Solat jumaat di musim coronavirus

CG Sponsors

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
9,062
Reaction score
1,719
Points
151
1603533437503.png

Jauh kan saf di masjid
Rapatkan saf di hati
 
Sponsored Post

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
9,062
Reaction score
1,719
Points
151
Ustaz kazim marah tutup mesjid

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,422
Reaction score
441
Points
131
masjid kat tempat aku masiih full house lagi...

walaupun terpaksa jarak saf

ajk masjid je la...pening kepala nak adjust

tak cukup ke SOP pakai mask, hand sanitizer semua..

time dgr khutbah bukan berborak ke, makan ke...

ramai diam je... lelap kan mata
 
akukuli

Active Member
Joined
Oct 17, 2013
Messages
2,272
Reaction score
79
Points
35
Ye betul tu.. Bkn setakat antara saf je gap jauh, jemaah nk ke masjid pn di limit.. Sape punya idea ntah, sebesar2 surau tu 6 org je smyg. Padahal boleh je gilir2

Tu yg x sempat kt highway, surau rnr tutup, petrol pam tutup, berapa ramai x smyg..
 
guri2demon

Active Member
Joined
Mar 17, 2010
Messages
1,753
Reaction score
346
Points
51
Ye betul tu.. Bkn setakat antara saf je gap jauh, jemaah nk ke masjid pn di limit.. Sape punya idea ntah, sebesar2 surau tu 6 org je smyg. Padahal boleh je gilir2

Tu yg x sempat kt highway, surau rnr tutup, petrol pam tutup, berapa ramai x smyg..
Sekarang kat selangor memang surau kat rnr dgn stesen minyak banyak tutup masa pkpb.

Bagi aku senang je, anggap je kita ni bukan kat negara yg ada kemudahan surau.
Aku beli tikar kecik kat kedai rm2.bwk sejadah.bwk air 2 botol kecik.
Bentang je mana2 tempat bersih.

Sediakan surau bukan tanggungjawab tokey stesen minyak,
tapi solat tu tanggungjawab setiap muslim.
 
akudotcom

Super Active Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
9,062
Reaction score
1,719
Points
151
Sesuaikan amalan norma baharu di masjid, surau
24bhsolatpkpb_1603507507.jpg
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangguhkan solat Jumaat dan lima waktu berjemaah serta aktiviti pengimarahan lain di surau, masjid dalam tempoh PKPB. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin
SEBAHAGIAN masyarakat menganggap garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) membabitkan kegiatan agama sebagai menyusahkan dan tidak patut dilakukan kerana bertentangan dengan syariat Islam.

Ramai juga melihat masjid dan surau seolah-olah dianaktirikan dengan SOP ketat, sebaliknya premis seperti pasar raya, pasar awam serta kedai makan dibenarkan beroperasi secara berbeza.

Dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang, ibadat masjid dan surau dihentikan sedangkan premis dan aktiviti ekonomi terpilih dibenarkan.

Larangan ini menimbulkan tidak puas hati kepada mereka yang terbiasa solat berjemaah dan menjadikan masjid tempat pertemuan dengan rakan sekariah serta pusat aktiviti keilmuan.

Justeru, masyarakat wajar dijelaskan kebarangkalian jangkitan jika norma baharu tidak diikuti ketika berada dan menunaikan ibadat di tempat terbabit.

Virus penyebab COVID-19 tersebar melalui cecair pernafasan (termasuk air liur) mencemari udara, tangan dan permukaan.

Jika seseorang dijangkiti datang ke masjid, ia boleh tersebar sekiranya tangan tercemar memegang pili air, pemegang pintu dan bersalaman dengan jemaah lain.

Jemaah berhampiran berisiko menghidu udara tercemar sekiranya individu terbabit bersin, batuk dan bercakap.

Sejadah paling mudah dicemari kerana ketika sujud, cecair pernafasan mudah terpercik ke permukaannya.

SOP dikeluarkan Majlis Agama Islam Negeri adalah untuk meminimumkan risiko jangkitan COVID-19. Ia diputuskan berdasarkan saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Bagaimanapun, ada banyak rungutan orang awam kerana masjid dilihat terlalu 'ekstrem' hingga menyukarkan untuk menunaikan solat berjemaah, termasuk apabila berada di luar kawasan.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) contohnya, menangguhkan solat Jumaat dan lima waktu berjemaah serta aktiviti pengimarahan lain dalam tempoh PKPB. Solat berjemaah hanya boleh dilaksanakan dengan tidak melebihi 6 jemaah.

COVID-19 dijangka menjadi endemik (seperti influenza) di seluruh dunia. Ini bermakna, virus akan sentiasa ada di dalam komuniti selagi imuniti kelompok belum dicapai.

Timbul persoalan apakah institusi keagamaan perlu terus ditutup atau dihadkan kepada orang ramai tetapi sampai bila?

Masjid dan surau boleh dibuka kepada orang awam dengan SOP lebih teratur berserta penerangan jelas.

Pembukaan semula Masjidil Haram dan Masjid Nabawi kepada orang awam, patut dicontohi. Bilangan jemaah ditetapkan mengikut keluasan masjid.

Sistem tempahan untuk solat berjemaah dicadangkan untuk dilaksanakan seperti di kedua-dua masjid itu.

Ia harus memberi keutamaan kepada jemaah tidak mempunyai sakit kronik dan golongan berisiko tinggi mendapat komplikasi serius jika dijangkiti.

Pengguna sistem ini perlu mempunyai komitmen tinggi untuk hadir pada tarikh dan waktu tempahan.

Sekiranya tidak dapat hadir jika ada halangan, pembatalan tempahan harus dibuat supaya dapat memberi laluan kepada jemaah dalam senarai menunggu.

Sesetengah masjid atau surau juga memberikan keutamaan solat Jumaat kepada jemaah hadir awal. Masjid dibuka seawal jam 11.45 pagi dan pagar masjid ditutup apabila kuota mencukupi.

Dalam keadaan pandemik, disarankan agar kita tidak berada lama pada satu-satu tempat dalam satu-satu masa bersama ramai orang.

Oleh itu, amalan itu dicadangkan diubah kepada sistem tempahan dan penggiliran bagi meminimumkan jumlah jemaah pada satu-satu masa.

Dalam konteks sumbangan ke tabung masjid, disarankan ia hanya menggunakan perbankan dalam talian, bukan lagi tabung fizikal, terutama tabung bergerak ketika solat Jumaat.

Pandemik COVID-19 menyebabkan kita perlu mengamalkan norma baharu untuk memutuskan rantaian jangkitan. Kita tidak harus terus merungut dengan SOP terbabit, sebaliknya cuba menyesuaikan diri secara kreatif dan inovatif.

Walaupun sukar mendengar ceramah dan memberi sumbangan di masjid, kita boleh menggunakan teknologi. Untuk solat berjemaah, cuba dapatkan slot di masjid atau kita boleh berjemaah bersama ahli keluarga di rumah.

Bagi institusi masjid dan surau, SOP perlu dibuat berdasarkan situasi semasa, saiz ruang serta jumlah pekerja atau sukarelawan. Satu SOP tidak boleh diguna pakai oleh semua masjid atau surau.

Penulis adalah Pakar Mikrobiologi Klinikal dan Pakar Kesihatan Awam di Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia
 
CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,422
Reaction score
441
Points
131
Sesuaikan amalan norma baharu di masjid, surau
View attachment 302204Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangguhkan solat Jumaat dan lima waktu berjemaah serta aktiviti pengimarahan lain di surau, masjid dalam tempoh PKPB. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin

jarak sangat ni..

kalau sembahyang jumaat

mmg tak cukup la tempat.. kena rapat sikit
 
Sponsored Post
Top
Log in Register