SOCAR & GOCAR bakal mendominasi pasaran kereta sewa?

CG Sponsors




momoque

Legendary Member
Joined
Dec 26, 2011
Messages
10,840
Reaction score
321
Points
141
Makin famous socar ni

Jv dgn kfc pulok
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
150,707
Reaction score
20,764
Points
1,661
Sewa kereta di KFC

SEBUT sahaja KFC, perkara yang pasti terlintas dalam kepala tentunya keenakan serta kerangupan ayam gorengnya.


Namun siapa sangka syarikat rangkaian makanan segera popular ini kini menjadi lokasi yang menawarkan perkhidmatan sewa kereta secara digital.

Anda hanya perlu datang ke mana-mana cawangan KFC terpilih, muat turun aplikasi perkongsian kereta SOCAR dan kereta sudah ada di depan mata untuk dipandu.

KFC mengembangkan sayapnya dengan menjalinkan kerjasama dengan syarikat aplikasi itu dengan memperkenalkan 12 zon SOCAR di lokasi terpilih KFC sekitar Lembah Klang dan Johor Bahru.

Menurut Pengarah Urusan QSR Brands, Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, KFC berhasrat menjadi peneraju dalam menyediakan perkhidmatan berinovatif dalam memberi manfaat kepada pelanggan.

"Kami sentiasa berusaha menjadi yang terawal dalam menyokong dan melaksana perubahan yang sejajar dengan perkembangan terkini.

"Perkongsian kereta adalah sebahagian daripada gaya hidup moden kontemporari dan semakin diterima masyarakat.

"Melalui kerjasama ini, kami menggalakkan kemajuan mobiliti pintar yang bakal memainkan peranan penting pada masa akan datang," ujarnya.

Perkhidmatan sewa kereta itu disediakan bagi memudahkan pengguna bergerak walaupun tidak memiliki kenderaan sendiri.

Menyediakan empat jenis kenderaan iaitu Perodua Axia, Honday City, Honda HRV dan Mini Cooper, sewaan boleh dibuat untuk tempoh masa 30 minit sehingga seminggu dengan kadar serendah RM8.

Lebih menarik, kerjasama ini menawarkan pelbagai ganjaran menarik seperti diskaun, penggunaan SOCAR secara percuma serta e-baucar KFC khas buat para pelanggan.

 

babyblacky

CG Top Poster Club
Joined
Feb 24, 2011
Messages
20,129
Reaction score
211
Points
123
aku dah pakai satu je kelemahan.. bile nak pulangkan balik kene pulang tempat kite ambik #:-S
 

Duan82

Super Active Member
Joined
Dec 9, 2011
Messages
5,823
Reaction score
676
Points
111
aku dah pakai satu je kelemahan.. bile nak pulangkan balik kene pulang tempat kite ambik #:-S
tuan punya alasan bagi, tak leh blah...tak kan nak jadi mcm kes basikal yg free tu, berapa banyak dlm sg klang dibuang, bangla balik kerja kat umah ni pun, 4 biji basikal mereka rembat, siap cat tangan lagi. Itu semua sebab sebab tak perlu pulang tempat asal.
 

tr4falgar

Super Active Member
Joined
Oct 14, 2012
Messages
6,351
Reaction score
503
Points
116
kat taiping ada tak socar ni? ada siapa tau?
 

abdulricks85

Active+ Member
Joined
Jul 31, 2010
Messages
3,178
Reaction score
44
Points
30
Best SOCAR...tapi kereta la ada kureng sikit penampilan dia Honda City,macam dah lama tak basuh..dalam penuh dengan pasir,habuk...huhuhu
 

im755

Super Active Member
Joined
Apr 27, 2006
Messages
5,055
Reaction score
85
Points
70
mmmmmmmmmmmmmm
 
Last edited:

paparo

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2010
Messages
4,882
Reaction score
85
Points
65
dah guna Socar dan Gocar.
Socar ada banyak pilihan kereta.Dia limit milage 20km je per hour.Jika sewa 12 jam boleh pergi max 240km.
Lebih kilometer dari tu dia akan extra cas per kilometer.
Kalau korang isi minyak jangan lupa resit. boleh claim balik dengan socar. so betul la dia bgtau socar free petrol.

Tapi nak murah aku ambil Gocar. Weekdays Nissan Almera hanya RM70 sehari dan tiada limit milage.
Gocar hanya ada kereta brand Nissan je.Minyak takleh claim balik.cuma waktu return tu kena sama bilangan bar fuel waktu ambil.

Kelebihan sewa through app ni pada aku lebih flexible masanya boleh ikut kita sendiri nak pickup kul berapa.
dan tak perlu deposit dan tak perlu berurusan dengan staff. semua hanya dengan apps je.
documentation lesen dan ic semua dah ada dalam server diorg waktu kita daftar.
 

paparo

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2010
Messages
4,882
Reaction score
85
Points
65
Best SOCAR...tapi kereta la ada kureng sikit penampilan dia Honda City,macam dah lama tak basuh..dalam penuh dengan pasir,habuk...huhuhu
ya betul sama plak dengan pengalaman aku aritu..ada sewa Honda city aritu memang dalamnya berdebu. aku complain kat socar, dia reply apology dan klu kita pergi cuci boleh claim balik dengan dia..cuma aku takde masa plak nk ke carwash.tengah sewa kan.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register