BTC USD 61,742.7 Gold USD 4,270.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SMS: Bernama buat laporan polis

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
05/09/2008 11:33pm


KUALA LUMPUR 5 Sept. — Agensi berita nasional, Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia) malam ini membuat laporan polis terhadap penyebaran berita palsu menerusi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) mengenai kononnya tujuh parti komponen Barisan Nasional (BN) mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan keluar daripada BN.

Laporan polis itu dibuat oleh Pengurus Kanan Teknikal Bernama, Abdul Halim Hafiz yang menyelia trafik perkhidmatan SMS Bernama di Balai Polis Jalan Travers pada pukul 8.45 malam ini.

Abdul Halim dalam laporannya berkata, terdapat pihak tidak bertanggungjawab telah menggunakan nama Bernama untuk menyebar maklumat tidak benar kepada orang ramai.

Abdul Halim berkata, daripada siasatannya, Bernama tidak ada mengeluarkan sebarang berita SMS seperti yang disebarkan oleh orang yang tidak diketahui hari ini.

“Saya telah menyemak log penghantaran berita SMS Bernama hari ini dan mendapati tiada sebarang rekod menunjukkan berita tersebut dihantar,” katanya.

Perkhidmatan berita SMS Bernama hanya diterima oleh pelanggan berdaftar dengan Maxis dan Celcom melalui kod penghantaran 26822, serta mengikut format tertentu.

Orang ramai yang ingin mengesahkan sebarang berita yang dihantar melalui SMS yang mengaitkan Bernama boleh menghubungi Meja Berita Am Bernama di talian 03-2698 3304.

— BERNAMA

Dengar cerita MP-MP yang disyaki telah diambil passport antarabangsa mereka dan akan diberi lawatan keluar negara bermula dari 13/9/08 - 19/9/08- dapat berita semasa melepak dengan puaka umno kat club tasik putrajaya tadi
 
TPM restui pemukiman BNBBC di luar negara
05/09/2008 2:09pm


KUALA LUMPUR 5 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau merestui langkah Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) untuk mengadakan program pemukiman di luar negara pada bulan ini.

Beliau yang juga Ketua Whip Barisan Nasional (BN) berkata, program yang dirancang dari 7 hingga 19 September itu adalah untuk tujuan lawatan sambil belajar.

``Ia tiada kaitan dengan pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan pakatan pembangkang pada 16 September ini,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan Rakan Cop Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini hari ini. - Utusan

Macam ada kebenarannya berita dari Club Tasik Putrajaya tu
 
heheheh... mcm2 la depa nie... gelabah tul....
 
mukim terus kat sana ...
 
yg menjadi persoalan... semua MP pegi ke ?
 
sahur dah abis woi jangan makan lagi! :)cgrock
 
kalo ikut trend masa skrg, bernama kene buat sumpah laknat tu..
 
kalo ikut trend masa skrg, bernama kene buat sumpah laknat tu..

kalo bernama buat sumpah laknat atas nama Allah pon
kita org2 pr smua tkkan tetipu...

kami org2 pr tkkan pecaya sumpah org2 umno
wpun org2 umno mggunakan nama Allah!!!
kami tkkan tepedaya dgn tektik umno!

hidupp pr!!
 
kalo bernama buat sumpah laknat atas nama Allah pon
kita org2 pr smua tkkan tetipu...

kami org2 pr tkkan pecaya sumpah org2 umno
wpun org2 umno mggunakan nama Allah!!!
kami tkkan tepedaya dgn tektik umno!

hidupp pr!!

ko ni jgn mempermainkan perkataan Allah boleh tak??
ke kau ni kapir??:-?
 
Back
Top
Log in Register