Soalan Ramalan Cinta Antara Anda Dan Dia

CG Sponsors




BizClub

Super Active Member
Joined
Dec 26, 2005
Messages
7,034
Reaction score
157
Points
78
Credits
0
"Tentu diantara kita sudah biasa dengan soalan-soalan ramalan cinta.Banyak soalan-soalan ramalan cinta boleh didadapti didalam majalah-majalah dan sebagainya. so sebagai tidak menghampakan peminat-peminat soalan ramalan cinta, saya petik 5 soalan ramalan cinta yang diforwardkan oleh seorang teman kepada saya..so jangan berlengah lagi klik cepat untuk menjawab soalan ramalan cinta itu dan lihat adakah jawapannya sama dengan persamaan cinta korang ngan sidia. Jom sama-sama check Anda dan dia dalam bercinta,

1) Anda sedang berjalan ke rumah pasangan anda. Terdapat dua jalan yang akan membawa anda ke sana.
a)Jalan pertama ialah jalan singkat tetapi jalan itu sangat membosankan kerana tiada pemandangan yang cantik.
b)Jalan pertama ialah jalan yang jauh tetapi penuh dengan pemandangan yang sangat mengasyikkan.

2) Di dalam perjalanan anda kerumah pasangan anda, anda terjumpa rimbunan pohon bunga ros, sepohon bunga rosmerah dan sepohon lagi bunga ros putih. Anda mengambil keputusan untuk memetik 20 batang bunga ros untuk pasangan anda. Anda boleh pilih untuk:
a)Kimbinasikan warna merah dan putih (pastikan berapa bilangan ros merah dan ros putih yang anda inginkan)
b)Kesemua dalam satu warna (nyatakan ros warna apa)

3) Akhirnya anda sampai ke rumah pasangan anda. Anda mnegetuk pintu dan ahli keluarga pasangan anda membukanya. Anda akan:
a)Meminta ahli keluarga pasangan anda memanggilkan pasangan anda.
b)Mendapatkan sendiri pasangan anda.

4) Sekarang, anda masuk ke rumah pasangan anda tetapi pasangan anda tiada di rumah. Anda ingin meninggalkan jambangan ros tersebut kepada pasangan anda. Di manakah anda akan tinggalkan jambangan tersebut?
a)Di atas katil pasangan anda
b)Di tepi tingkap bilik pasangan anda.

5) Kemudian tiba masa untuk tidur. Anda dan pasangan anda tidur di bilik yang berasingan. Apabila anda bangun pada keesokan harinya dan pergi ke bilik pasangan anda untuk melihat sidia, adakah sidia:
a)Sedang tidur.
b)Telah terjaga

6) Anda perlu pulang ke rumah sekarang dan anda harus memilih jalan sekali lagi. Anda boleh pilih:
a)Jalan yang singkat tetapi membosankan.
b)Jalan yang jauh tetapi ada pemandangan yang cantik.

 
Sponsored Post

BizClub

Super Active Member
Joined
Dec 26, 2005
Messages
7,034
Reaction score
157
Points
78
Credits
0
Jawapan.

1) Jalan itu mewakili sifat anda dalam jatuh cinta. Jika anda memilih jalan yang singkat, anda adalah seorang yang mudah untuk jatuh cinta. Tetapi jika anda memilih jalan yang jauh, anda seorang yang mengambil masa untuk mengenali pasangan anda dan tak mudah jatuh cinta.

2) Bilangan bunga ros mewakili peratus apa yang anda ingin beri kepada pasangan anda serta apa yang anda harapkan. Ros merah bermaksud apa yang anda berikan manakala ros putih bermaksud apa yang anda harapkan. Contohnya anda memilih 10 ros merah dan 10 ros putih, ini bermaksud, anda memberikan 50% dalam perhubungan dan mengharapkan 50% juga dalam perhubungan.

3) Soalan ini menunjukkan cara anda dalam menangani masalah perhubungan. Jika anda meminta ahli keluarga pasangan anda memanggil pasangan anda, anda seorang yang sering mahu lari dari masalah. Jika anda mendapatkan pasangan anda sendiri, anda seorang yang suka menyelesaikan masalah anda sendiri.

4) Tempat anda meletakkan jambangan bunga yang anda bawa menunjukkan betapa kerap anda ingin bertemu dengan pasangan anda. Jika anda meletakkan jambangan tersebut di atas katil, ini bermaksud anda ingin selalu berjumpa dengan pasangan anda. Tetapi jika anda meletakkan jambangan tersebut di tepi tingkap, ini bermakna anda tidak kisah jika tidak bertemu dengan pasangan anda selalu.

5) Ketika anda masuk ke bilik pasangan anda untuk melihat pasangan anda, anda mendapati pasangan anda sedang tidur, ini bermakna anda menerima pasangan anda seadanya. Tetapi jika anda mendapati pasangan anda telah terjaga, anda mahu si dia berubah demi anda.

6) Jalan singkat dan jalan jauh sekarang ini mewakili jangkamasa anda setia dalam bercinta. Jika anda memilih jalan singkat, anda adalah seorang yang mudah hilang perasaan cinta. Tetapi jika anda memilih jalan yang jauh, anda seorang yang setia dalam cinta dalam jangkamasa yang lama.
 

bellaluna

Legendary Member
Joined
Jun 12, 2008
Messages
11,891
Reaction score
2
Points
115
Credits
0
3) Soalan ini menunjukkan cara anda dalam menangani masalah perhubungan. Jika anda meminta ahli keluarga pasangan anda memanggil pasangan anda, anda seorang yang sering mahu lari dari masalah. Jika anda mendapatkan pasangan anda sendiri, anda seorang yang suka menyelesaikan masalah anda sendiri.
mmg lar nk dptkn sendiri.

tp nnt dpt penampor plak dari org tua dier. :)paid
 

brozul

Super Active Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
8,469
Reaction score
28
Points
70
Credits
0
penendang sume dapat...
free of charge..
 

BizClub

Super Active Member
Joined
Dec 26, 2005
Messages
7,034
Reaction score
157
Points
78
Credits
0
profesor cinta ada tu..kita tunggu komen dia hehe..


Currently Active Users Viewing This Thread: 4 (3 members and 1 guests)
L.O.V.E, Lynn_81
 

Lynn_81

Active+ Member
Joined
Oct 31, 2008
Messages
3,599
Reaction score
18
Points
25
Credits
0
2) Bilangan bunga ros mewakili peratus apa yang anda ingin beri kepada pasangan anda serta apa yang anda harapkan. Ros merah bermaksud apa yang anda berikan manakala ros putih bermaksud apa yang anda harapkan. Contohnya anda memilih 10 ros merah dan 10 ros putih, ini bermaksud, anda memberikan 50% dalam perhubungan dan mengharapkan 50% juga dalam perhubungan.

em...laki kiter selalu bg 12kuntum bunga ros warna biru..
so aper plak maksud dier tuh?:-?:-?
 

bellaluna

Legendary Member
Joined
Jun 12, 2008
Messages
11,891
Reaction score
2
Points
115
Credits
0
bellaluna, BizClub, L.O.V.E+ ,Lynn_81

ade jerk si comel neyh. :p:p
 

bellaluna

Legendary Member
Joined
Jun 12, 2008
Messages
11,891
Reaction score
2
Points
115
Credits
0
2) em...laki kiter selalu bg 12kuntum bunga ros warna biru..
so aper plak maksud dier tuh?:-?:-?
erm.

kalo sekuntum maknenye kite sorg jerk lar cinte hati dier. :):)

kalo 3 kuntum maknenye "i luv u." :">:">

kalo 12 kuntum plak rasenye tue bilangan anak yg dier nk bile da kawen nnt kot. :D:D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register