SKM Dakwa Bendahari Koperasi Aristokrat Malaysia Berhad

CG Sponsors




BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
SKM Dakwa Bendahari Koperasi Aristokrat Malaysia Berhad

SEREMBAN, 16 Nov (Bernama) -- Pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menjalankan pendakwaan terhadap seorang Ahli Lembaga Koperasi iaitu Koperasi Aristokrat Malaysia Berhad pada Isnin di Mahkamah Sesyen 3 di sini di atas pertuduhan melibatkan sejumlah wang RM3.99 juta yang di kutip dari orang awam.

SKM dalam satu kenyataan berkata pendakwaan dibuat terhadap Nur Ruzliana Ruzlam selaku Bendahari koperasi tersebut.

Pihak Pendakwaan menawarkan jaminan sebanyak RM10,000.00. Setelah rayuan di buat oleh tertuduh, mahkamah telah memerintahkan jaminan sejumlah RM5,000.00 bagi setiap tertuduh dan dikehendaki melapor diri sekali setiap bulan di pejabat SKM di Seremban 2.

Antara pertuduhan terhadap Nur Ruzliana adalah didakwa melakukan Kesalahan di bawah Seksyen 10A Akta Koperasi 1993 kerana mengemukakan diri sebagai koperasi sedangkan koperasi masih belum di daftarkan dengan SKM. Suspek telah membuka akaun koperasi di RHB Bank cawangan Taman Senawang, Seremban.

Dibawah akta yang sama tertuduh juga didakwa mengambil deposit sejumlah RM3.99 juta yang dinamakan sebagai pinjaman persahabatan dari orang awam.

Selain itu tertuduh turut didakwa melakukan Kesalahan di bawah Seksyen 45(1) Akta Koperasi 1993 kerana suspek telah secara tidak berhemat dan bertekun telah mengambil deposit dari anggota koperasi dan orang awam dengan menawarkan pembayaran balik sejumlah 10% hingga 12% sebulan atas jumlah deposit tersebut walaupun koperasi belum mempunyai sebarang aktiviti yang mampu menjana pendapatan.

Bagi Kesalahan di bawah Seksyen 46(1) Akta Koperasi 1993 tertuduh didakwa mengambil wang koperasi sejumlah RM3,600.00 sebagai bayaran elaun tanpa kelulusan Mesyuarat agung Tahunan koperasi.

Nur Ruzliana yang merupakan penuntut tahun akhir di sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta telah mengambil deposit yang dinamakan sebagai pinjaman persahabatan dari bukan anggota tanpa kelulusan SKM dan didakwa melakukan Kesalahan di bawah Seksyen 50(e) Akta Koperasi 1993.

Tertuduh juga didakwa melakukan Kesalahan di bawah Seksyen 54(2)(d) Akta Koperasi 1993 kerana telah menggunakan wang koperasi sejumlah RM2,512,500.00 sebagai pelaburan harta tak alih ke dalam Syarikat Pantas Klasik Sdn. Bhd.

Seterusnya, tertuduh juga didakwa melakukan Kesalahan di bawah Seksyen 45(1) Akta Koperasi 1993 kerana mengambil wang koperasi sejumlah RM252,000.00 sebagai pinjaman untuk membeli kenderaan untuk diri sendiri tanpa mendapat kelulusan dari Mesyuarat Lembaga Koperasi terlebih dahulu. Suspek gagal membayar balik pinjaman ini menyebabkan koperasi mengalami kerugian sejumlah RM 252,000.00.

Tertuduh juga telah menggunakan wang koperasi sejumlah RM2,512,500.00 sebagai pelaburan ke dalam Syarikat Pantas Klasik Sdn. Bhd.(SPKSB) tanpa membuat kajian daya maju terlebih dahulu. Tindakan suspek menyebabkan koperasi mengalami kerugian sejumlah RM1,170,788.00 kerana SPKSB gagal membayar balik wang pokok pelaburan ini.

Bagi pertuduhan kesembilan tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 46(1) Akta Koperasi 1993 kerana mengambil wang koperasi sejumlah RM32,000.00 sebagai bayaran gaji untuk diri sendiri di mana suspek tidak layak untuk dibayar gaji.

--BERNAMA
 
Sponsored Post

veaz_azr

Active Member
Joined
Dec 12, 2008
Messages
2,378
Reaction score
4
Points
30
Pelajar didakwa tipu RM3.9 juta
Oleh Ifwan Tun Tuah

2010/11/16
Mengaku tak bersalah sembilan pertuduhan termasuk kutip wang secara haram

SEREMBAN: Seorang pelajar tahun akhir Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana didakwa terbabit dalam penipuan dan kutipan wang secara haram bernilai RM3.9 juta, dua tahun lalu.

Pelajar jurusan pembangunan keusahawanan di UNITEN Pahang, Nur Ruzliana Ruzlam, 21, yang bertindak sebagai Bendahari Koperasi Aristokrat Malaysia Berhad, didakwa atas sembilan pertuduhan mengikut Akta Koperasi 1993 dan memohon dibicarakan.
Berikutan itu, Hakim Amran Jantan, menetapkan tarikh sebutan semula kes berkenaan pada 19 Januari depan dan mahkamah membenarkan jaminan RM5,000 sementara menunggu tarikh berkenaan.
Mengikut pertuduhan pertama, Nur Ruzliana didakwa membuka akaun semasa atas nama koperasi itu sebelum didaftarkan secara sah, manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengambil deposit yang dinamakan ‘Pinjaman Persahabatan’ daripada orang awam.

Bagi pertuduhan ketiga, dia sebagai ahli lembaga koperasi itu didakwa secara tidak berhemat mengambil deposit atas nama pinjaman sama daripada anggota koperasi dan orang awam dengan menawarkan dan membayar balik pinjaman pada kadar 10 hingga 12 peratus sebulan walaupun koperasi belum mempunyai aktiviti yang mampu menjana pendapatan.

Dalam pertuduhan keempat, Nur Ruzliana didakwa mengambil wang koperasi berjumlah RM1,970 sebagai bayaran elaun tanpa kelulusan mesyuarat agung, manakala mengikut pertuduhan kelima, tertuduh didakwa mengambil deposit daripada bukan anggota koperasi tanpa kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Bagi pertuduhan keenam, dia didakwa membayar wang koperasi berjumlah RM2,512,500 sebagai pelaburan dalam Syarikat Pantas Klasik Sdn Bhd (SPKSB), iaitu bukan pihak yang dibenarkan mengikut Akta Koperasi 1993.
Bagi pertuduhan ketujuh, tertuduh tanpa mendapat kelulusan, mengeluarkan wang koperasi berjumlah RM252,000 sebagai pinjaman untuk membeli kenderaan kepada Ahmad Fauzi Daud, menyebabkan koperasi kerugian berikutan pinjaman itu gagal dibayar balik.

Mengikut pertuduhan kelapan, dia didakwa membayar wang koperasi berjumlah RM2.513 juta kepada SPKSB sebagai pelaburan tanpa membuat kajian terlebih dulu menyebabkan koperasi kerugian sebanyak RM1.171 juta kerana SPKSB hingga kini gagal membayar balik wang pokok pelaburan berkenaan.

Bagi pertuduhan terakhir, Nur Ruzliana didakwa membayar wang koperasi berjumlah RM33,000 kepada Ahmad Fauzi dan RM22,180 kepada Roslina Daud sebagai bayaran gaji, sedangkan mereka tidak layak menerima bayaran itu.

Selain pertuduhan pertama yang didakwa dilakukan di sebuah bank di Taman Komersil Senawang di sini, pada Jun 2008, semua pertuduhan lain dilakukan di sekitar Era Square di sini pada 2008 dan tahun lalu.


p/s; dlm berita harian pon ade cite nih..pasal ape yerk..buat skim ke..huhu
 
Last edited:

Jaynazrin

Active Member
Joined
Jul 30, 2008
Messages
1,470
Reaction score
2
Points
25
muda lagi minah...sesape ada gambar dia silalah tepek kat cini :">:">
 

watakutama

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2007
Messages
5,896
Reaction score
19
Points
65
kesian jadi kambing hitam..dia kerja je situ..dah bendahari..bayaran kutipan dialah terima.
 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
21,209
Reaction score
2,046
Points
206
kesian jadi kambing hitam..dia kerja je situ..dah bendahari..bayaran kutipan dialah terima.
betul tu
aku rase pun die kambing hitam
pesal xdakwa pengerusi or penaung
mesti la bendahari dapat arahan dari atas
:mad::mad:
 

yoershio

Freshie
Joined
Sep 19, 2010
Messages
9
Reaction score
0
Points
3
aku rasa laporan dibuat msa 2009 dlu.bgusla ada tindakan ...
 

Megat Sri Rama

CG Top Poster Club
Joined
Aug 28, 2007
Messages
20,277
Reaction score
506
Points
161
Pelajar didakwa tipu RM3.9 juta
Oleh Ifwan Tun Tuah

2010/11/16
Mengaku tak bersalah sembilan pertuduhan termasuk kutip wang secara haram

SEREMBAN: Seorang pelajar tahun akhir Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana didakwa terbabit dalam penipuan dan kutipan wang secara haram bernilai RM3.9 juta, dua tahun lalu.

Pelajar jurusan pembangunan keusahawanan di UNITEN Pahang, Nur Ruzliana Ruzlam, 21, yang bertindak sebagai Bendahari Koperasi Aristokrat Malaysia Berhad, didakwa atas sembilan pertuduhan mengikut Akta Koperasi 1993 dan memohon dibicarakan.
Berikutan itu, Hakim Amran Jantan, menetapkan tarikh sebutan semula kes berkenaan pada 19 Januari depan dan mahkamah membenarkan jaminan RM5,000 sementara menunggu tarikh berkenaan.
Mengikut pertuduhan pertama, Nur Ruzliana didakwa membuka akaun semasa atas nama koperasi itu sebelum didaftarkan secara sah, manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengambil deposit yang dinamakan ‘Pinjaman Persahabatan’ daripada orang awam.

Bagi pertuduhan ketiga, dia sebagai ahli lembaga koperasi itu didakwa secara tidak berhemat mengambil deposit atas nama pinjaman sama daripada anggota koperasi dan orang awam dengan menawarkan dan membayar balik pinjaman pada kadar 10 hingga 12 peratus sebulan walaupun koperasi belum mempunyai aktiviti yang mampu menjana pendapatan.

Dalam pertuduhan keempat, Nur Ruzliana didakwa mengambil wang koperasi berjumlah RM1,970 sebagai bayaran elaun tanpa kelulusan mesyuarat agung, manakala mengikut pertuduhan kelima, tertuduh didakwa mengambil deposit daripada bukan anggota koperasi tanpa kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Bagi pertuduhan keenam, dia didakwa membayar wang koperasi berjumlah RM2,512,500 sebagai pelaburan dalam Syarikat Pantas Klasik Sdn Bhd (SPKSB), iaitu bukan pihak yang dibenarkan mengikut Akta Koperasi 1993.
Bagi pertuduhan ketujuh, tertuduh tanpa mendapat kelulusan, mengeluarkan wang koperasi berjumlah RM252,000 sebagai pinjaman untuk membeli kenderaan kepada Ahmad Fauzi Daud, menyebabkan koperasi kerugian berikutan pinjaman itu gagal dibayar balik.

Mengikut pertuduhan kelapan, dia didakwa membayar wang koperasi berjumlah RM2.513 juta kepada SPKSB sebagai pelaburan tanpa membuat kajian terlebih dulu menyebabkan koperasi kerugian sebanyak RM1.171 juta kerana SPKSB hingga kini gagal membayar balik wang pokok pelaburan berkenaan.

Bagi pertuduhan terakhir, Nur Ruzliana didakwa membayar wang koperasi berjumlah RM33,000 kepada Ahmad Fauzi dan RM22,180 kepada Roslina Daud sebagai bayaran gaji, sedangkan mereka tidak layak menerima bayaran itu.

Selain pertuduhan pertama yang didakwa dilakukan di sebuah bank di Taman Komersil Senawang di sini, pada Jun 2008, semua pertuduhan lain dilakukan di sekitar Era Square di sini pada 2008 dan tahun lalu.


p/s; dlm berita harian pon ade cite nih..pasal ape yerk..buat skim ke..huhu
Koperasi Aristokrat? Koperasi raja-raja dan bangsawan? hahaha....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register