Solat jumaat di musim coronavirus

CG Sponsors




dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
20,529
Reaction score
1,526
Points
206
lebih 3 bln tabung masjid & surau tak terisi, jom isi semula ....

maghrib & isya di surau perumahan den meriah betul, ramai amik pluang lepak2 sembang2 lps solat

ado yg salam2 walaupun masing2 pakai topeng ekekekekeke

yg takdo sejadah terambik sejadah surau bwk balik pun ado, sampai imam tepakso buek pengumuman, sapo2 terambik sejadah surau sila pulangkan balik:giggle:
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,217
Reaction score
21,041
Points
1,671
alhamdulillah. dapat masuk hari ni wpun sampai dah azan
 

nationagainstzionist

Super Active Member
Joined
Oct 17, 2012
Messages
5,706
Reaction score
190
Points
73
spnjng pkp 2 kali tlepas jumaat, 1 gara2 jem, 2 hntr jenazah jauh kat dlm estet..xda ikut sop (sapi)..bidaah ni :p

alhamdulillah dkasi cuti panjang smpi abis sop wahabi yahudi ni
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
6,947
Reaction score
1,364
Points
151
spnjng pkp 2 kali tlepas jumaat, 1 gara2 jem, 2 hntr jenazah jauh kat dlm estet..xda ikut sop (sapi)..bidaah ni :p

alhamdulillah dkasi cuti panjang smpi abis sop wahabi yahudi ni
Dugaan tu tuan
Bersabar ye



Pencetus Ummah (PU) Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih dikenali sebagai PU Amin meluahkan rasa syukur kerana dapat menjejakkan kaki ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat siang tadi.

Kongsi Amin, dia beratur hampir satu jam sebelum masuk ke pintu masjid selari dengan SOP yang ditetapkan kerajaan iaitu merekod suhu badan.


“Alhamdulillah, rasa sebak,seronok tak sangka dapat solat jumaat. Masa beratur tadi ada orang tak lepas masuk masjid.

“Polis dan pegawai masjid buat kawalan ketat, hati risau takut suhu badan naik sebab tunggu bawah terik matahari ni, beratur dekat sejam, ada warga asing merayu rayu nak masuk tapi tak dapat juga, dalam hati ni Allah je tahu lepas ke tidak, semua berharap .
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,217
Reaction score
21,041
Points
1,671
Solat Jumaat hanya satu sesi

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) memutuskan hanya satu sesi solat Jumaat diadakan, sekali gus bertepatan dengan mazhab Shafie dan suasana negara ketika ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata berikutan itu, jemaah dibenarkan untuk menunaikan solat dalam masjid, ruang tepi dan kawasan sesuai dengan prosedur operasi standard (SOP), iaitu penjarakan sosial.

Beliau berkata, solat Jumaat dua sesi secara rasminya tidak dilaksanakan di Wilayah Persekutuan dan tetap dengan satu sesi saja.

"Malah bagi jemaah yang ingin menunaikan solat Jumaat, mereka boleh melaksanakannya di surau terpilih," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Zulkifli berkata, surau yang mahu mengadakan solat Jumaat perlu merujuk dan memohon kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,217
Reaction score
21,041
Points
1,671
warga asing yg buat masjid penuh melimpah sbnrnye
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
20,529
Reaction score
1,526
Points
206
Sabtu, 4 Julai 2020 | 8:30am

CARI

05BHSOLAT3_1593822623.jpg

Gambar hiasan
Tunai Zohor 30 minit selepas solat Jumaat didirikan
Ruwaida Md Zain
[email protected]

Share


Tweet



SHAH ALAM: Jemaah yang tidak menerima jemputan bagi menunaikan solat Jumaat dinasihatkan menunaikan solat Zohor selepas 30 minit solat Jumaat didirikan.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid menerusi Facebook Jabatan Mufti Negeri Selangor malam tadi berkata, jemaah yang tidak mendapat jemputan solat Jumaat di mana-mana masjid atau surau kebenaran Jumaat, mereka hendaklah mendirikan solat Zohor secara berjemaah di surau.


"Jemaah dinasihatkan supaya dapat menunaikan solat Zohor selepas 30 minit masuk waktu supaya tidak mendahului solat fardu Jumaat di masjid atau surau kebenaran Jumaat yang berhampiran.

"Dalam tempoh sebelum menunaikan solat bolehlah diisi dengan bacaan al-Quran atau zikir," katanya.

Rabu lalu, media melaporkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membenarkan semua masjid dan surau dibuka untuk mendirikan solat Jumaat, berkuat kuasa 3 Julai (semalam).

Menurut Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, berkata Sultan Selangor juga berkenan semua masjid dan surau di Selangor dibuka semula untuk mendirikan solat fardu lima waktu secara berjemaah dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Bagaimanapun, bilangan jemaah yang dibenarkan mendirikan solat pada satu-satu masa dihadkan.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register