Solat jumaat di musim coronavirus

CG Sponsors




dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,299
Reaction score
1,674
Points
206
Den cadangkan gomen bukak balik surau masjid walaupun dlm pkpb, sbb dah terbukti org masjid+surau yg paling disiplin ikut SOP penjarakan dsb. Solat ikut jarak & trus blah lps solat tak lepak2 lama kek surau/masjid

paling2 lamo 30min lah dok surau masjid termasuk buang air+wuduk+solat jemaah+solat sunat

korang bayangkan walaupun pkpb, tapi boleh lepak kek restoren lebih dpd 30min atau dkt sejam,

lepak2 pusing2 mall sampai 2-3 jam ok pulak bersesak2 tahapo2 ntah panic buying

tolonglah gomen bukak balik surau masjid

kami nak solat jemaah...klu x silap dgr ustaz kato mano2 tompek ibadah surau masjid yg ramai org dtg makmurkan dgn solat, zikir & majlis ilmu, malaikat & binatang2 akan doakan selamat kpd org2 dlm masjid tu

lepak mall ramai2 buang maso, ado malaikat nk doakan pelepak2 tu?

geram btol aku
 
Sponsored Post

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
9,065
Reaction score
1,719
Points
151
Covid-19: Ulama, agamawan perlu cari penyelesaian bersama
SAIFULLAH AHMAD | | 31 Oktober 2020
Sabtu | 31 Oktober 2020
868724.jpg

Mohd Kazim bersama warga Rumah Ngaji Teluk Muroh selepas menyampaikan ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul anjuran Rumah Ngaji Teluk Muroh di Pusat Komuniti Teluk Muroh hari ini.
LUMUT - Golongan ulama dan agamawan perlu duduk semeja bagi bersama-sama mencari penyelesaian serta penawar koronavirus (Covid-19) mengikut panduan al-Quran dan hadis nabi.
Pendakwah terkemuka, Datuk Mohd Kazim Elias berkata, melihat kepada keadaan Covid-19 yang masih belum reda malah terus meningkat, umat Islam tidak boleh terus bergantung kepada usaha sedia ada.
Menurutnya, wabak yang melanda dunia itu bukan sahaja mewujudkan kebiasaan baharu di dalam masyarakat malah turut menuntut pengubahsuaian dalam agama yang bertentangan dengan ajaran Nabi Muhammad SAW.
"Golongan agamawan berautoriti seperti mufti dan sebagainya perlu berbincang semula tentang perkara ini. Kaji balik bersama pakar-pakar Islam yang lain dalam pelbagai bidang untuk mencari jalan penyelesaian.
"Kita tidak boleh selama-lamanya begini dan hanya mengikut prosedur operasi standard (SOP) mereka. Saya sarankan agar kita kembali kepada al-Quran dan hadis nabi dalam mencari penyelesaian terbaik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas mengadakan ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul anjuran Rumah Ngaji Teluk Muroh, di Pusat Komuniti Teluk Muroh di sini hari ini.
868723.jpg

Mohd Kazim menyampaikan ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul anjuran Rumah Ngaji Teluk Muroh di Pusat Komuniti Teluk Muroh hari ini.
Menurutnya, masyarakat Islam melihat kehadiran Covid-19 menjurus kepada satu bentuk pengubahsuaian dalam bentuk agama sebagai contoh penjarakkan dalam solat sedangkan Islam mementingkan saf dirapatkan.
Dalam pada itu, Mohd Kazim turut mencadangkan agar kaedah perubatan Islam seperti disyorkan oleh Nabi Muhammad SAW digunapakai dalam membendung serta mencari penawar untuk virus tersebut.
"Kita gunakan ubatan sunnah sebab hari ini sampai sekarang mereka katakan tidak ada ubat atau vaksin sedangkan nabi kata madu itu adalah penyembuh, habbatus sauda adalah penyembuh. Jadi kenapa tidak menggunakan perawatan Nabi Muhammad SAW tersebut untuk menyembuhkan.

"Kenapa kita sendiri tidak yakin dengan ajaran nabi, ajaran al-Quran sedangkan kitalah sepatutnya menjadi duta kepada nabi kita, duta al-Quran kita," katanya.
Beliau berkata, pakar-pakar dalam kalangan umat Islam perlu ke hadapan menggunakan kaedah dan saranan al-Quran serta hadis dalam mengawal virus ini.
Sementara itu, Mohd Kazim turut mencadangkan agar bacaan zikir tertentu dan ayat-ayat al-Quran yang boleh menjadi penyembuh serta penenang diperdengarkan kepada seluruh masyarakat.
Katanya, pelbagai saluran boleh digunakan sama ada menerusi media elektronik dan media sosial untuk memperluaskan bacaan tersebut.
"Mungkin perkara itu boleh dijadikan sebagai salah satu usaha untuk mengawal penularan Covid-19 dan memberi ketenangan kepada masyarakat," katanya.
© 2018 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2018 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
9,065
Reaction score
1,719
Points
151
Ustaz marah regulation umrah di limitkan umur

 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
9,065
Reaction score
1,719
Points
151
Islam di buli Lagi
——-
Assalamualaikum. Adakah saya membantah SOP ?... - Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias | Facebook
Assalamualaikum.
Adakah saya membantah SOP ?
Sekolah sy mengamalkan penjarakkan sosial, jemaah jugak bersolat sepertimana diarahkan kedudukkannya.Drp bacaan suhu sehingga mencatat nama dan My Sejahtera jgk dilakukan.
Kami mengadakan ujian Swab sebanyak 2 kali seperti mana diarahkan.
Sepanjang sy berceramah sy tidak pernah mengajak orang membantah SOP apatah lg jika melibatkan aspek agama kerana ianya dipersetujui oleh bahagian fatwa.
Cuma sy menyuarakan rasa susah hati, melihat keadaan masjid, surau dan yg berkaitan.Bukan senang nak tarik orang ke masjid.
Sy cuma mengajak utk melihat drp sudut lain bagaimana membendung wabak drp segi pengubatan,pencegahan, kaedah yg boleh diterima masyarakat Islam umumnya.Sehingga ada yg mempertikaikan tentang madu dan habbatusauda yg sy sebut sedangkan sy cuma membuat perbandingan umum.Takkan tidak ada cara terbaik yg dibawa olen Nabi saw dan panduan terbesar iaitu Al Quranul Karim didlm menyelesaikan sesuatu.Kita telah mengikut segala yg diarahkan maka apa salahnya kita mengambil pulak sesuatu yg ada didlm Islam.
Antaranya jgk mengkaji sumber berita yg diterima spy kita tidak ditimpa sesuatu musibah yg lain.Al Quran jgk mengajar kita menjadi Tabaiyun.
Sy sgt yakin adanya penyelesaian terbaik bersumberkan Al Quran dan Hadis didlm perkara ini.Salahkan sy memohon kpd ilmuan, agamawan dan pakar profesional Islam duduk berbincang apa sebenarnya wabak ini kerana wabak ini seolah2 ‘mengganggu’ cara ibadah. Adakah Allah menurunkan sesuatu wabak yg akan menganggu suatu sunnah yg dibawa oleh NabiNya?
Dan jika Allah menurunkan sesuatu musibah maka Nabi jgk mengajar kita bagaimana cara melakukan ibadah dlm keadaan musibah tersebut.
Sy akui sy kurang ilmu memang takdak ilmu pun..tp sy cuma menyuarakan pendapat dan dlm masa yg sama sy jgk mematuhi pelbagai SOP yg ditetapkan.Adakah menjadi suatu kesalahan menyuarakan pendapat sehingga meminta sy ditahan pihak berkuasa?
Sy insan yg lemah dan sy memohon ampun dan maaf kerana salah memberikan pandangan.


 

nationagainstzionist

Super Active Member
Joined
Oct 17, 2012
Messages
5,724
Reaction score
201
Points
83
Klu WHO , keluarkan sop , solat x boleh sujud dilantai, krna virus boleh merebak melalui lantai , percayalah ikut semua mereka ini , dgn Rasullullah benarkn sujud kasi rendah drpd ruku ' shja kalau sakit..mcm mereka buat syariat solat sujud atas kerusi
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
9,065
Reaction score
1,719
Points
151
PU zaman skolahkan geng konspirasi

 
Sponsored Post
Top
Log in Register