Covid-19 SKMM, polis siasat pihak pertikai data COVID-19

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,192
Reaction score
4,250
Points
201
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat tindakan pihak tertentu yang mempersoal kesahihan data rasmi berkaitan COVID-19.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, SKMM dan PDRM akan mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab berbuat demikian.

Beliau berkata kerajaan sentiasa memastikan data yang diumumkan Kementerian Kesihatan setiap hari adalah sahih.

"Sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) hari ini memandang berat percubaan pihak tertentu yang mempersoal kesahihan data rasmi berkenaan.

"Percubaan ini adalah perbuatan jahat untuk sengaja menimbulkan kekeliruan dan mencetuskan ketidakyakinan terhadap usaha kerajaan menangani pandemik COVID-19," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberi jaminan bahawa data daripada pihak Kementerian Kesihatan yang disiar oleh saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan BERNAMA adalah sahih.

"Saya menasihati rakyat sentiasa menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita daripada sumber rasmi atau dipercayai dan berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya," katanya.

Sebarang keraguan maklumat boleh dirujuk di www.sebenarnya.my atau menyalurkannya kepada Pasukan Respon Pantas di talian 03-89115103.

 
Sponsored Post

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,126
Reaction score
116
Points
43
rasanya ahli politik yg pertikai sbb katanya alasan untuk mohon darurat...
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,511
Reaction score
327
Points
131
dulu2 masa rendah ramai juga yg persoalkan..
klu dah tinggi, konpom laa btol..munkin lagi tinggi sebenarnya tapi diorg x tunjukkan gejala..
sbb tu x jadi masalah..
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,192
Reaction score
4,250
Points
201
data covid KKM sorok atau tak sorok... hanya yg terlibat jer yg tahu.. huhu..tapi aku tahu :cool:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register