BTC USD 42,235.7 Gold USD 1,749.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SKMM & 15 Syarikat Berkempen Lindungi Pengguna Dari Penipuan

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
1624019636910.png

Bermula 14 Jun 2021, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama dengan 15 syarikat telekomunikasi akan menganjurkan Kempen Kesedaran Pencegahan Jenayah Telekomunikasi melibatkan penipuan melalui panggilan telefon dan khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

15 penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat termasuklah Altel, Celcom, Digi, Maxis, Merchantrade, PAVOCOMMS, RedONE, RedTone, Time, TM, TuneTalk, U Mobile, Webe, XOX dan YES. Ia adalah sebagai usaha bersama untuk mendidik pengguna mengenal pasti aktiviti penipuan dan langkah-langkah yang boleh diambil dalam menghalang cubaan penipuan (scam) yang semakin berleluasa.

Fokus kempen kesedaran tersebut akan tertumpu kepada tiga (3) modus operandi Jenayah Telekomunikasi iaitu:

i. Penipuan Panggilan (Vishing) – pemanggil mengaku sebagai pegawai dari badan kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Bank Negara Malaysia (BNM), mahkamah ataupun badan swasta seperti institusi perbankan memberitahu bakal mangsa bahawa mereka mempunyai masalah dengan pihak berkuasa dan kemudiannya memperdaya mangsa untuk mendedahkan maklumat peribadi dan kewangan mereka.

ii. Penipuan SMS (Smishing) – menghantar teks pesanan kononnya daripada insititusi perbankan dan menyatakan terdapat transaksi perbankan telah dilakukan dan mangsa diminta untuk membuat pengesahan dengan menghubungi nombor talian atau klik pada pautan yang disertakan.

iii. Penipuan Kod Transaksi Pengesahan (TAC) – menghubungi mangsa menggunakan pelbagai medium sebelum meminta nombor TAC, kononnya tersalah memasukkan nombor telefon milik mangsa.

SKMM mendedahkan bahawa antara tahun 2020 sehingga bulan Mei 2021, sejumlah 1,290 kes telah dilaporkan kepada mereka. Berdasarkan kepada rekod PDRM pula, sejumlah 5,725 kes penipuan panggilan telah diterima sepanjang tahun 2019 dengan nilai kerugian sebanyak RM254,586,210.94. Angka berkenaan meningkat pada tahun 2020 apabila sejumlah 6,003 kes telah dilaporkan dengan nilai kerugian sebanyak RM287,301,039.90.

Sehingga 24 Mac 2021 yang lalu, jumlah kes penipuan panggilan yang telah dilaporkan kepada PDRM adalah sejumlah 1,392 kes dengan nilai kerugian sebanyak RM38,198,730.01. SKMM menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan panggilan atau SMS yang diterima daripada pihak tidak dikenali dan mencurigakan.

Jika anda mempunyai sebarang maklumat atau ingin membuat aduan berhubung insiden penipuan (scam), anda boleh laporkannya kepada pihak PDRM CCID Scam Response Centre melalui talian 03-2610 1559/03-2610 1599 yang dibuka setiap hari daripada pukul 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.

Sumber asal https://www.mcmc.gov.my/en/media/press-releases/mcmc-dan-15-penyedia-perkhidmatan-telekomunikasi-a
 

CG Sponsors




Top
Log in Register