Small Business

CG Sponsors




adr

Fun Poster
Joined
Aug 25, 2008
Messages
545
Reaction score
1
Points
15
Assalamualaikum,

Tujuan : Topik 'small business' ini diwujudkan (jika belum wujud) untuk membincangkan berkenaan 'small business'(keutamaan business internet)yang banyak diusahakan oleh kebanyakkan rakyat di negara ini dan juga di serata pelusuk dunia. Diharapkan topik ini dapat memberi 'advise', guide atau tips bagi yang telah menceburi 'small business' atau yang baru ingin mengintai peluang. Diharapkan kita dapat berkongsi maklumat dan pendapat, seterusnya memberi panduan kepada bakal-bakal businessman atau businesswoman supaya lebih berjaya dalam bidang perniagaan. Saya akan menambah ilmu sedikit demi sedikit sebelum menjuruskan terus ke business internet dan sokongan dari semua saya ucapkan terima kasih. Semua ilmu yang saya turunkan disini diambil dari pengalaman sendiri, pembacaan dan sedikit survey yang dijalankan setahun yang lepas.

16/11/2008;14:00hrs
Intoduction: Tanggapan kebanyakkan semua pihak memulakan 'small business' ini memang mudah tapi realitinya yang kita hadapi dalam menjayakan business ini sangat susah dan kebanyakkan yang menceburi bidang ini akan gagal pada tahun kedua business dijalankan (ini survey yang saya buat sendiri). Antara faktor penting kejatuhan business ini :
1. Kurang skill dalam mengendalikan hal kewangan
2. Kurang skill dalam mengendalikan selok belok perniagaan
3. Kurang sokongan dari semua pihak (keluarga, kawan2, saudara mara, bangsa sendiri dll).

Untuk subcribe topik 'small business' klik disini (anda akan dapat email dari CG setiap kali topik ini di kemaskini)

Basic management: Mengendalikan 'small business' sama juga seperti mengendalikan business2 besar di mana 'basic operation' perlu diketahui dan ianya bukannlah sesuatu yang mudah dan selalu dipandang remeh oleh sesetengah bakal businesman. Untuk memastikan perniagaan boleh bertahan lama, asas seperti dibawah perlu ada dan perlu diikut jika mahukan kejayaan.
1.Strategi menarik pelanggan - Inilah strategi paling penting dalam perniagaan kerana pelangganlah yang menjadi faktor kejayaan sesuatu perniagaan
2.Target perniagaan - Mengenalpasti target utama dalam perniagaan anda
3.Mulakan dengan minimum - Anda tidak perlu terburu-buru dan anda kena terima hakikat setakat mana yang anda mampu dan tidak akan berbelanja besar diluar kemampuan.
4.Kemaskini maklumat - Semak semula senarai pembekal yang terbaik dan buat perbandingan supaya anda mendapat offer yang paling baik dari supplier, kemaskini inventori, modal ditangan, modal pusingan, kesesuaian tempat berniaga dll.
5.Mengenalpasti kelemahan - Jika telah mula berniaga kenal pasti apakah yang menjadi halangan dlm perniagaan.
6.Mengubah polisi perniagaan - Anda perlu mengemaskini data pelanggan, cuba produk terbaru, cuba naik taraf sistem yang diguna pakai sekarang demi memenuhi permintaan yang semakin tinggi, menambah peralatan yang dipikirkan perlu dll.
7.Mengubah target perniagaan anda kepada yang lebih tinggi-Ini sangat penting kerana perniaagaan anda akan digeruni oleh pesaing2 dan meletakkan perniaagaan anda jauh di hadapan.
8.Memastikan perniagaan anda berjalan lancar-Pastikan alatan yang digunakan sentiasa dalam keadaan baik dan memuaskan.

16/11/2008;19:00hrs
Memilih business yang sesuai - Kecanggihan teknologi masa kini merubah cara anda berfikir tentang busines dan kehidupan seharian.Dalam business kita lebih memilih dan bergantung kepada komputer supaya segala process dan perancangan berjalan lancar dan sistematik. Tetapi pernahkan anda terfikir kelebihan dan kekurangnya ? (pros & cons)
Tidak dapat dinafikan busines yang berjaya dapat menggunkan kesemua resources yang ada seperti teknologi komputer, pengurusan data dan maklumat, pengurusan kewangan dll. Tetapi anda perlu mengenalpasti apa juga pendekatan yang digunakan harus lah mencapai sekurangnya 90% dari matlamat yang anda inginkan. Dalam erti kata lain anda perlu menggunakan teknologi yang hanya menolong business dan tidak membebankan. Anda tidak perlu menggunkan teknologi yang memakan belanja ratusan ribu , memakan masa yang lama dan menggunakan cara berfikir yang ekstream untuk dilaksanakan. Anda harus mengetepikan teknologi negatif yang membawa kesan kepada business seperti product, value for money dan khidmat pelanggan.
Bagaimana caranya? Apabila anda ingin menggunakan teknologi untuk menaik taraf business anda lakukanlan 'perbandingan'. Sekarang anda dapat melihat terlalu banyak teknologi yang dapat menyelesaikan masalah buisness dalam nilai harga yang berlainan, kelebihan dan kesesuaian untuk diubah. Anda buatlah pilihan setelah membandingkan kesemuanya dan bersesuaian dengan model business yang diinginkan.

Untuk subcribe topik 'small business' klik disini (anda akan dapat email dari CG setiap kali topik ini di kemaskini)

17/11/2008;21:00hrs
Rakan konsi, perlu kah ? Banyak kelebihan dari kekurangan atau sebaliknya. Sebenarnya banyak kelebihan dan sesuatu yang mungki tak dijangka jika mempunya rakan kongsi.Jika anda mempunyai rakan kongsi yang baik maka anda mempunyai banyak kelebihan tetapi jika sebaliknya anda mempunyai banyak kekurangan. Jadi pilihlah rakan kongsi yang benar berkualiti dan baik dari segala segi.

Kelebihan rakan kongsi
1.Melihatkan kematangan syarikat dalam membentuk struktur perniagaan
2.Tanggungan kurang kerana tugas diagih-agihkan
3.Sistem kewangan yang terjamin dan dilihat sebagai perancangan kewangan berkhemat
4.Perancangan masa yang efisen kerana pengalaman rakan kongsi dapat menolong pengurusan perniagaan
5.Perancangan perniagaan menjadi mudah dan bebanan ditanggung bersama
6.Berkongsi kerugian tapi memudahkan untuk menyuntik modal supaya perniagaan dapat bertahan.

Kelemahan rakan kongsi
1.Menghadapi masalah dalam mengiraan kira-kira kewangan, pelaburan, mengagihkan keuntungan dan pengurusan.
2.Gagal mendapat kesepakatan dan gagal membuat keputusan dengan cepat dan tepat
3.Kurang tanggungjawab terhadap pekerja dan mudah mencetuskan perbalahan
4.Kemungkinan berlakunya konflik dengan pihak pengurusan, kewangan kerana lemah dlm menetapkan peraturan dan tanggungjawab masing-masing.


Untuk subcribe topik 'small business' klik disini (anda akan dapat email dari CG setiap kali topik ini di kemaskini)

19/11/2008;02:00hrs
Kenali masalah awal memulakan perniagaan
Permulaan perniaagan adalah tahap yang paling kritikal dan perlu ditangani dengan baik supaya perniagaan diteruskan. Senarai di bawah dikenal pasti sebgai masalah yang biasa dihadapi ketika mula ingin menjalankan perniagaan. Tapi ingat, ini bukanlah masalh yang tiada jalan penyelesai. Ingat !! dimana ada kemahuan di situ ada jalan.

1.Belum apa2 lagi dah gagal dan rugi. Masalah ini selalu dihadapi oleh ahli perniagaan tetapi anda pelu ingat untuk berjaya dalam perniaagaan ianya memakan masa yang agak lama.
3.Kurang mendapat kepercayaan pelanggan. Pelanggan awal-awal telah menafikan kebolehan anda dalam menjalankan perniagaan.
4.Gagal merancang perniaagaan dengan betul. Pasaran dan permintaan memang susah untuk diagak terutama bagi yang baru ingin menceburi bidang ini.
5.Business merudum. Ketika anda ingin memulakan perniaagaan pasaran ditahap yang lemah. Percayalah business ada turun dan naiknya. Jika anda mampu cuba tukar bentuk perniagaan atau produk yang dijual.
6.Selalu menaikkan dan menurunkan harga barang sesuka hati. Kadang2 anda terpaksa menjual harga dibawah harga kos. Pada masa ini anda perlu belajar cara bagaimana untuk menjual dan membeli.
7.Mengurangkan kos operasi. Anda terpaksa memberhentikan pekerja, mengurangkan produk supaya anda mampu bersaing.
8.Terpaksa membayar tax yang tinggi. Anda perlu belajar cara mengurangkan tax
9.Memerlukan modal tambahan. Ini selalu terjadi. tetapi seperti yang dinyatakan sebelum ini perancangan awal mesti diambil sebelum perkara ini terjadi.Simpanan atau backup modal adalah sangat penting. Ingat sekali lagi pepatah ini "Dimana ada kemahauan, di situ ada jalan".

p/s: setiap komen bernas dari semua amat dialu-alukan. Terima kasih daun keladi..
 
Last edited:
Sponsored Post

king_diamond

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 3, 2008
Messages
10,160
Reaction score
359
Points
131
saya sokong kursus online kerana ilmu yang ada kalau berkongsi akan bertambah-tambah lagi, insyaallah. Sebenarnya saya juga turut mengintai-intai sebarang bisnes yang kurang risiko tapi membawa pulangan lumayan jikalau ada.
 

mesir

Active+ Member
Joined
Oct 16, 2008
Messages
3,939
Reaction score
55
Points
35
insyaallah jika ada peluang yg baik, sama2 kita kongsikan bersama.
Jika tuan tanah ada "sesuatu" yg bagus utk diperbincangkan, apa slh nyer...
 

brozul

Super Active Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
8,469
Reaction score
28
Points
70
turunkan jer ilmu...
ramai berminat tapi ada yg malu...
 

thariq_shahalam

Active Member
Joined
Aug 4, 2008
Messages
1,282
Reaction score
52
Points
30
aku rasa salah satu faktor yang penting dalam menjalankan small business mcm ni adalah DISIPLIN. Walaupun kita dah ada pelan perniagaan dan sebagainya tapi kalau kita tak ikut tak jadi gak. Orang melayu biasalah kadang2 ni malas la apa la... las las tu yang menjatuhkan bisnes...
 

www.kursuson9.com

Fun Poster
Joined
Oct 23, 2008
Messages
149
Reaction score
0
Points
10
saya sokong kursus online kerana ilmu yang ada kalau berkongsi akan bertambah-tambah lagi, insyaallah. Sebenarnya saya juga turut mengintai-intai sebarang bisnes yang kurang risiko tapi membawa pulangan lumayan jikalau ada.
bisnes internet la low risk ..no need to buy stocks. kita hanya perlu beli bila org ada order.. cuma kita perlu sedikit pelaburan utk membina laman web.
 

kancil biru

Legendary Member
Joined
Apr 4, 2008
Messages
11,641
Reaction score
1,099
Points
191
apa kata kita postkan business kecil yang kecil yang boleh dimanfaatkan oleh ahli cg yg lain
 

king_diamond

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 3, 2008
Messages
10,160
Reaction score
359
Points
131
Bisnes online mmg bagus....low capital....tak perlu ada tempat simpanan stok, tapi kena pandai cari niche, strategi kena betul, dalam ertikata lain, kena pandai tokok-tambah (value-added product). Rasanya, perlu habiskan banyak masa depan PC kalau nak serius.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register