BTC USD 95,070.8 Gold USD 2,900.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SKMM Nafi Jadi Alat Kerajaan Untuk Tutup Mulut Pengkritik

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
451,736
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
451,736
Reaction score
36,866
Points
2,836
Awards
2

SKMM nafi jadi alat kerajaan untuk tutup mulut pengkritik​


20 JUN 2024

2696035.jpg

SKMM menafikan pihaknya dijadikan sebagai alat bagi menutup mulut pengkritik kerajaan.


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan pihaknya dijadikan sebagai alat bagi menutup mulut pengkritik kerajaan.

SKMM berkata, 72 peratus permintaan kepada platform media sosial untuk disekat kandungannya, adalah yang berkaitan dengan perjudian dalam talian serta penipuan, dan sehingga 3 Jun lepas 53 peratus permintaan sekatan kandungan dalam talian yang dibuat oleh SKMM merentas semua platform, adalah yang berkaitan dengan perjudian dalam talian.

“Selain itu 19 peratus melibatkan penipuan dalam talian, 15 peratus dikenal pasti sebagai berita palsu, enam peratus berkaitan dengan kaum, agama dan royalti (3R), dan lima peratus lagi melibatkan gangguan,” menurut kenyataan itu.

SKMM berkata, usaha memastikan persekitaran dalam talian yang selamat ialah matlamat bersama antara suruhanjaya dan platform media sosial.

“Bagi tujuan ini platform media sosial secara rutin dan konsisten melakukan penyingkiran proaktif terhadap kandungan yang melanggar piawaian komuniti mereka,” katanya.

SKMM seterusnya menafikan dakwaan ia digunakan untuk menyekat wacana awam mengenai isu atau dasar kerajaan, dengan mengatakan bahawa dakwaan itu membayangkan seolah-olah Putrajaya dan badan kawal selia lain tidak boleh menerima kritikan.

“Persepsi ini tidak tepat dan tidak menggambarkan operasi SKMM dan platform media sosial,” menurut kenyataan itu.

Malaysia dilaporkan membuat 1,862 permintaan kepada TikTok untuk menyekat kandungan tertentu pada separuh kedua tahun lepas, pal;ing tinggi berbanding negara lain.

Negara yang membuat permintaan kedua terbanyak dalam tempoh itu ialah Australia, dengan hanya 651.

TikTok berkata, ia menerima sejumlah 2,202 permintaan daripada Malaysia tahun lepas, berbanding 70 pada tahun sebelumnya.

Meta berkata, ia juga telah menyekat kira-kra 8,600 kandungan di Malaysia sepanjang tahun lepas, peningkatan ketara berbanding 553 sekatan kandungan yang dikenakan pada 2022.

SKMM berkata, ia hanya akan mengemukakan permintaan kepada platform dalam talian jika terdapat kandungan yang dianggap telah melanggar piawaian komuniti atau undang-undang Malaysia, dan bahawa sekatan sebenar kandungan adalah berdasarkan penilaian platform itu sendiri.

Suruhanjaya itu melaporkan bahawa pada suku keempat tahun lepas, satu platform media sosial secara proaktif mengeluarkan 1.8 juta kandungan dalam talian tanpa sebarang permintaan daripada pihak berkuasa.

Kandungan ini merangkumi pelbagai kategori seperti mempromosi buli dan gangguan, pelanggaran privasi, ucapan kebencian, maklumat salah, spam, tingkah laku tidak baik yang diselaraskan, maklumat salah yang memberi kesan secara langsung kepada proses politik, dan media tertentu yang dimanipulasi dengan maklumat tidak benar.

“Walaupun kritikan terhadap kerajaan atau ahli politik dibenarkan, terdapat had undang-undang terhadap kebebasan media, terutamanya apabila ia melibatkan isu sensitif seperti 3R,” katanya. – Bernama


 
Sponsored Post

SKMM berkata, 72 peratus permintaan kepada platform media sosial untuk disekat kandungannya, adalah yang berkaitan dengan perjudian dalam talian serta penipuan, dan sehingga 3 Jun lepas 53 peratus permintaan sekatan kandungan dalam talian yang dibuat oleh SKMM merentas semua platform, adalah yang berkaitan dengan perjudian dalam talian.
 

15,325 kandungan lucah, jelik telah disekat oleh SKMM​


2696821.jpg

SKMM menurunkan dan menyekat 15,325 kandungan berunsur lucah, sumbang dan jelik sejak Januari.(Gambar hiasan) Foto 123rf

SHAH ALAM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menurunkan dan menyekat 15,325 kandungan berunsur lucah, sumbang dan jelik sejak Januari.

Komunikasi Korporat SKMM dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan itu susulan aduan awam dan pemantauan secara proaktif oleh pihaknya.

Katanya, SKMM melaksanakan usaha advokasi dan kesedaran untuk mendidik masyarakat bagi memperkukuhkan sifat kebertanggungjawaban dalam penghasilan dan penyebaran sebarang kandungan di media sosial.

"Usaha tersebut dijalankan menerusi inisiatif Klik Dengan Bijak di seluruh negara dan program-program di bawah inisiatif Sukarelawan ICT Malaysia dalam membangunkan rohaniah individu dan negara yang lebih positif dan kukuh.

"SKMM mengambil serius isu penyalahgunaan kemudahan Internet dan bertindak proaktif terhadap perkara yang hangat diperkatakan dalam persekitaran media sosial di Malaysia, meliputi kepentingan awam, jenayah, salah guna, ancaman, provokasi, dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Tambah kenyataan itu, tindakan yang diambil meliputi aspek penguatkuasaan, pemantauan dan penurunan kandungan serta bantuan teknikal kepada agensi penguatkuasa berkaitan.

Jelas SKMM, berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), pihaknya boleh menjalankan siasatan di bawah Seksyen 233 sekiranya sesuatu kandungan adalah lucah, sumbang, palsu, mengancam dan jelik sifatnya.

Mengulas mengenai pemilik akaun media sosial yang membuat serangan peribadi terhadap pemain bola sepak tempatan, SKMM memaklumkan setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan atau laporan berhubung isu yang dibangkitkan.

"Namun, jika terdapat aduan yang dikemukakan, perkara berkenaan akan diteliti sebelum tindakan selanjutnya diambil," ujarnya.

Justeru, SKMM mengingatkan pengguna agar sentiasa mengamalkan kawalan kendiri ketika menggunakan internet serta tidak menyebar atau memuat naik sebarang kandungan dengan sewenang-wenangnya.

"Pengguna juga diingatkan agar kandungan atau hantaran yang dimuat naik tidak melampaui batas nilai agama, budaya dan perundangan serta menjaga sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini," katanya.

April lalu, SKMM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan kegiatan tiga suspek di Kedah dan Johor yang aktif memuat naik kandungan aktiviti bertukar pasangan (swinger) secara dalam talian.

Selain itu, seorang wanita yang disyaki mempromosi aktiviti seks dan menjual video melakukan hubungan seks dengan beberapa lelaki di sosial media ditahan polis dalam serbuan di kediaman mewahnya di Bandar Bukit Mahkota, Bangi pada 6 Jun lalu.




 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register