BTC USD 63,372.7 Gold USD 2,379.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tips & Tricks Skrin Telefon Android Anda Pecah & Tidak Responsif ?

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,864
Top Poster #7
Joined
Nov 23, 2012
Messages
57,864
Reaction score
6,452
Points
916
Awards
1
Skrin Telefon Android Anda Pecah Dan Tidak Responsif? Ini Penyelesaian Sementara Yang Boleh Anda Gunakan;

Menjadi igauan untuk ramai pengguna adalah apabila telefon pintar mereka mengalami kerosakkan pada bahagian skrin – sekaligus menjadikan skrin tidak responsif dan menerima input berasaskan sentuhan. Hal ini sekaligus mengehadkan penggunaan telefon pintar berkenaan – dan mungkin menyukarkan proses membuat salinan pendua untuk beralih ke peranti baharu dan sebagainya.

Bagi anda yang sedia memberikan kebenarang kepada telefon pintar untuk digunakan bersama sambungan monitor, atau ke komputer, mungkin mengakses dokumen dan data pada peranti mudah. Tetapi bagaimana sekiranya tidak? Salah satu kaedah mudah adalah menggunakan tetikus. Ya benar, menggunakan tetikus pada telefon pintar.

Untuk peranti Android, ia sedia menyertakan sokongan input berasaskan tetikus. Anda hanya perlu mencari atau meminjam sementara sebuah dongal untuk disambungkan, dan seterusnya menghubungkan tetikus ke telefon berkenaan.

Tiada sebarang pengesahan perlu dilakukan, dan anda boleh mengakses pelbagai perkara pada telefon pintar anda dengan mudah – sekaligus melakukan pelbagai salinan pendua yang diperlukan serta-merta. Untuk anda yang ingin menggunakan alternatif sementara, dan tidak berhasrat menggantikan skrin dalam tempoh terdekat, ini mungkin kaedah paling senang. Sekiranya anda mempunyai kaedah lain, jangan lupa berkongsi juga dengan kami dan yang lain melalui ruangan komen di bawah.​

 

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register