akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 53,971
Top Poster #2
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 53,971
- Reaction score
- 6,425
- Points
- 881
- Awards
- 1
SkimPAS benteng kekuatan ekonomi ahli
Izwan Abdul HalimAugust 4, 2024
TANGGA BATU: Semua ahli-ahli PAS khasnya di Negeri Melaka diseru untuk segera menyertai Skim Kifalah PAS (SkimPAS) berkonsepkan khairat dan takaful yang dikelolakan oleh Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial (LKLS) PAS Pusat.
Pesuruhjaya PAS Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail berkata, ini adalah kerana skim tersebut boleh menjadi benteng kekuatan ekonomi dalam gerak kerja perjuangan parti itu.
Katanya, sebelum ini memang terdapat keluhan dari ahli-ahli parti terhadap isu melibatkan kemampuan material yang sering menjadi halangan kepada parti Islam itu untuk menggerakkan perjuangannya.
“Bila saya dengar huraian yang disampaikan oleh Haji Abdul Razak, maka kita menjadi sedar bahawa keluhan-keluhan itu sebenarnya bukan didengar begitu saja. Tetapi sebenarnya pimpinan mendengar keluhan itu dengan teliti.
“Mereka memikirkan bagaimanakah harapan daripada ahli dan pendukung-pendukung PAS itu dapat diterjemahkan dan cara yang paling tepat dan dengan cara paling baik,” ujarnya.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan program ‘Kursus Latihan Perunding SkimPAS’ Negeri Melaka yang berlangsung di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tangga Batu, di sini hari ini.
Terdahulu, beliau telah mendengar taklimat berkaitan skim tersebut yang disampaikan oleh Pengurus Besar skim tersebut yang juga merupakan Timbalan Pengerusi LKKS PAS Pusat, Abdul Razak Mohamed dalam majlis sama.
Tuan Guru Zulkifli berkata, berdasarkan huraian Abdul Razak itu, beliau meyakini bahawa skim tersebut adalah merupakan antara benteng kekuatan ekonomi yang sedang dibina dan dipupuk oleh PAS.
“Kita mempunyai ahli lebih daripada sejuta orang. Saya kira sekiranya ahli kita faham apa sebenarnya SkimPAS ini, kita akan bertukar dalam tempoh sebulan.
“(Bertukar) Menjadi suatu parti yang bukan sahaja digeruni daripada sudut politiknya, bahkan digeruni dari sudut kekuatan kekayaan material yang dimiliki oleh PAS,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Jasin itu menambah, ada kemungkinan sesetengah ahli PAS tidak menyedari peranan besar skim tersebut dan hanya melihatnya sebagai suatu infak biasa.
“Cuma barangkali kita tak perasan benda ni. Kita hanya perasan benda ni macam sedekah infak biasa, sumbangan biasa.
“Kita terlepas pandang bahawa ini adalah merupakan suatu pendekatan, modul dalam membina salah satu kekuatan yang sampai hari ni kekuatan tu datang daripada poket ahli,” katanya.
Tambah beliau, SkimPAS adalah satu kekuatan ekonomi yang dibina melalui organisasi yang tersusun, teratur dan bukan secara ad-hoc, sehingga kekuatan dapat dibina itu nanti akan menyelesaikan isu agenda-agenda tidak dapat dilaksanakan parti akibat dana terhad.
“Jadi saya ingat kita kena bagi sokongan betul-betul bermula dengan yang hadir dan kemudian kita kembangkan dengan yang lain Melaka. Saya ingat kalau (PAS) Melaka boleh buat macam ni, Pilihan Raya Umum ke 16 ni kita mampu perintah Melaka,” katanya.
Dalam program itu, seramai sembilan orang Perunding SkimPAS dengan tiga daripada mereka adalah perunding baharu dan enam pencarum hadir bagi mendengar taklimat yang disampaikan.
Turut berucap di dalam program tersebut ialah Pengerusi LKKS negeri, Mohsin Ibrahim yang menyampaikan ucapan alu-aluan.
Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman, Pengerusi Perunding SkimPAS Melaka, Arshad MD Som dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Tangga Batu, Ustaz Muhamad Anuar Ibrahim. – HARAKAHDAILY 4/8/2024