BTC USD 63,248.6 Gold USD 4,332.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SMS fitnah kian meluas

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUANTAN - Gejala penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berbau fitnah semakin berleluasa menjelang pemilihan UMNO dan bahangnya turut dirasai oleh Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz. Beliau sendiri ada menerima SMS yang mengaitkannya dengan amalan politik wang.

"Saya kecewa kerana dalam sehari dua ini banyak SMS mengandungi bermacam fitnah terhadap orang tertentu dan saya rasa ini tidak harus berlaku.

"Saya sendiri terima dan jadi sasaran, orang yang menyokong saya, orang tertentu memang dipilih untuk dicemar nama baik mereka,'' katanya pada majlis ramah mesra dan pengenalan calon-calon Wanita UMNO dengan Perwakilan Wanita Pahang di sini semalam.

Rafidah berkata, "Kalau pertandingan buatlah elok-elok, menang kalah itu perkara biasa dan kalau buat fitnah, hati terguris susah nak berbaik-baik semula.''
 
Fitnah ke atau memang benar
 
masakan pokok bergoyang jikalau tiada angin...
 
fitnah ni datangnya dari mulut orang yang berpendidikan rendah..DR.M dah sarankan kat belia2,jangan malas blaja..
 
biasalah tu ....kaedah yang murah dan berkesan...
 
nombor telefon ada dalam list perwakilan, apa lagi, ni la peluang sapa2 nk sebar sms fitnah. :D
 
Back
Top
Log in Register