Smart Selangor Parking Bakal Di Laksana Seluruh PBT

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,571
Reaction score
3,693
Points
236
19.10.2020 - Shah Alam, Penggunaan aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) yang bakal dilaksanakan di seluruh negeri dalam tempoh terdekat memberi penjimatan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT). EXCO kerajaan tempatan berkata sistem dalam talian itu turut mengurangkan penggunaan kertas dan penyelenggaraan mesin parkir, selain memudahkan urusan orang ramai.

“Kerajaan Negeri dalam peringkat akhir memuktamadkan perkara ini, cuma apa yang boleh katakan sistem yang bakal digunakan adalah canggih serta memudahkan kita semua kerana tidak perlu mencari ejen jualan kupon. Belanjawan Kerajaan Negeri pada setiap tahun menekankan usaha merealisasikan Selangor Negeri Pintar menjelang 2025 dan pelaksanaan SSP antara usaha ke arah tersebut,” kata Sze Han kepada SelangorKini.

Pada 8 Februari, Sze Han berkata SSP yang diperkenalkan pada Julai 2018 menjadi aplikasi parkir nombor satu negara dengan 10 daripada 12 PBT negeri ini menggunakan aplikasi tersebut, selain Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Beliau berkata Selangor menyasarkan sejuta pengguna SSP pada tahun ini.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/smart-selangor-parking-bakal-dilaksana-seluruh-pbt/
 
Sponsored Post

fredo

Super Active Member
Joined
Nov 17, 2007
Messages
5,379
Reaction score
98
Points
80
pakai TnG lagi senang...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register