Solat jumaat di musim coronavirus

CG Sponsors




dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
20,702
Reaction score
1,533
Points
206
Rabu, 8 Julai 2020 | 9:58am

CARI

29bhhaso_1594173771.jpg

Selain masjid, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memperkenankan solat Jumaat di Perak dibenarkan untuk dilaksana di semua surau yang berdaftar dengan MAIPk bermula Jumaat ini. - Foto fail NSTP
Sultan Perak perkenan solat Jumaat di surau seluruh Perak
Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
[email protected]
KONGSI ARTIKEL

Share


Tweet



IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan solat Jumaat di Perak turut dibenarkan untuk dilaksana di semua surau yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), bermula Jumaat ini susulan dari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Pegawai Eksekitif MAIPk, Shahrul Azam Shaari, berkata titah perkenan itu adalah selepas menimbangkan sembah nasihat daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, dengan merujuk garis panduan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.


Katanya, kebenaran itu turut meliputi surau yang terdapat di institusi pendidikan, kem tentera, berek polis, jabatan, serta pejabat kerajaan yang mempunyai ruang keluasan solat yang sesuai serta berupaya memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Bilangan ahli solat Jumaat di surau berkenaan adalah berasaskan had kapasiti keluasan sebenar ruang utama dewan solat dengan mengambil kira SOP yang menetapkan jarak satu meter di antara jemaah.

"Bagaimanapun kehadiran menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau pada masa ini hanya dibenarkan kepada warganegara Malaysia dengan identiti jemaah yang hadir hendaklah disemak dan direkodkan sebelum dibenarkan memasuki ruang solat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, amalan tambahan yang beriringan dengan solat fardu seperti solat sunat Qabliah dan Ba'diah, wirid sesudah solat dan kuliah antara waktu solat Maghrib dan Isyak, serta kuliah selepas solat Subuh turut boleh dilaksana, namun dalam tempoh tidak melebihi 30 minit, berpandukan pematuhan garis panduan dan SOP yang ditetapkan.

"Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan mengeluarkan syarat dan kriteria berserta garis panduan yang perlu dipenuhi oleh sesebuah surau untuk menganjurkan solat Jumaat, selain akan mengeluarkan senarai surau yang memenuhi kriteria untuk melaksanakan solat Jumaat semasa tempoh PKPP.

"Arahan dan ketetapan ini hendaklah terpakai dan berkuat kuasa serta-merta sehingga terdapat sebarang arahan baharu yang dikeluarkan daripada MAIPk," katanya.

 
Sponsored Post

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,114
Reaction score
1,394
Points
151
Sabtu, 4 Julai 2020 | 8:30am

CARI

View attachment 256913
Gambar hiasan
Tunai Zohor 30 minit selepas solat Jumaat didirikan
Ruwaida Md Zain
[email protected]
Share
Tweet


SHAH ALAM: Jemaah yang tidak menerima jemputan bagi menunaikan solat Jumaat dinasihatkan menunaikan solat Zohor selepas 30 minit solat Jumaat didirikan.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid menerusi Facebook Jabatan Mufti Negeri Selangor malam tadi berkata, jemaah yang tidak mendapat jemputan solat Jumaat di mana-mana masjid atau surau kebenaran Jumaat, mereka hendaklah mendirikan solat Zohor secara berjemaah di surau.


"Jemaah dinasihatkan supaya dapat menunaikan solat Zohor selepas 30 minit masuk waktu supaya tidak mendahului solat fardu Jumaat di masjid atau surau kebenaran Jumaat yang berhampiran.

"Dalam tempoh sebelum menunaikan solat bolehlah diisi dengan bacaan al-Quran atau zikir," katanya.

Rabu lalu, media melaporkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membenarkan semua masjid dan surau dibuka untuk mendirikan solat Jumaat, berkuat kuasa 3 Julai (semalam).

Menurut Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, berkata Sultan Selangor juga berkenan semua masjid dan surau di Selangor dibuka semula untuk mendirikan solat fardu lima waktu secara berjemaah dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Bagaimanapun, bilangan jemaah yang dibenarkan mendirikan solat pada satu-satu masa dihadkan.
selagi vaksin tidak ditemui
Selagi itu la saf di jarakkan di mesjid/surau

1594180791601.jpeg


Walaubagaimanapun mari lah kita menyusun rapat2 kan saf di luar kehidupan kita

chewahhhh;)
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,362
Reaction score
553
Points
126
biar la tok haji warga emas warga pencen penuhkan solat jumaat. nanti tak cukup jemaah pandailah orang masjid hantar kad jemputan. pengurusan masjid hanya ikut arahan.

sapa tak puas hati komplen pada pihak atas sekali tu. kalau berani la
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,114
Reaction score
1,394
Points
151
biar la tok haji warga emas warga pencen penuhkan solat jumaat. nanti tak cukup jemaah pandailah orang masjid hantar kad jemputan. pengurusan masjid hanya ikut arahan.

sapa tak puas hati komplen pada pihak atas sekali tu. kalau berani la
warga emas masih tak di benarkan kan?
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
20,702
Reaction score
1,533
Points
206
warga emas masih tak di benarkan kan?
tapi kek surau den ni jemaah yg dtg 50% yg ramai warga emas 60 ke atas, dan ado yg bwk anak2 bawah 15thn walaupun syarat 15thn ke bawah x bleh ke surau/masjid
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,274
Reaction score
21,044
Points
1,671
Berdosa besar cuai solat Jumaat

IPOH - Lelaki Muslim diingatkan tidak meninggalkan atau meremehkan solat Jumaat dengan sengaja tanpa keuzuran di sebalik kelonggaran syarak sebelum ini susulan penularan pandemik koronavirus (Covid-19).


Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, lelaki Muslim wajib menunaikan solat Jumaat seperti dalil al-Quran dan hadis sahih berkaitan pensyariatan solat Jumaat, dosa serta ancaman bagi individu meninggalkan kewajipan itu tanpa keuzuran yang dibenarkan syarak.

"Isu pandemik Covid-19 sebagai salah satu keuzuran yang dibenarkan syarak kepada sebahagian besar lelaki Muslim untuk tidak menunaikan solat Jumaat dalam tempoh beberapa minggu lalu adalah satu perkara yang mempunyai kewajaran dari sudut syarak bagi mengekang penularan wabak tersebut.

"Masjid-masjid kemudiannya dibenarkan menunaikan solat Jumaat secara berperingkat-peringkat dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan tetapi masih belum mampu menampung bilangan lelaki yang wajib menunaikan solat Jumaat," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini.

Bagaimanapun, Zamri berkata, jika surau yang didaftarkan di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dibenar mengadakan solat Jumaat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai Jumaat ini, tiada lagi alasan untuk masih cuai dan meremehkan solat Jumaat.

Jelasnya, antara bentuk tindakan meremehkan solat Jumaat dalam kalangan masyarakat termasuklah sengaja tidak pergi solat Jumaat walaupun nama tersenarai di dalam giliran menunaikan solat Jumaat atau sengaja memberikan giliran solat Jumaat kepada orang lain sedangkan tiada keuzuran syarak kepada dirinya.

Selain itu, tidak berusaha memaklumkan kepada ahli jawatankuasa masjid untuk menunaikan solat Jumaat dan tidak berusaha datang awal ke masjid untuk solat Jumaat juga merupakan sebahagian perbuatan meremehkan solat Jumaat.

Dalam pada itu, beliau berkata, berdasarkan keputusan membenar semua surau melaksanakan solat Jumaat itu, semua ahli jawatankuasa masjid wajib memastikan semua surau yang berada di dalam kariah mereka berusaha menampung jemaah lelaki yang tidak dapat menunaikan solat Jumaat di masjid atau Surau Diri Jumaat sedia ada.

"Bukan setakat membiarkan surau berkenaan memilih untuk melaksanakan solat Jumaat atau tidak kerana maksud kebenaran itu adalah untuk membolehkan semua lelaki Muslim solat Jumaat setiap minggu.

"Jangan sampai ada di kalangan lelaki-lelaki Muslim merasa lazat untuk berterus-terusan meninggalkan solat Jumaat sewenang-wenangnya begitu sahaja," katanya.

Hari ini, MAIPk dalam satu kenyataan memaklumkan semua surau di Perak yang berdaftar dengan MAIPk dibenar melaksanakan solat Jumaat sepanjang tempoh PKPP bermula 10 Julai ini.

Kebenaran tersebut turut diberikan kepada surau-surau institusi pendidikan, kem tentera, berek-berek Polis Diraja Malaysia (PDRM), jabatan dan pejabat-pejabat kerajaan yang mempunyai ruang keluasan solat yang sesuai bagi memenuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
20,702
Reaction score
1,533
Points
206
11.15 AM - AKU GAGAL MASUK MASJID PAGI TADI

- den poie masjid shah alam awal dlm 11am, dgn harapan dapeklah masuk lepak bwk laptop buek kojo kek meja dlm tu
- ruponyo smuo pintu masuk tutup, kecuali depan & tepi masjid
- dikawal oleh jaga2 yg ramai lebih 10 org dkt pagar
- sampai ajo kek pagar kena tahan, encik nk solat jumaat? ada [email protected] kebenaran jumaat?
- den jawab dh isi borang online tapi takdo jawapan
- jaga ckp maaf encik takda pas tak boleh masuk, sila ke depan & buat u-turn keluar ye
- masuk dkt pagar masjid & uturn keluar balik rumah

sampai rumah & bukak laptop udate kek CG

hampa & kuciwa aku
 

pijoe

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
13,283
Reaction score
1,213
Points
221
11.15 AM - AKU GAGAL MASUK MASJID PAGI TADI

- den poie masjid shah alam awal dlm 11am, dgn harapan dapeklah masuk lepak bwk laptop buek kojo kek meja dlm tu
- ruponyo smuo pintu masuk tutup, kecuali depan & tepi masjid
- dikawal oleh jaga2 yg ramai lebih 10 org dkt pagar
- sampai ajo kek pagar kena tahan, encik nk solat jumaat? ada [email protected] kebenaran jumaat?
- den jawab dh isi borang online tapi takdo jawapan
- jaga ckp maaf encik takda pas tak boleh masuk, sila ke depan & buat u-turn keluar ye
- masuk dkt pagar masjid & uturn keluar balik rumah

sampai rumah & bukak laptop udate kek CG

hampa & kuciwa aku
aku kalau tak dapat mana2..aku pergi putrajaya masjid besi... muat seribu orang lebih.. datang pukul 1230 dapat masuk lagi... dia 1st come 1st serve....
hari ni alhamdulillah dapat panggilan dari masjid dekat rumah.. masjid al umm....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register