Solat jumaat di musim coronavirus

CG Sponsors




akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,491
Reaction score
2,008
Points
201
Semayang berjemaah pahala sama je di mana2
1609401204192.jpeg

Pahala = dapat memupuk kasih sayang & penyatuan, surga la tu :D

 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,491
Reaction score
2,008
Points
201
Senario takut mati
Takut kobid drp kobis

——-
Nie laa video sy rakam sendiri surau di hadapan rumah biras sya, sya dtg semasa anak nya bertunang di Kapar Klang selangor,

Berhampiran dgn kilang top glove, pekerjanya 24.000 org, semua pekerjanya, penduduk tempatan, semasa sya nompang solat di surau tsb, hanya 3 org shj makmumnya,

Sya tanya biras sya, kenapa sikit sangat yg dtg bersolat??, Biras sy Jwb: takut covid 19, klu sayur kobis 9 bakul ada di surau tsb, mungkin ramai org dtg mengambilnya

Siapa ahli group rajin kopi+teh boleh lah post kpd semua group bila hampir masuk waktu solat, spt tok Bilal di group VATM politik, mengingatkan ahli group waktu solat (bukan video merapu meraban)
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
24,216
Reaction score
1,872
Points
206
alhamdulillah den dapek kuota solat jumaat di masjid seksyen 16 hari tu...
kuota 300 org ajo, deme bukak hari khamis trus daftar via mymasjidpro

nxt week nk try masjid negeri shah alam ...

surau2 & masjid2 dh boleh solat jemaah, surau taman den kuota 40org ajo jemaah 5 waktu tapi yg dtg solat lebih 50 org ekekekekeke (rujuk buku pendaftaran maso nk masuk surau)
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,491
Reaction score
2,008
Points
201
Rujuk cara Islam atasi wabak – GU
January 12, 2021
Foto-arkib-Harakahdaily-696x463.jpeg

KUALA LUMPUR: Dalam usaha kerajaan menangani pandemik Covid-19 yang semakin merunsingkan, Pertubuhan Pendukung dan Pencinta Ulama (Geng Ustaz) mengajak umat Islam kembali merujuk kepada Islam.

Presiden Pertubuhan Pendukung dan Pencinta Ulama (Geng Ustaz), Ustaz Kamalulhysham @ Farhan Mohd Suhu berkata, beristigfar, bermunajat dan sebagainya sentiasa diperingatkan namun dalam masa sama program di kaca televisyen masih menyiarkan rancangan berbentuk realiti hiburan yang melampau dan lagha.


“Dalam kita menghadapi pandemik ini kena rujuk kembali kepada Islam kerana bila diuji oleh Allah SWT, Allah berfirman ‘kamu kena rujuk kembali kepada Aku dalam keadaan kamu merendah diri’.

“Kamu perlu muhasabah diri sebab apa sahaja yang berlaku di atas muka bumi ini bukan sahaja merupakan ujian daripada Allah tetapi kena ingat bagi pihak kita, maksiat yang dilakukan,” jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Mengulas lanjut Ustaz Kamalulhysham berkata, kadang-kadang maksiat yang dilakukan itu dalam maksiat politik, pemimpin yang rakus, merebut kuasa dan kesannya kepada rakyat.

Justeru itu, beliau menyeru seluruh peringkat kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pihak agama Islam negeri-negeri begitu juga dengan individu-individu khususnya orang yang beriman untuk rujuk kembali kepada Allah SWT.

“Oleh kerana kita bermuamalah (berurusan) dengan makhluk Allah yang bernama Corona, jadi kita perlu kembali kepada Allah yang menciptakan seluruh makhluk di atas muka bumi ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berpendapat tindakan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agak terlambat memandangkan jumlah angka kes hari demi hari semakin besar.

“Saya khuatiri PKP ini tidak memberi impak yang baik kepada tujuan atau objektif diadakan untuk menyekat penularan Covid-19,” katanya.

Ustaz Kamalulhysham dihubungi Harakahdaily bagi mengulas situasi negara yang berlaku pada hari ini ekoran pandemik Covid-19 mencanak naik kes jangkitan mencecah empat angka saban hari sejak kebelakangan ini.

Sehubungan itu semalam, kerajaan mengambil langkah mengumumkan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara mulai Rabu (esok) 13 Januari sehingga 26 Januari.

Langkah ini dibuat selepas mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang meramalkan kes harian akan mencecah 8,000 pada Mac depan sekiranya nilai kebolehjangkitan (RO) melepasi kadar 1.2.

Pelaksanaan semula PKP, PKPB dan PKPP bertujuan melandaikan dan menurunkan semula kes jangkitan Covid-19.

Penularan wabak Covid-19 di negara ini berada di tahap kritikal.

Sehubungan itu, pada hari ini Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan meluluskan pelaksanaan Pengisytiharan Proklamasi Darurat sehingga 1 Ogos, 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Perkenan itu dibuat selepas baginda memperhalusi cadangan itu yang dipersembahkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Negara, petang semalam. – HARAKAHDAILY 12/1/2021
 

rasyid.ahmad

Fun Poster
Joined
Feb 15, 2017
Messages
265
Reaction score
96
Points
20
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/...ditangguh-akad-nikah-secara-sidang-video-jais

Di Selangor baru-baru ni, JAIS dah membenarkan solat fardu dan solat jumaat mulai 4 Januari 2021.
Masjid dan surau boleh masuk 40 orang jemaah.
Ni dah PKP balik, mulai 13 Januari 2021 hanya dibenarkan 5 jemaah sahaja. Itu pun di kalangan AJK.

Pelik lah badan penguasa agama ni.
Diorang yang rangka SOP, tapi diorang seolah-olah tak yakin dgn SOP yg diorang gariskan.
Bagi saya tak ada masalah pun kalau jangan hadkan bilangan jemaah.
InsyaAllah jemaah yg selalu datang ke masjid dan surau boleh patuh SOP.

Berapa kes jangkitan yang berpunca dari masjid/surau?
Mungkin boleh bilang dgn jari berbanding kluster tapak bina/tempat kerja
(tidak termasuk kluster Seri Petaling sebab kes masih baru time tu dan belum pun ada SOP)
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
24,216
Reaction score
1,872
Points
206
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/...ditangguh-akad-nikah-secara-sidang-video-jais

Di Selangor baru-baru ni, JAIS dah membenarkan solat fardu dan solat jumaat mulai 4 Januari 2021.
Masjid dan surau boleh masuk 40 orang jemaah.
Ni dah PKP balik, mulai 13 Januari 2021 hanya dibenarkan 5 jemaah sahaja. Itu pun di kalangan AJK.

Pelik lah badan penguasa agama ni.
Diorang yang rangka SOP, tapi diorang seolah-olah tak yakin dgn SOP yg diorang gariskan.
Bagi saya tak ada masalah pun kalau jangan hadkan bilangan jemaah.
InsyaAllah jemaah yg selalu datang ke masjid dan surau boleh patuh SOP.

Berapa kes jangkitan yang berpunca dari masjid/surau?
Mungkin boleh bilang dgn jari berbanding kluster tapak bina/tempat kerja
(tidak termasuk kluster Seri Petaling sebab kes masih baru time tu dan belum pun ada SOP)
den stuju, baru ajo dapek jemaah kek surau masjid tibo2 dah sekat balik.

terbukti skg SOP masjid surau lah paling terbaik di ikuti oleh jemaah yg dtg solat
 

rasyid.ahmad

Fun Poster
Joined
Feb 15, 2017
Messages
265
Reaction score
96
Points
20
https://malaysiagazette.com/2021/01/14/jangan-rantai-masjid-secara-berlebihan/


Jangan ‘rantai’ masjid secara berlebihan
By
admin
-
14 January 2021

MGF061120_TINJAUAN-SOLAT-JUMAAT-8.jpg

Jemaah masjid mematuhi SOP bersolat sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia.


Saudara pengarang,

Saya senaraikan enam sebab yang menjadikan masjid tempat perhimpunan yang paling selamat di musim pandemik Covid-19 ini.

Jemaah masjid sentiasa memakai pelitup muka sepanjang berada di masjid, tidak seperti di kedai makan dan medan selera di pasaraya gergasi, yang membuka pelitup muka untuk makan dan minum. Saya sendiri tidak membuka pelitup muka semasa memberi kuliah dan mengimamkan solat.

Jemaah masjid akan menghabiskan 90% masanya di satu tempat tertentu dalam masjid, iaitu di tempat dia bersolat wajib dan sunat, tanpa bergerak ke sana ke mari, tidak seperti pengunjung-pengunjung pasaraya dan tempat-tempat lain. Kurangnya pergerakan individu mengurangkan risiko bersentuhan dan jarak kurang satu meter.

Jemaah masjid menghabiskan 90% masanya dalam masjid dengan berdiri dan duduk di atas sejadah masing-masing, tidak seperti pengunjung kedai makan yang duduk di atas kerusi dan makan di meja yang digunakan silih berganti, tanpa apa-apa alas peribadi yang dibawa dari rumah.

Peraturan jalan sehala lebih mudah diamalkan di masjid kerana faktor waktu masuk dan waktu keluar. Jemaah masjid masuk di awal waktu, dan keluar selepas selesai menunaikan solat berjemaah. Hanya lima waktu sahaja sehari semalam. Pengunjung pasaraya dan kedai makan keluar masuk secara berterusan sepanjang masa operasi, menyebabkan disiplin terhadap peraturan jalan sehala sukar dikawal.

Jemaah masjid akan berwuduk terlebih dahulu sebelum masuk ke masjid untuk solat. Jika pun air tidak mematikan virus, sekurang-kurangnya air mengalir yang membasuh muka, tangan dan kaki boleh membawa pergi kuman yang ada. Ini tambahan kepada prosedur menyucikan tangan dengan bahan sanitasi yang disediakan di pintu masuk masjid.

Kita tidak dengar lagi kluster masjid yang besar sesudah kes di masjid tempat perhimpunan jemaah tabligh dahulu, yang berlaku ketika rakyat belum ada kesedaran tentang Covid-19 dan belum ada lagi SoP seperti hari ini. Ini bukti bahawa masjid adalah tempat berhimpun paling selamat selagi SoP yang ditetapkan boleh dipatuhi.

Semoga tulisan ini boleh membuka mata pihak-pihak yang berwajib supaya tidak “merantai” masjid secara berlebihan berbanding kedai makan dan pasaraya.

Hukum diletak atas realiti. Realiti masjid sudah tentu berbeza dengan realiti tempat-tempat lain. Selepas berlalu tempoh masa lebih 10 bulan amalan SoP masjid diamalkan, sayugia realiti itu diteliti semula, agar letak duduk hukum dapat ditempatkan dengan tepat sepanjang masa.

Hazizi Ab Rahman
Naib Presiden BERJASA
 
Sponsored Post
Top
Log in Register