabligh selamat di Mesjid Sri Petaling​

Fenomena "luar biasa" berlaku ketika perhimpunan Jemaah Tabligh di Mesjid Sri Petaling. Semuanya dengan izin dan takdir Allah SWT.​


 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,255
Reaction score
2,882
Points
201
SOP masjid: PUM sambut baik inisiatif Menteri Agama

September 12, 2021

KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyambut baik langkah yang diambil oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Ustaz Idris Ahmad untuk menyemak kembali dan membuat ketetapan baharu mengenai prosedur operasi standard (SOP) masjid dan surau termasuk soal bilangan dan kehadiran jemaah.

Yang Dipertuanya, Dato’ al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, ini berdasarkan kepada permintaan yang dikeluarkan kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menyemak kembali dan membuat ketetapan baharu selaras dengan perkembangan semasa peralihan fasa yang diumumkan pihak kerajaan berasaskan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Semakan semula ini amatlah wajar kerana terdapat beberapa isu yang berlaku di mana rakyat amat merindui kesempatan untuk hadir solat di masjid dan surau yang ada,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kejadian yang tular pada hari Jumaat kelmarin menunjukkan betapa ada rakyat yang sanggup menunggu untuk melaksanakan kewajipan solat di masjid.

Advertisement

“Kami sedar bahawa peraturan sedia ada perlu di hormati oleh semua pihak termasuklah had jumlah bilangan tertentu sahaja dibenarkan ke masjid, jemaah perlu melalui proses pendaftaran dan sebagainya, kerana peraturan tersebut telah diperkenankan oleh KDYMM Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama di peringkat persekutuan dan KDYMM Raja-Raja Melayu yang mengetuai urusan hal ehwal agama negeri-negeri,” ujarnya lagi.

Menurutnya, oleh kerana urusan agama adalah tertakluk kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, maka rakyat mestilah memahami keadaan itu di mana baginda begitu prihatin soal keselamatan dan kesihatan rakyat.


Tambahnya, perkenan daripada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku adalah diperlukan dalam sebarang perubahan SOP berkaitan agama.

Sehubungan itu, kata beliau PUM ingin menasihatkan jemaah yang tidak mendapat panggilan untuk solat di masjid atau tidak dibenarkan masuk kerana had bilangan yang ditetapkan telah mencukupi, sewajarnya melakukan solat di tempat masing-masing.

Menurutnya lagi, mereka yang tidak dapat solat Jumaat itu tidaklah dianggap berdosa di atas tindakan tersebut kerana kewajipan pihak berkuasa untuk mencegah penularan Covid-19 adalah lebih utama.


“Tindakan pengawalan ini termasuk di dalam maqasid syariah, iaitu Hifz al-Nafs (menjaga nyawa),” jelas beliau lagi.

Walaubagaimana pun, ujarnya cadangan daripada Menteri Agama untuk berbincang bersama mufti-mufti amatlah tepat sekali bagi mencapai kata sepakat yang boleh dipersembahkan kepada sultan negeri-negeri selaku ketua agama bagi negeri masing-masing.

Tambahnya, inisiatif untuk berbincang dengan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga sesuatu yang perlu dilakukan segera bagi mendapatkan persetujuan SOP baharu masjid dan surau, sebelum ia dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu bagi mendapat perkenan baginda semua.

“Apa yang menarik perhatian kami adalah kesediaan pihak kerajaan untuk mencadangkan agar surau-surau di beberapa lokasi seperti di pejabat atau di taman-taman perumahan dapat diberikan kelulusan sementara bagi melakukan solat Jumaat berdasarkan SOP yang ditetapkan,” katanya.

Ini, ujar beliau pasti akan memberi ruang yang lebih kepada rakyat untuk melaksanakan kewajipan solat Jumaat dalam suasana pandemik ini.

Beliau berkata, berdasarkan SOP baru yang bakal diperkenalkan nanti, PUM percaya bahawa usaha tersebut akan dapat memberikan impak terutama dari aspek kesejahteraan psiko-spiritual rakyat yang sangat memerlukan kekuatan rohani buat masa ini setelah sekian lama terhalang untuk melakukan ibadah di masjid dan surau.

“Akhir sekali, PUM mendoakan sesuatu yang terbaik dapat diusahakan di bawah inisiatif YB Menteri Agama bagi kesejahteraan bersama Keluarga Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 12/9/2021
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376
SOLAT JUMAAT | Jumlah Jemaah Ditingkatkan

Jumlah jemaah bagi solat Jumaat di Wilayah Persekutuan termasuk Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ditingkatkan kepada 500 orang berkuat kuasa esok.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register