SKMM Keluar 92 kompaun Nilai RM4.6J Salah Syarikat Telekomunikasi

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,487
Reaction score
3,410
Points
236
04.07.2020 - Kuala Lumpur, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan sebanyak 92 kompaun bernilai RM4.6 juta kepada syarikat telekomunikasi atas pelbagai kesalahan mengikut Seksyen 105(3) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 setakat suku kedua tahun ini.

SKMM menerusi kenyataan hari ini berkata kesemua kompaun yang dikeluarkan itu meliputi kesalahan untuk prestasi penyelesaian aduan pengebilan, prestasi penyelesaian aduan bukan pengebilan dan standard prestasi pengendalian panggilan (talian hotline pelanggan).

Jumlah dan nilai kompaun sehingga suku kedua 2020 tersebut adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan sepanjang 2019 yang menyaksikan hanya 26 kompaun bernilai RM960,000 sahaja dikeluarkan menurut suruhanjaya itu.

Ia berkata peningkatan jumlah kompaun yang dikeluarkan sehingga suku kedua 2020 itu menunjukkan ketegasan dan komitmen SKMM dalam memastikan kualiti pengalaman pengguna sentiasa terjamin.

Ini sekali gus mengukuhkan keyakinan dan kebolehpercayaan pengguna terhadap industri komunikasi dan multimedia negara serta memastikan kemampanan industri terhadap kepentingan pengguna untuk jangka panjang, kata SKMM.

“SKMM akan terus bertindak tegas terhadap mereka yang gagal mengekalkan standard yang ditetapkan dalam AKM 1998, Piawaian Mandatori untuk Kualiti Perkhidmatan (MSQoS) serta Kod Pengguna Am.

“Mereka yang ingkar boleh didenda mengikut Seksyen 105(3) AKM 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum sebanyak RM100,000 bagi setiap kesalahan,” katanya.

Suruhanjaya itu berkata pihak industri disarankan supaya meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi kepentingan pengguna dan seterusnya memperkukuh kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan mereka.

SKMM-LOGO-1024x724.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2020/07/skm...lai-rm4-6-juta-salah-syarikat-telekomunikasi/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,487
Reaction score
3,410
Points
236
Kemaskini

Ini Senarai Syarikat Telekomunikasi Yang Telah Di Kompaun SKMM Setakat Suku Ke-2 2020

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan senarai syarikat-syarikat telekomunikasi yang telah dikompaun setakat suku ke-2 tahun ini.

SKMM menyatakan bahawa sebanyak 92 kompaun yang bernilai RM4.6 juta setakat suku kedua 2020 kepada syarikat-syarikat telekomunikasi atas pelbagai kesalahan di bawah Seksyen 105(3) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Kesalahan ITU meliputi prestasi penyelesaian aduan pengebilan, prestasi penyelesaian aduan bukan pengebilan dan standard prestasi pengendalian panggilan (talian hotline pelanggan).

Berikut adalah senarai syarikat-syarikat telekomunikasi dengan jumlah kompaun yang telah dikenakan setakat suku ke-2 tahun ini. Juga disertakan perbandingan kompaun tahun ini dengan tahun 2019 lalu.

Daripada jadual di atas didapati, jumlah dan nilai kompaun setakat suku kedua 2020 adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan jumlah keseluruhan sepanjang 2019 yang menyaksikan hanya 26 kompaun sahaja yang bernilai RM960,000 dikeluarkan.

Peningkatan jumlah kompaun yang dikeluarkan pada tahun ini mencerminkan ketegasan dan komitmen SKMM dalam memastikan kualiti pengalaman pengguna sentiasa terjamin, sekaligus mengukuhkan keyakinan dan kebolehpercayaan pengguna terhadap industri komunikasi dan multimedia negara serta memastikan kemampanan industri terhadap kepentingan pengguna untuk jangka panjang.

SKMM menegaskan bahawa pihak mereka akan terus bertindak tegas terhadap syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang gagal mengekalkan standard yang ditetapkan dalam AKM 1998, Standard Mandatori Bagi Kualiti Perkhidmatan (MSQoS) dan Kod Pengguna Am.

Mereka yang ingkar boleh didenda di bawah Seksyen 105(3) AKM 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum sebanyak RM100,000.00 bagi setiap kesalahan.

be532a06-85e9-45fb-80d0-60227dfcd556.png
 

my360cam

Active Member
Joined
Oct 6, 2017
Messages
1,518
Reaction score
61
Points
30
digi no 1 .. maxis no 2.. celcom no 3
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
8,426
Reaction score
623
Points
121
Lepas kompuan tu apa tindakan skmm
 
Sponsored Post
Top
Log in Register